Tuesday, 10 April 2018

Dengkil Experience (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

                                        Image result for uitm dengkil
                                                                          credit:google

 This is a special entry about Dengkil. Okay, to be more specific, UiTM Kampus Dengkil! *angkat kening* Untuk adik-adik lepasan SPM nanti yang akan dapat result UPU, kalau keluar result UiTM Kampus Dengkil tak payah nak menangis meraung. Baca entry ni dulu. Lepas baca entry ni mesti hari ni juga korang pack barang. Hahahaha....Ini bukan entry berbayar. Ini entry ikhlas dari hati. :)


1. TEMPAT BARU
Nama pun tempat baru so mestilah semua benda baru. Semua fasiliti yang ada masih dalam keadaan baru. Loker, meja study, katil and bangunan yang belum ditumbuhi lumut. Jadi bila sebut Dengkil, korang tak payahlah nak bayangkan bangunan-bangunan lama, pintu terkopak, lampu hidup segan mati tak mahu. Lagipun mana ada universiti macam tu. Korang nak sambung belajar kat U ke rumah hantu. HAHAHA. For your information, UiTM Kampus Dengkil baru beroperasi Nov 2015. Saya batch yang ketiga and you are the next!

2. SISTEM RUMAH
Kolej Dahlia (girls)
Kolej Tualang (boys)
Ini part paling best! Apa maksudnya sistem rumah ni? Maksudnya korang akan duduk dalam rumah. (tak membantu) Satu rumah ada 3 bilik. Satu bilik tu duduk dua orang. So, dalam rumah tu akan ada 6 orang yang duduk. Setiap rumah ada satu bilik air. Yes, guys! Bilik air dalam rumah. Tak payah takut. Nak mandi bila-bila masa pun boleh. Bila sebut bilik air dalam rumah, jagalah sendiri ya kebersihan bilik air masing-masing. Hehehe

 Lagi satu meja study korang pun kat luar bilik tapi still dalam rumah. Kiranya dalam bilik tu just untuk tidur je. So tak mengganggu roommate kalau korang nak stay up sampai 3 pagi. Dalam rumah tu juga ada balkoni untuk sidai kain. But pandai-pandailah toleransi dengan housemate pasal ampaian tu sebab ampaian tu kecik sahaja. Janganlah semua serentak basuh baju pada hari yang sama. Kita ada 7 hari guys dalam seminggu. :P

Adik-adik sekalian, sis nak bagi tips! Kalau korang ada geng schoolmate dapat kat sini, nanti masa pendaftaran korang pakat-pakat datang serentak. Ambil kunci rumah pada waktu yang sama so korang boleh dapat serumah. Yeay!

3. JARAK ANTARA KOLEJ DAN BANGUNAN KULIAH TERAMAT DEKAT
Disebabkan kampus Dengkil ni dikhaskan untuk student asasi je so tempatnya taklah seluas UKM dan seumpamanya. Makanya , bila masuk sini tak payahlah nak bayangkan terjumpa jodoh kat perhentian bas, terduduk sebelah jodoh dalam bas dan sewaktu dengannya sebab korang jalan kaki je nak pergi kelas. In Shaa Allah kalau sihat tubuh badan 5 minit dah sampai. Let say korang pergi kelas 10 minit awal, dalam perjalanan tiba-tiba teringat barang tertinggal. Don't worrry! Sempat je nak patah balik kolej ambil. :) Actually bukan nak pergi kelas je dekat, nak pergi mana-mana pun dekat.

4. ANJUNG DENGKIL



Anjung ni ada dua tingkat. Tingkat satu tempat jual pelbagai jenis makanan. Banyak jugalah kedai. Sejauh mata memandang. Hahahaha...Ada jual nasi ayam, nasi ayam penyet, nasi lemak hijau dan pelbagai aneka lauk. Tingkat kedua pula ada kedai runcit, kedai printing, kedai alat tulis, kedai waffle, kedai kek and Cellarium (tempat ambil barang pos). Masa saya sem 1 ada butik but bila masuk sem 2 butik tu dah tutup. So maybe time korang pula akan ada lebih banyak kedai yang akan dibuka.

 Antara kedai favourite student ialah kedai waffle. Sebenarnya nama dia bukan kedai waffle tapi saya selalu beli waffle kat situ so saya panggil kedai waffle. Kat situ ada jual keropok lekor, waffle, cheesy fries, koolblog dan lain-lain Agak berbaloi beli kat situ sebab harganya berpatutan and kandungannya banyak. I love it!

Lagi satu selalunya akan ada orang luar buka gerai jual barang kat anjung macam jual tudung, blouse, gadjet and barang kosmetik. Tapi ada tempoh tertentulah and kedai dia berganti-ganti. And benda tu pun bukannya suatu kemestian. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Ya Allah..gaya penulisan saya semakin teruk. Hope korang faham. Hahahaha...

5. PADANG ETIKA

Padang ni menarik. Best kalau lepak malam-malam. Bila korang dah masuk dengkil, korang tak kan sebut nama padang etika sebab dia ada nama lain bagi student dengkil. Kalau nak tahu, masuk sini dulu. Hahaha....Biasanya kalau hujung minggu nanti adalah orang lepak sini tengok movie ke, membawang ke. Saya kadang-kadang lepak sini dengan kawan sambil mengunyah waffle. :") 

Saya rasa saya stop kat sini dulu sebab macam dah panjang sangat. In Shaa Allah nanti sambung Part 2. Banyak lagi nak cerita! Kalau adik-adik ada nak tanya soalan, boleh tanya kat kotak komen di bawah. Yeay!


p/s: Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan saya untuk result yang akan keluar 27 April ini. :)



                                                  ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

                                                         

9 comments:

  1. Bestnyaa bilik style rumah macam tu. Takdelah krik krik sangat and yang paling penting, tak seram nakgi toilet sorang malam2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey,Ana! Hai :) Hahaaha...haah. Kalau nak stay up pun tak takut sangat.

      Delete
  2. lebih kurang sama mcm kat kolej palam gak! lawalah dia punya bangunan koej tu, nampak sangat minangkabau style tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bangunan dia berstyle.Dari jauh dah nampak bumbung minagkabau tu :")

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat cantik :) Makin hari makin jatuh cinta. Hahaha

      Delete
  4. Wah, cantik jugak kawasan UITM nie yea, akak cuma dapat tengok dari lur pagar jea la.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Akak doakan awak dan kawan-kawan awak akan mendapat result yang cemerlang.. keep fighting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih kak shikin! :')

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)