Friday, 20 November 2015

Cara Buat Homemade Playdough

Assalamualaikum w.b.t,

                                       
                                                                 *google image*

Playdough atau bahasa melayunya tanah liat boleh dibuat sendiri. Nak beli playdough kat kedai tu mahal. Kalau yang murah sikit boleh beli yg dalam kotak tapi berminyak. Cara ni dapat dari Internet kemudian diolah sikit. 

Kelebihan homemade playdough:
1. Tidak berminyak
2. Mudah ditanggalkan jika melekat kat lantai dan lain2.
3. Bahan yang selamat kalau termakan. Maklumlah budak-budak tapi jangan sengaja makan pulak.
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan garam halus
  • 2 sudu besar minyak kelapa sawit
  • 3/4 cawan air
  • Pewarna makanan
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, garam halus dan minyak kelapa sawit dalam satu mangkuk. Gaulkan.
  2. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Jangan masuk terus semua sekali. Mana tahu terlembik ke apa nanti.
  3. Uli sampai sebati.
  4. Lepas tu, bolehlah asingkan ikut berapa warna yang awak nak buat. Kalau nak buat dua warna, bahagi dua adunan tu.
  5. Lepas tu, letakkan pewarna makanan dan uli sampai warna dia sebati.
  6. Siap! 
   Kalau rasa terlembik tambah tepung, kalau terkeras tambah air.Hati-hati bila letak pewarna makanan. Jangan jadi macam saya habis satu tapak tangan warna pink. Hahaha....Selamat bermain! Lagi satu, lepas main simpan dalam bekas bertutup.

Color Blending Chart

 Biru + Kuning = Hijau
Merah + Kuning = Oren
Merah + Biru = Ungu
Oren + Biru = Coklat


                                                ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

10 comments:

  1. uhuhu, zaman skrg ada lagi ke budak main playdoh? kbykknnya main ipad dan fon. Nice sharing btw ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab diorang tak pernah cuba lagi...cuba bagi main mesti ditinggalkan ipad..haha... :)

      Delete
  2. nice. fevret ni main play dough. haha

    ReplyDelete
  3. wah menarik. tapi tahan macam dough kat kedai ke.. kalau tahu lah semudah ni xda lah gigih mommy g beli kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kalau sekadar nak buat main-main..kat kedai punya mestilah lagi berkualiti, kan? Tapi yang ni lagi mesra alam..haha.. ;)

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)