Wednesday, 2 December 2015

Balik Bilik Sorang-sorang

Assalamualaikum w.b.t,


                                    
                                                        Dari fb The Inspirer

Cerita ni dah super basi dah sebenarnya. Masa bulan 2, saya join kem KEPIRAS kat Kolej Tun Razak, UTM Skudai. Memang wajib untuk semua PRS tapi kali ni pengawas pun join sekali. Yang tak bestnya, dia ada program kakak dan abang angkat. Dia tetapkan bilik dan kawan sebilik.

Yang dapat dengan kawan sendiri tu memang untung. Berdebar betul tunggu dia umumkan mengalahkan nak ambil keputusan. Tapi giliran saya yang akhir-akhir. Kawan-kawan semua dah dapat pasangan masing-masing. Dah sahlah tak dapat sebilik dengan kawan. Saya dapat dengan kak Sienna (tak pasti betul ke tak eja). Kak Sienna tu form 6. Akak tu baik sangat. Kiranya bernasib baik jugalah. Yang tak bernasib baiknya, bilik saya kat blok lain. Ada 4 orang peserta kem je yang duduk kat blok asrama tu. 2 orang budak junior, bilik dia kat hujung sekali.

Kenapa saya cakap Kak Sienna baik? Akak tu yang tolong kejutkan saya bangun pukul 5 pagi sebab nanti nak solat Subuh berjemaah. Kak Sienna bangun lambat sikit sebab dia tak payah pergi awal. Saya pun bangunlah pergi bilik air. Nasib baik bilik air betul-betul kat depan bilik.
Dah masuk bilik air tiba-tiba rasa seram pulak. Mana taknya, saya sorang je dalam bilik air tu pukul 5 pagi. Mula-mula cuba nak buat-buat berani tapi serious seram. Teringat pulak cerita hantu tak ada kepala mengintai dalam tandas.Tak boleh jadi... Keluar balik bilik air, minta kak Sienna tolong temankan. Hahaha....

Malam terakhir buat night walk. Masa tu kak Sienna tak ada sebab kaki dia terseliuh. Habis buat aktiviti night walk kumpul balik kat dewan. Lebih kurang pukul 2 pagi baru boleh balik bilik. Saya cari kak Sienna tapi tak ada. Mungkin dah balik rehat kat bilik.

Takut gila jalan sorang-sorang pukul 2 pagi kat tempat yang tak biasa. Kalau waktu siang, jarak dari dewan ke bilik tak jauh sangat tapi kalau pagi-pagi buta macam tu saya rasa jauhnya macam dari Kluang ke JB. Tak jumpa pulak budak junior tu balik sekali.

Nak tak nak kena balik jugak. Bilik saya kat tingkat tiga kot. Dahlah lampu kat tingkat 1 tu macam samar-samar. Nasib baik lampu kat tangga terang. Masa tulah teringat cerita hantu kat universiti. Naik tangga pun saya lari. Kalaulah boleh lompat terus kat dalam bilik. Rasa macam ada orang ikut dari belakang..biasalah tu kalau dah takut sorang-sorang macam-macam dibayangkan.

Akhirnya, sampai pun depan bintu bilik. Pulas tombol pintu tapi tak boleh bukak. Rupa-rupanya pintu tu berkunci . Maksudnya kak Sienna belum balik lagilah. Nasib baik saya tahu tempat kakak angkat sorokkan kunci bilik. Dengan gelabahnya bukak pintu bilik tapi susah. Makin seram kat situ...dahlah depan bilik air. Kalau tiba-tibalah ada benda tercongok dalam bilik air tu. Buka pintu pun asyik tengok belakang je.  Saya harap ada orang offer nak tolong bukakan pintu tu tapi kalau ada pun belum tentu manusia betul ke tak. Lepas berkali-kali cuba, baru boleh buka.

Seram betul balik bilik sorang-sorang. Selalunya kalau sebut universiti mesti tempat dia berhantu. Betul ke? Setakat ni, itulah benda paling berani yang pernah saya buat. Kalau suruh buat lagi, memang taklah. Lagi satu, benda yang paling ingat waktu kem ni ada satu abang faci muka dia sebijik macam Fattah Amin. XD

                                               ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫



12 comments:

  1. bahaya TT
    and creepy!

    eehe takecare<3
    ehem ehem abg faci fattah? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya tapi terpaksa...hahaha...thanks...

      Delete
  2. dengar pun mcm scary je hahahaha ceh takdelah, biasa la tu kalau tempat yang kita tak biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar pun dah scary, inikan pula yang merasa..hahaha...betul jugak...kalau tempat yg kita dah biasa tak takut.. ;)

      Delete
  3. saya pun ada ex-classmate muka macam fattah amin versi kulit putih XD

    ReplyDelete
  4. xde scary pun kat U ni bgantung pada diri kita je ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kalau kita asyik fikir takut memang takutlah jadinya..macam sayalah tu :3 hahaha...

      Delete
  5. hehehe.. kelakor lak.. btw 2 semua pegalaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nanti boleh cerita kat anak cucu nanti..hahaha.... *berangan* :3

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)