Saturday, 1 November 2014

The Liebster Award - Part 2 -

Assalamualaikum w.b.t

                                         

Buat kali kedua saya ditag lagi untuk jawab soalan libster award. Kali ni saya ditag oleh adik Ara. Thanks sebab sudi tag akak.

Rules :-

- Mention the person who nominated you with a link to their blog- Answer the 11 questions asked- Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential- Create 11 ofyour own questions for them to answer- Notify your nominate

Questions :-

1. Pandai main alat muzik? Alat muzik apa?
- Tak pandai main tapi pernah main. Pernah main melodian masa darjah enam. At least adalah jugak melodinya. 

2.Pencapaian terbaik masa sekolah?
- Pencapaian terbaik sampai peringkat daerah je johan untuk pertandingan kawad kaki. Penyertaan banyaklah sampai peringkat kebangsaan tapi tak menang2. Nakkan sijil je sebenarnya. wakaka....

3.Pernah alami insiden yang sangat-sangat menyedihkan? kongsikan.
- Tak ada kot. Perkataan 'sangat-sangat' tu macam betul2 menyedihkan je.. Tak pernah kot sampai macam tu. Sedih sikit-sikit adalah. Masa kena marah ngan ibu dan cikgu.  

4.Sejak bila aktif berblogging? blog siapa yang menjadi rujukan?
- Rasanya memang dah aktif sejak dari awal berblogging tahun 2012. Masa mula-mula dulu selalu tengok blog kak Lyssa, kak Nabilah dan kak Fatin dan banyak lagi untuk tutorial blog dengan ambil freebies2 yang comel. 

5.Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging?
- Terpengaruh dengan blog kawan. Macam best je dia tulis semua benda yang dia lalui dalam blog. Lepas tu, saya pun mulalah bikin ini blog. ;)

6.Ara boleh bermain piano tapi masih di tahap amatur. Betul ke bohong? Alasan?
- Kena current tak kalau salah jawab, Ara? hehehe...betul kot sebab masa jawab liebster award Ara ada tulis nak hadiah piano.

7.Anda seorang kpopers? Sejak bila? Group mana menjadi pilihan? Ultimate bias? Ceritakan serba serbi tentang group yang anda minati.
- Tak. Tak. Tak. Tak dan tak...hehehe...tak minat k-pop sebenarnya.

8.Kalau anda diberi pilihan untuk berterus terang, apa yang akan anda beritahu?
- Kepada orang yang pernah saya bohong, kalau boleh saya nak terus-terang perkara yg saya bohong terutamanya masa kecik-kecik dulu tapi malangnya saya lupa apa yang saya bohongkan dan kat siapa yang saya pernah bohong. Maafkanlah ya kalau rasa-rasanya diri anda pernah dibohongi..tak berniat pun..kecik-kecik kan memang macam tu..hehehe...

9.Berikan 2 perkataan untuk menggambarkan diri anda yang sebenar. Tak kisah la Malay ke English
- Shy girl. :3

10.Lagu yang sering anda dengar baru-baru ini.
- Nak kata baru tak adalah baru sangat tapi dulu suka dengar lagu Taylor Swift- Love Story. Sekarang dah bosan dah dengar lagu tu.

11.Sebarang penambahsuaian untuk blog Ara mungkin?
 - Blog Ara okay je. Tapi kalau boleh untuk " In Memories " mungkin boleh buat dalam bentuk list macam kat blog akak contohnya supaya senang nak tengok tajuk entry yang lama-lama. Yang lain semuanya cantik dan kemas. :)

Mangsa tag dan soalannya tunggu entry akan datang ya..


                                             ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫


2 comments:

  1. Salam singgah petang di sini...terima kasih sudi follow blog akak....samalah...sebab suka tengok blog kawan2 yang bercerita tentang pengalaman,pandangan dan macam2 lagi...sebab tu akak pun buat blog...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? rasa tertarik tengok orang tulis entry.. :)

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)