Thursday, 19 November 2015

Golongan Annoying

Assalamualaikum w.b.t,

   Dalam hidup ni mesti ada golongan-golongan yang annoying. Awak semua mesti rasa macam "kau tak payah hidup dalam dunia ni pun, dunia tetap majulah". Lain orang lain pendapat....tapi bagi saya inilah antara golongan yang memang tak patut wujud dalam dunia:

1. Golongan guna tandas tak flush

Apabila tandas berbicara...

                                                        
Tak tahulah apa masalah yang susah sangat nak flush lepas guna...dulu main tarik-tarik sampai tercabut benda tu. Sekarang ni dah dipermudahkan, kena tekan je. Saya ni jenis kalau masuk tandas mesti check dulu dalam lubang jamban sebab pernah baca kat fb keluar ular sawa dari lubang jamban. Tapi kadang-kadang ternampak pulak benda lain. Pleaselah....kalau terlupa, biasakan diri lepas guna check balik. Tandas tu bukan untuk awak seorang. Tak kan nak tunggu sampai ada kemudahan flush automatik setiapkali lepas guna tandas.

2. Golongan perokok tak ada perasaan

                                                     

Seriously, quote kat atas tu betul 100%. Entah mentality mana entah yang kata merokok tu cool..lagi tak cool bila merokok di tempat awam. Yang paling tak diterima kat kedai makan. Sekarang ni nak makan kat kedai makan pun boleh meningkatkan risiko kematian sebab mesti ada perokok yang merokok kat kedai makan. Tak pasal-pasal nak makan pun tak selesa. Bau nasi goreng cina diselang-seli dengan bau asap rokok. Pernah sekali lagi teruk..dahlah kat kedai makan..orang tengah makan lepas tu ada juga baby dalam lingkungan 1-2 bulan tapi dengan selambanya dia merokok kat tengah2 alam kedai makan tu. Sabar jelah...

3. Golongan buang sampah merata-rata

                                                     

Susah sangat ke nak buang sampah dalam tong sampah? Dah beli makanan lepas tu plastik makanan tu main tinggal je kat situ. Kadang-kadang tong sampah kat sebelah je. Walaupun cuma tinggalkan satu sampah je tapi kalau dah 10 orang perangai macam ni, dah ada 10 sampah dah kat kawasan situ. " Eleh, kan ada pekerja tolong kutipkan sampah. Nanti dia tak ada kerja pulak". Amboi....tak boleh ke kalau kita tolong ringankan kerja diorang.

4. Golongan perosak jalan cerita
                                              
Pernah tak tengah syok-syok tengok tv tiba-tiba kawan awak atau sesiapa je datang cakap "Oh...aku dah tengok dah cerita ni.". Kemudian, dia pun tengok sama-sama. Tengah-tengah syok tengok tv, dia berkata lagi "Part lepas ni nanti sedih gila!". Ok...sabar dulu. Sambung lagi tengok cerita tu. "Yang ni nanti hero dengan heroin dia bergaduh lepastu bla bla bla...". Woi! kalau ya pun dah tengok tak payahlah nak ceritakan. Tak kan nak tunggu mulut tu kena sumbat dengan roti berkulat baru nak diam.

Cukup sampai di sini..assalamualaikum! :)

                                               ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

8 comments:

  1. Biasa lah manusia ada je yang buat kita annoying..

    Salam singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..semuanya bermula daripada diri sendiri...btw, tq singgah. :)

      Delete
  2. hahaha..klakar gila golongan no 1 tu...geli kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...memang geli. Kalau ternampak boleh sehari suntuk teringat.

      Delete
  3. yang jamban tak flush tu memang menyirap
    pegi memana pun ada je spesis gini --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% setuju..kalau nak tandas bersih, kita kenalah jadi pembersih.

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)