Monday, 28 December 2015

10 Soalan dari Shikin Razali

Assalamualaikum w.b.t,

                                         

1. Kenalkan diri awak
Panggil saya Ainur. Seorang budak yang tak  sedar diri tahun depan nak SPM. Ada kacukan minang dan jawa. Haha..dah cukup. Nak kenal lagi datang rumah. Boleh borak-borak sambil minum kopi. :P

2. Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
Untuk tempat tinggal tetap saya pilih bandar sebab senang nak berurusan. Pulau sesuai untuk tempat percutian. Kalau lepas bergaduh dengan pakwe makwe pasal orang ketiga ke atau marah dengan jiran sebelah sebab kucing dia mem'buang' merata-rata bolehlah pergi tenangkan fikiran kat pulau. ;)

3. Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
Antara yang terbaik dapat no.1 masa larian perdana 1 Malaysia waktu darjah 6.

4. Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
Semua sekali sebab gebu. Tambah lagi satu monyet. haha...monyet pun comel, apa?

5. Pendapat awak tentang jurnal saya?
Nampak matang. Kalau awak nak belajar masakan Terengganu boleh singgah jurnal ni sebab ada 25 resepi masakan Terengganu yang kak Shikin kongsikan. :) Lagi satu, kalau awak ragu-ragu hidup awak bahagia ke tak cuba jawab kuiz ni.

6. Warna kegemaran awak 
Warna pastel + Warna garang = Awesome

7. Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
Saya suka genre misteri. Berdasarkan sinopsis novel yang kak Shikin tulis saya teringin sangat nak baca buku Jangan Baca Novel Ni. Dah dengar lama dah pasal novel ni tapi belum ada kesempatan nak beli. Saya pun suka baca jugak buku tentang fakta yang kita memang tak tahu.

8. Siapakah idola awak dalam kehidupan?
Nabi Muhammad s.a.w.

9. Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
Jam tangan. Kalau terlupa mesti dah gelabah 'eh, dah pukul berapa dah ni?'.

10. Tempat percutian idaman awak.
First of all mestilah nak pergi Mekah dan Madinah. Yang kedua nak pergi Istanbul, Turki. Banyak tempat bersejarah kat sana.^^

Thanks kak Shikin Razali.

6 comments:

  1. waalaikumsalam..minang belah mana?jawa kat mana..makgarang pun jawa....kg kat sepang+sabak bernam...

    :*

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, terima kasih kerana jawab soalan akak and sis memang sporting.. =D 10 markah penuh utk sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...sama-sama...yay, semua betul dapat markah penuh! ;)

      Delete
  3. suka bc karya ramlee awang mursyid x?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)