Monday, 23 October 2017

I'm Back?

Assalamualaikum w.b.t,

                                     


Readers, I'm back! Hahaha...Excited tak? *tutup muka* Okay, I'm feeling awkward right now. So pleaselah korang rasa excited. Kalau tak excited pun buat-buat excited. ;) Rindu korang!

Masa Ain kat Dengkil ( apa itu dengkil? Nanti Ain cerita ), Ain adalah jenguk blog ni sekali-sekala. Tiba-tiba Ain terkejut penguin sebab blog jadi macam ni

T.T

Sebenarnya, kawan yang beritahu. Hahaha... Dia screenshot. Dia tanya dia sorang je ke yang nampak macam tu. Ain pun trylah buka and memang sama jadi macam tu. Disebabkan masa tu tengah sibuk study, Ain pun tak boleh nak buat apa-apa. Nangis kat penjuru dinding je yang mampu. *over* Kesian korang nak baca pun tak boleh. HAHAHAHA 

So, now Ain tengah cuti sem dalam sebulan lebih. Banyak masa untuk berguling berblogging. Baru malam ni check apa problem sebenarnya. Thanks kak IQ for the info ! Rupa-rupanya, photobucket dah tak support dah gambar. Dia suruh update and kena BAYAR pulak tu.  Salah satu caranya nak buang benda tu, korang boleh delete account photobucket. Tapi mengikut memori Ain selama 18 tahun ni, Ain tak pernah buat account photobucket. 

Don't worry! Setiap masalah ada banyak jalan penyelesaiannya. Macam korang nak masuk rumah tapi tak bawa kunci utama. Korang boleh masuk ikut pintu dapur. Kalau kunci juga, masuk ikut tingkap. Kalau kunci juga, tidur jelah kat luar rumah. Siapa suruh tak bawa kunci. :P

Jadi, Ain do it manually. Buang segala link yang berkaitan ngan photobucket. Alhamdulillah, dah okay. Tapi terpaksa korbankan certain benda yang comel-comel tu. And chatbox ada problem lagi. I will repair it soon. 

Ok. Sekian. Thanks sudi bazirkan masa korang baca celoteh merepek ni. But, serious talk. Rindu nak blogwalking kat blog korang. Rindu nak tulis 'singgah makan karipap' kat chatbox korang. Rindu nak reply komen korang. :) 

In Shaa Allah...next entry a little introduce about Dengkil. ❤


                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫


 

Wednesday, 8 March 2017

Experience : Tanjung Balai, Indonesia

Assalamualaikum w.b.t,


Hello, everyone! *lambai tangan* Hari ni nak share satu pengalaman yang memang tak akan dilupakan tapi ni cerita tahun lepas punya. Hahahaha...Dah berzaman baru nak cerita. :P

  Tahun lepas buat pertama kalinya saya fly keluar dari Malaysia pergi ke Tanjung Balai, Indonesia. Yeayy! Tapi tak fly pun sebab pergi naik feri. Sebelum tu, serba sedikit intro tentang program ni. Program ni diberi nama Kembara Ilmu 2016. Kalau tak silap anjuran Unit bimbingan dan Kaunseling (UBK). Tahun 2015 diorang buat pergi Jepun tapi tak mampu nak ikut. ;P So, tahun lepas kita ambil peluang di samping niat nak dapatkan markah koko peringkat antarabangsa. Hahahaha ;) Banyak tu...

  Jadi, program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 22 September - 24 September. Time tu semua orang tengah study nak SPM, kitorang boleh pulak jalan pergi Indonesia. Sepatutnya program ni buat bulan 4 tapi ditangguhkan atas hal-hal tertentu. Risau jugak sebenarnya nak pergi sebab dah nak dekat SPM tapi disebabkan dah buat passport semua, nekad jelah pergi. Maka, prs f5 yang pergi hanyalah seramai 4 orang sahaja iaitu saya, Syifa, Nadia dan Hakim.

  22 September, Khamis

Disebabkan waktu naik feri tu petang, waktu pagi tu masuk kelas dulu belajar. Dalam pukul 11, kitorang keluar kelas. Awkward juga masa keluar kelas tu..semua orang bye2...Hahahaha...Siap ada yang pesan carikan bf kat sana. Aippp...Hahaha....Kitorang makan tengah hari dulu kat sekolah, lepas tu bertolak naik bas dalam pukul 12 untuk pergi ke Jeti Kukup.

Sepanjang naik bas tu serious tak bosan sebab tour guide kitorang bercerita tentang sejarah Johor, asal-usul nama daerah di Johor dan macam-macam lagi. Langsung tak berhenti dari mula naik. Kiranya, kalau lepas tu ada kuiz Sejarah bolehlah score A+. Hahaha...

Akhirnya sampai juga kat jeti Kukup tu dan kitorang naik feri dalam pukul 3. Sebelum feri bertolak tu, makan dulu ubat tahan muntah sebab takut makanan tengah hari tadi tiba-tiba terkeluar pula balik dari dalam perut. Hahaha.. ;P Sebab pengalaman sebelum ni naik feri pergi ke Pulau Tioman memang pening gila. Tapi kali ni tak pula mungkin kerana tak berombak sangat sebab lalu kat kawasan selat. *kalau tak silap* Khidmat pesanan pertama, apa-apapun sediakan ubat sebelum muntah.



Perjalanan ambil masa dalam lebih kurang sejam. Masa dalam feri tu tour guide tu dah suruh lewatkan jam sebab kat sana waktunya satu jam lebih awal. Jadi, perasaannya excited sikitlah sebab bertolak pukul 3, sampai pun pukul 3. Hahaha..hakikatnya sampai pukul 4 ,waktu Malaysia.

Dah sampai tu biasalah beratur dulu, check imigresen semua. Waktu tu saya perhatikan ada orang yang kena check sampai kena buka kasut, ada yang tak. Tiba-tiba teringat satu benda.

                   " Kalau kena buka kasut habislah, stoking berlubang kat tumit, woi! "

Risau tahu tak. Hahaha..Macam korang tak pernah pakai stoking berlubang. ;P Khidmat pesanan kedua, dah tahu nak pergi jalan jauh tu pakai yang elok-elok sikit! Tapi tak apa...alhamdulillah, semua baik-baik saja. :)

Then, sampailah satu part yang kitorang takutkan. Sebelum pergi, tour guide tu ada bagi taklimat. Dia kata nanti kat sana jaga beg elok-elok. Kalau ada orang nak tolong bawakan, jangan bagi. Sebab nanti dia minta upah yang melampau. Kalau kita tak bayar, dia tak pulangkan beg tu.

Memang betul bila nak keluar dari jeti tu ramai orang dah menunggu kat luar. Syifa dah takut sebab dia bawa beg troli. XD Saya ngan Nadia bawa beg sandang which is lebih selamat sebab susah orang nak ambil. Hahaha..:P Tapi alhamdulillah, tak ada apa-apa jadi. Cuma masa nak keluar tu dengar ada orang panggil nama Syifa..Syifa...Rupa-rupanya kitorang terlupa nak tanggalkan tag nama tu,.. patutlah diorang tahu nama. Ceh...

Lepas tu, kitorang pun naik bas yang dikatakan 'unik'. Memang sangat unik.. Bayangkanlah kitorang semua bawa beg yang besar-besar.. Duduk berhimpit..XD. Naik pun kena bongkok. Tapi bestlah dapat rasa angin segar. Lambai-lambai tangan kat penduduk sana. Hahaha..Lambai? Tak adalah..senyum je kot. :P


Kemudian, kami sampai di Gabion Hotel. Tempat penginapan kitorang selama 3 hari 2 malam. Waktu tu dah petang. Hotel dia pun boleh tahan. Satu bilik untuk dua orang. So, Syifa duduk ngan Afini kat bilik sebelah. Wi-fi pun ada. Hahaha..benda penting tu. ;) Kitorang mandi and solat semua. Petang tu tak ada buat aktiviti apa-apa.

Pemandangan luar bilik hotel


Malam tu baru kitorang keluar pergi makan malam. Kitorang pergi makan seafood kat satu kedai. Cucur dia sedap. Hahahaha...

Itu cucur udang XD

Then, kitorang singgah kat satu tempat yang cantik. Tak tahu nak panggil apa. Macam mercu tanda kat sana kot. Hahaha...Lampu-lampu dia cantik. Apalagi...bergambarlah. *peace*




Dalam perjalanan nak balik hotel tu singgah dulu kat pasar malam. Macam-macam ada. Harga dia tak pastilah mahal ke tak. Mula-mula fikir mata wang kat Indonesia lebih rendah, so mungkin barang dia murah. Saya just tukar duit Malaysia RM 100 je.  Dapatlah dalam 300  rupiah lebih kurang. Tapi ternyata anggapan tu salah-salah belaka. Contohlah, harga jam kat Malaysia RM 10, so kat sana pun harganya  RM 10 juga cuma ditukar ke nilai mata wang Indonesia. Tapi , kalau pandai bolehlah tawar-menawar harga. Dapatlah murah sikit.

Kat pasar malam tu, Syifa beli key chain. Mula-mula, kitorang macam nak..tak nak. Tapi disebabkan abang kat kedai tu pandai memujuk, akhirnya Syifa beli. Hahahaha.. :D

Berakhirlah hari pertama kami di Tanjung Balai, Indonesia. Malam tu kitorang berkumpul kat bilik makan-makan biskut sambil tengok tv sebab dah lapar balik. ;P

Hari kedua kita sambung akan datang sebab ni pun dah panjang. Hahaha..Bye! And In Shaa Allah entry akan datang akan ada muka manusia. ;P Sorry kalau cara bercerita yang membosankan. Dah lama tak menulis. ;)

      

                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫