Thursday, 2 January 2014

Corat-coret Hari Persekolahan

Assalamualaikum w.b.t,

   Hmm.....macam mana dengan sekolah korang? Ok ke Ko? Kalau saya..............hmmm....bacalah dulu entri ni sampai habis. :) Kita mulakan dulu dengan hari pertama persekolahan.

---> FIRST DAY OF SCHOOL

   Saya duduk kat Johor jadi sekolah bermula 1.1.2014. Memandangkan semalam hari Rabu, pakailah baju koko Pandu Puteri. Malam-malam dah siap gosok dah. Lepas tu, kemas buku.

  Bersiaplah pagi-pagi dengan senang hati namun langit tidak selalunya cerah. Masa nak pakai skaf pandu, kan ada woggles kan......pergilah nak ambil woggles tu dalam laci. Tapi tak ada! Biar durian? Dah nak pergi sekolah dah ni.....tak kanlah tak payah pakai skaf. Tak senonoh je...akak senior cakap macam pakai baju tidur. -,- Lagipun memang buat malu je....

  Dahlah lencana pandu yang pakai kat skaf tu dah hilang masa pertandingan kawad tahun lepas. Lencana bumi pun sama. Ceh.....jadi nak tak nak pakailah kerongsang pin kat skaf. Rasa malunya mungkin kurang 97% berbanding tak pakai skaf.

   Sampai sekolah, sebenarnya tak ingat pun mana kelas 3 ERA 1. Main ikut je kawan sekelas yang kebetulan lalu. Identitinya dirahsiakan. :3 Sesampainya di kelas, nampaklah sudah 2 orang ahli karoot. Diorang pilih tempat duduk baris kedua bahagian tengah. Tempat duduk yang strategik. Lima bintang untuk diorang. Then, ada perhimpunan....ucapan....ucapan.....ucapan.......ucapan.....

   Paling tak sabar bila nak tahu siapa yang bakal mengajar bagi setiap subjek. Fuh, walaupun cikgu yang mengajarnya tak sama macam tahun lepas tapi kira oklah tak adalah yang garang setiap masa. Maklumlah, kecut perut nanti lagi2 bila time tanya soalan main serkap jarang. Apa-apapun cikgu-cikgu semua terbaik. :) No comment.

   Hari pertama dah ada kerja sekolah agama. Siapkan dengan penuh semangat. ^_^

----> SECOND DAY OF SCHOOL

   Semuanya berjalan macam biasa. Pagi-pagi ada perhimpunan baca yasin. Satu ilmu yang baru saya tahu ingin saya sampaikan di sini. Ustaz kata:

Jangan ikut bacaan aamiiiin di kebanyakan masjid. Perasan tak kalau kat masjid kan diorang baca aaaaaaamiiiiiiiin......kalau baca macam tu maksudnya 'adakah diperkenankan?' Jadi bacaan yang betul ialah aa (2 harkat) miiiin (4/6 harkat)......yang bermaksud perkenankanlah.

  Lepas tu, masuk kelas dah start belajar macam biasa. Cuma ada satu perkara je yang berubah hari ni iaitu TEMPAT DUDUK!!! Memang dah agak setiap tahun cikgu akan ubah tempat duduk. Cikgu Geografi yang ubah. Cikgu cakap cikgu nak nampak 1 Malaysia....yang rendah di depan...yang tinggi...di belakang. Akhirnya, muktamadlah tempat duduk di baris ketiga bahagian tengah. Tak apalah...nasib baik duduk dengan orang yang kenal dan juga merupakan ahli karoot.

  Berapa sebenarnya ahli karoot ni? Hihihi.....ada enam termasuk saya. Sebenarnya budak yang ajak mengaroot ni adalah budak ni . Sesi memulakan kekarootan bermula pada tahun lepas. Masa tu, masa sivik. Cikgu tak mengajar. Tak ingat sama ada dah habis belajar, cikgu ada kerja atau cikgu kasi kitorang rehat. Disebabkan murid2 lain bising, cikgu suruh duduk tempat masing2. Aqliya pun duduklah tempat dia. Tiba-tiba, dia bagi saya kertas yang mempunyai cerita mengaroot. Dan saya balas. Dan dia balas. Dan saya balas......dan begitulah sebaliknya.

   Ehem....ehem.....tahun ni PBSMR kan bagi yang form 3. Nak beritahu something ni. Walaupun PBS ni kena periksa setiap bulan, buat tulah, buat nilah sampai baru hari kedua pun cikgu geografi dah bagi tugas band 6 siapkan dalam masa 3 bulan. Jangan anngap kita ni mangsa PBSMR tapi yang mangsanya ialah PBSMR! Ya, dialah mangsa bukan kita. Kita hobin dia betul-betul sampai dapat band 6.  :)

                                               ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫


                                                                                         

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)