Wednesday, 26 February 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah a.k.a PBS

Assalamualaikum w.b.t,

    Baru ada kesempatan nak update entry. Hihihi... -,- Ingatkan nak post pasal duit koyak tapi memandangkan PBS macam hot je sekarang ni lebih baik tulis pasal PBS. Boleh kongsi-kongsi pendapat dengan para pembaca yang sedang menghadapi PBS sekarang ni. ^_^ Sebelum tu, kalau nak baca luahan hati daripada seorang guru tentang PBS ni boleh baca kat sini. Kalau nak baca luahan hati daripada seorang pelajar boleh baca kat entry ni je..cewahh....tak adalah, cuma pendapat je. Sekali lagi, diulang hanya pendapat sahaja ya. :)

   Sejujur-jujurnya, saya suka PBS ni. Betul, tak tipu! PBS, I LOVE YOU ♥ Tapi...kenapa PBS ditangguhkan buat sementara waktu? Mungkin banyak masalah sebenarnya...Dan tadi bercerita dengan kakak tentang PBS ni....cikgu kepada kakak saya ada update status berbunyi begini:


Sekadar berkongsi info.. sy mengajar pendidikan khas cacat penglihatan, tiada pengecualian dlm bab pentaksiran ni.. ada.. dlm KH, Geografi umpamanya ada part yg perlu lakaran, lukisan teknik, elektronik, elektrik yg perlu dilaksanan.. untuk naik ke band 4 - 5 - 6 perlu melalui band 3 dahulu.. apa yg mampu kami laksanakan jika band tiga berkehendakkan murid membuat lakaran projek.. kami lagi rasa teraniaya oleh tugasan PBS ni..

Ok, semua...nampak tak masalahnya di situ? Bagi yang normal memang tak ada masalah...cuma masalah malas je tapi macam mana pula dengan OKU cacat penglihatan? Kakak saya cakap yang kerja khusus projek kayu untuk KH pun cikgu diorang tolong buatkan, lakaran pun cikgu diorang tolong inikan pula yang projek-projek reka benda tulah, reka benda nilah. Tak kan cikgu pun nak tolong buatkan? Ini persoalan yang tak dapat dijawab -,-

Pergi ke sudut lain pula. Wahai para pembaca yang masih form 3, korang tak ada rasa sakit hati atau pilu hati ke bila tiba-tiba diorang umumkan PBS dimansuhkan! PMR dijalankan seperti biasa! Habis tu, yang kitorang buat bertungkus-lumus masa form 1 ngan form 2 dah tak ada gunalah. Dengan kertas-kertas yang berlambak-lambak tu. Dengan duit ibu ayah bayar untuk beli barang siapkan projek PBS. Sia-sia macam tu je...sampaikan akhir tahun biasanya dah boleh relaks tapi kitorang tahun lepas masih buat PBS. :'(

Lompat kepada kebaikan PBS pula. Siapa kata PBS tak ada kebaikan? Setiap benda mesti ada baik buruknya. Bagi saya, kebaikan PBS yang pertama ni beri peluang untuk semua orang berjaya dan bantu untuk mengasah minat dan menjelaskan lagi masa depan kita. Amboi,ayat....hehehe...macam mana nak cakap ek? Contohnya, kalau PMR ni pelajar semua duduk dalam bilik hafal segala nota bagai. Kalau orang yang senang nak hafal tu bolehlah, tapi kalau jenis yang sederhana? Jadi, PBS ni ajar kita supaya jadi kreatif dan juga kena aktif dalam koko. Bukannya asyik duduk dalam kelas 100%. Jadi, benda tulah yang menyeronokkan sebenarnya, bila kita kena buat projek lagi-lagi dalam kumpulan. Tak seronok ke? PJ pun sama...biasanya orang ambil ringan je PJ ni. Setiap tahun belajar benda yang sama tapi daya tahan kardiovaskular pun tak tahu lagi apa benda tu. Agak kantoi di situ. Hehehe....

Seterusnya, kalau PBS ni tetap dijalankan...maknanya nanti tetap ada ujian bertulis yang 4 subjek tu. Math, BI, BM, Science. Persoalannya, adakah soalannya nanti akan merapu macam jawab PISA tahun lepas. Yang tak ada kaitan langsung dengan buku. Punyalah penat baca dan hafal, rupa-rupanya soalan tak ada kaitan. -,- Memang aras tinggi betul soalan dia. Setiap soalan mesti diakhiri dengan perkataan 'why?' Contohnya, kalau math paper 2 kita main hentam je jawapan dan kebetulan betul boleh dapat sekurang-kurangnya 1 markah kan? Tapi kalau PISA dia nak jawapan berserta sebab. Kalau tak tulis sebab, memang markahnya kosonglah. Itu je satu hal yang menggerunkan.

Ok..terpanjang pulak entry ni. Tahu kenapa? Sebab sekarang tengah free, PBS dah settle. Hehehe.....Jadi, tak tahulah sama ada PBS ni perlu diteruskan atau dimansuhkan. Tawakkal jelah...Apa saja keputusannya bersama-samalah kita redha ya.... :)

--> Kalau ada pendapat lain, kongsilah :)

                                           ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫

Saturday, 8 February 2014

Belajar Keikhlasan Dengan Hanya Sekarung Guni

Assalamualaikum w.b.t,

  Dah lama menyepi dah ~ hihihi....Ok, boleh ke kita belajar keikhlasan dengan hanya sekarung guni? Hmm....jom kita baca kisahnya yang saya jumpa di page InDaHnYa berPurdah. :)

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi
batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu, Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .

                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫