Thursday, 3 September 2015

Form 4

Assalamualaikum w.b.t,

                                           
                                                              * function gambar ni?*

    Hola! Kembali lagi selepas lebih kurang 6 bulan tak menaip. Nampak tak setiap tahun semakin kurang post. Masa form 1 beria-ia menaip tapi seriously tahun ni paling teruk. Tahun ni baru 1 post je. Sampai tadi nak tulis post pun lupa nak tekan apa..hahaha..lol..

   Nak tahu tak jadi pelajar form 4 semakin busy. Busy buat apa pun tak tahu tapi yang pasti rasa busy. Lagi-lagi awal tahun....baru nak serasikan dengan suasana baru.

  Post yang dulu ada orang tanya bila form 4 nanti nak ambil aliran apa? Saya jawab aliran sains dan alhamdulillah dapat aliran sains tulen (ST). Kenapa pilih ST? Ok...untuk pengetahuan kat sekolah saya ada 5 aliran iaitu ST, SA, PA, RCT, SK. Tak ambil SA dan PA sebab ada akaun. RCT sebab reka cipta dah memang out. Buat projek kayu KH tahun lepas pun macam apa. Memaku sampai paku terkeluar. RCT pun ada ICT juga, macam best tapi diorang banyak kerja kursus. Lepas tu, belajar semua komponen komputer dalam english. Oh My! Say bye2 jelah. Lebih-lebih lagi kelas RCT ramai lelaki. SK pula sebab ada PSV. So, yang tinggal cuma ST. Hadaplah biology tu.

  Saja nak bagitahu untuk panduan adik2 nanti nak pilih aliran masa form 4. Pilih betul-betul. Jangan main ikut kawan. Jangan dengar cakap orang subjek ni susah..subjek tu susah...Yang penting ada minat. Saya sekarang ni tengah struggle untuk subjek physics dan biology sebab subjek tu belum pernah dapat A. Chemistry pun kena hati-hati jugak. Penandaan markah biology memang strict gila. Contohnya:

Q: One characteristic of sperm cell
My answer: Have tail to.....
Real answer: Have long tail to...

 Muahaha...so my answer salah sebab tertinggal perkataan long. 1 markah pun tak dapat. Tapi serious biology best sebab kita dapat tahu apa yang terjadi dalam badan kita. Dapat tahu kenapa arnab makan tahi dia masa dia berak kali pertama. Hahaha....Physics pun best juga sebenarnya. Cuma dia kena banyak hafal law, formula....So, adik-adik nanti pilih berdasarkan minat,ya....Yang tengah baca ni ambil aliran apa pula? Sharelah pengalaman korang pula..hahaha..

  Sabtu ni saya masuk pertandingan origami untuk Hari Puteri. Jenuh fikir origami tema sehati sejiwa. Doakan tau saya lipat-lipat kertas tu menjadi sebab selalunya 1 per 10 je origami menjadi. Selasa depan ada ujian lisan BM kali kedua kena berlakon lagi tema kemerdekaan. Malulah nak berlakon ni...uish...Ujian lisan BM kali pertama pun berlakon juga dan saya boleh terketawa masa berlakon. Hehehe...And Sabtu depan pulak buat persembahan kawad berirama. Doakan semua berjalan lancar...Tak tahulah next post nanti tahun bila..hahaha...bye-bye, semua. Thanks juga kepada sesiapa yang still lawat, baca dan komen blog ni walupun dah bersawang. ^_^

                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫


6 comments:

  1. sama la kita. start blogging time form 1. hehe. first 2 years je aktif. lepas tu, dah jadi macam muzium. xD Wah, pandai buat origami, saya pon baru2 ni start belajar balik origami ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sangat~~ hahaha...hasil origami rasa macam tak layak dipertandingkan je..buat origami kena banyak sabar. Good luck untuk awak. :)

      Delete
  2. hye dik ainur!cikyue jenjalan kt sini. ggod luck!. cikyue dulu pun aliran sains tulen jgk. memang susah, tp teruskan berusaha ye. insyaallah akn terbalas jgk ur effort nt :-)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. Ainur :D Dh lma tk update skrg bru mncul.

    Serious quite busy kn form 4 ni. Macam tk ckup tnah --'
    Awal thun hri tu pun pning nk buat plihan tuk aliran form 4.
    Alhamdulillah dpt jga klas sains tulen. Tpi yg tk skanya.. Rmai kut prsaingan.. Wuish.
    Tkpe, Kta sma2 usha. Origami.... huh. tk prnh pndai buat haha. Scntik2 origami yg dibuat msti msuk bkul smpah jga. huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...aliran sains tulen memang selalu jadi pilihan..sebab tu sampai ada 3 kelas sains tulen. So, kita kena scorelah supaya senang nak sambung study nanti..hahaha..good luck ana! Kan..terfikir juga buat banyak2 origami bukannya kita simpan pun kan?hahaha..

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)