Tuesday, 24 November 2015

Hantu Congkak

Assalamualaikum w.b.t,

                                                            
Siapa yang tak kenal congkak ni tolong belajar balik Pendidikan Sivik dari tingkatan 1. Saya baru belajar main congkak tahun ni. Mula-mula main congkak guna biji saga dengan bekas kuih apam ibu.

                                       
                                                             *bekas kuih apam*

Nampak tak betapa desperatenya kat situ? haha...dahlah masa tu tengah-tengah final exam. Cuba bayangkan esok nak exam, hari sebelumnya hentam main congkak. Betullah, congkak tu berhantu. Sekali dah main susah nak berhenti. Pernah sampai 1 pagi pun ada. Yang peliknya lepas final exam perasaan nak main congkak dah tak membuak-buak sangat. Perasaannya biasa-biasa je. Di situ kita boleh nampak permainan iblis yang berjaya menggoda manusia. Kejam!

  Main congkak dengan bekas kuih apam ni pun boleh menyebabkan pergaduhan. Bukan sebab gaduh kerana dah kalah tapi sebab bergaduh dengan adik berebut pilih warna bekas apam. Paling sedih bila biji saga tak cukup lagi satu. Terpaksalah guna dadu sebagai ganti. 

  Akhirnya, ibu belikan papan congkak dan guli selepas melihat anak-anaknya gigih bermain congkak guna bekas kuih apam dan biji saga siang dan malam. Penat cari papan congkak kat lebih kurang 4 kedai tapi semuanya dah habis. Jadi, belilah guli dulu. Beli guli pula tamak. Kat bungkusan guli tu ada tulis '100 marbles' tapi saya dan ibu ragu-ragu betul ke ada 100 biji guli dalam tu. Akhirnya kami beli 2 bungkus guli.

 Sebelum balik, singgah satu kedai buku yang terakhir. Itulah harapan terakhir. Alhamdulillah, ada juga jual papan congkak jenis kayu. Harganya lebih kurang RM 30. Ibu cuba minta kurang tapi tauke tu kata tak boleh. Tiba-tiba, tauke tu dengan baik hatinya bagi percuma sekotak guli. Mungkin dalam 100 biji guli juga. Hahaha....membazir je beli 2 bungkus guli tadi. Itulah akibat tamak. Jadinya sekarang ni kami dah ada lebih kurang 300 biji guli. Nampaknya iblis berjaya lagi! Lain kali jangan ada perasaan was-was dan tamak. Letakkan kepercayaan 100% kepada semua benda yang ditulis di bungkusan produk.

  Yang berhantunya main congkak ni setiap kali lepas main mesti terlebih satu guli. Ok, menipulah setiap kali. Adalah dalam tiga kali. Entah dari mana guli tu datang. Mungkin termasuk atau mungkinkah ada???hahaha....lupakan. :P Beginilah jalan ceritanya bagaimana saya boleh berjinak-jinak dengan dunia permainan congkak. Memang berhantu..sekali dah main, susah nak berhenti! :)

                                            ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

13 comments:

  1. lamaaaa tak main congkak. rinduuuunya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..tak mo sedih2...haha...betul, tak main congkak sehari pun boleh rindu...

      Delete
  2. saya ada congkak. tp dah lama x main huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan disimpan je congkak tu kak Yanie..haha...

      Delete
  3. hahahaha serious, dulu pun ina gila main congkak ni tau xDD tp skrg ni, susah nak jumpa papan congkak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab setiap kedai dia tak order banyak sangat...main congkak pun boleh menggila..hahaha...

      Delete
  4. Assalammualaikum ainur.

    Hritu main dgn kwn time pjk. ktaorng main confident gila and mmng khusyu hbis.
    suddenly ckgu dtg. "kamu main mcm mne ni? slh ni kmu main.."
    Dan mmng trgelak lh. jjur, Nur pndai main cngkak gitu2 je. ltak ambk ltak ambk ..
    bnyi je lbih haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, Ana! :) Tak apa confident tu yang penting. hahaha...but, seriously waktu pjk main congkak? Bestnya!!

      Delete
  5. dah lama dah tak main congkak. org PJ main bola, kitorang main congkak je :D feveret saya congkak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah waktu PJ akak dapat main congkak.. XD Orang yang tak pernah main congkak je mungkin cakap congkak tu tak best..haha.. :)

      Delete
  6. dah lama SR xmain congkak.. entah pndai lg ke tak, tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak belajar balik sekejap je...:)

      Delete
  7. Waa.. congkak! Ada kat umah tapi tak tau nak men ngan sape. Kadang-kadang saya men sorang-sorang sebab cam 'kempunan' sangat nak men. Dah nasib anak tunggal...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)