Saturday, 6 September 2014

Tragedi Tahi Cicak

Assalamualaikum w.b.t


Inilah dia cicak. Mula-mula fikir nak letak setempek tahi cicak tapi amatlah tidak sopan. Manalah tahu korang tengah makan ke kan...

Baru tengah hari tadi ada tragedi dengan tahi cicak. Tahi cicak rupa dia macam serpihan kek coklat disirami krim vanila enak berkrim. Kisahnya begini...

Dalam jam 3:00 petang saya sedang menikmati makanan tengah hari yang sungguh enak. Kari ayam + telur + sambal tempe + tauhu.. Tempat makan saya memang kat depan tv *jangan tiru aksi ini*  Semuanya berjalan lancar sehinggalah ke suapan terakhir..rasa lain macam..macam rasa tahi...bau pun macam tahi...ludahlah balik makanan tu. Pergi dapur, kumur-kumur then minum air mineral secawan.

Timetulah terfikir apa benda yang dimakan tadi. Terlintaslah satu perkataan ni iaitu tahi cicak. Untuk mengesahkannya lagi, saya pergilah ke tempat duduk yang saya makan tadi dan mendongak ke atas. Sah...memang sah...comel je cicak tu melekat kat bumbung. Masa makan memang tak nampak tahinya dah duduk dalam nasi..tak pastilah sama ada air dia je atau pakej sekali ngan tahi. Lepas minum air kosong tadi pun masih terasa sisa-sisa tahi cicak kat tekak. Terus ambil milo dan ratah.

Ini benda paling kejam cicak kat rumah ni pernah buat. Sebelum ni, memang selalu dah tahi cicak menempel kat rambut, kat tangan tapi tak pernah lagi sampai ke lidah. Setakat ni, alhamdulillah belum ada side effect. Tak tahulah 20 tahun akan datang tadi. Nauzubillahi min zalik...

Adik pun dulu pernah kena..masa dia kecik-kecik. Dia pergi minum air dalam cawan yang dah lama dibiarkan atas meja. Saya tengok dalam cawan ada tahi cicak tenggelam tak timbul-timbul. Menjerit satu rumah..

Saya tahu sebelum ni saya selalu membuat cubaan melastik cicak tapi tak pernah kena..mungkin ini cara dia untuk balas dendam...redha jelah..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...siapa tahu lepas ni saya dapat superpower jadi cicakwoman. Berpadu tenaga dengan cicakman menentang Prof. Klon..

Kesimpulannya, berwaspadalah dengan haiwan berbadan lembik berwarna kecoklatan itu. Jangan biarkan makanan terdedah. Cak..cak..cak... ;)


       ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫