Friday, 28 November 2014

Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum w.b.t.

                                                         
                                                                 comel je telur ni muntah

Dari kecik saya memang mabuk kenderaan. Tapi tak semua kenderaanlah. Cuma kereta dan feri je setakat ni. Bas tu kadang-kadang. Bagi sesiapa yang tak tahu, mabuk kenderaan ni bila naik kenderaan akan rasa pening.

Paling tak best bila nak pergi berjalan. Lagi-lagi kalau naik kereta pagi-pagi. Mula-mula bolehlah wat lek wat cool tapi tak sampai beberapa minit dah rasa pening kepala. Apalagi jalan penyelesaiannya..tidur jelah sepanjang perjalanan.. Tak dapat nak nikmati pemandangan. Dapat tidur tu dah kira okey dah. Kadang-kadang mata pulak tak boleh nak lelap. Kalau macam tu lama-lama melambaklah muntah.

Ibu kata ikut genetik ayah. Akak pun sama dulu mabuk tapi sekarang dia dah okey. Saya masih tunggu lagi masanya untuk "okey' tu. Bukannya tak nak beli pil tahan muntah. Ibu kata jangan terlalu bergantung pada ubat. Mungkin dah set minda naik kereta je mabuk.

Tapi tak semua kereta saya mabuk. Ada sesetengah kereta bila naik rasa okey pulak. Saya rasa salah satu faktornya sebab bau enjin kereta. Tak suka..bau enjin je memang rasa pening + mual. Lagi satu, kadang-kadang ibu letak bunga kenanga atau daun pandan dalam kereta kasi wangi. Lagilah nak muntah. Saya tak boleh naik kereta yang wangi sangat. Saya suka bau udara. Kadang-kadang bolehlah bukak tingkap. Baru best..tak pening. Tapi waktu tengah hari buta ibu tak kasi. Yelah, masa tu kan matahari tengah mencarau. Guna air-cond sejuk.

Terfikir jugak kalau dah selalu mabuk bila naik kereta. Macam mana nak memandu? Ayah kata kalau memandu memang tak kan pening. Betul ke? Kalau betul, alhamdulillah...lega sikit. Korang pun mabuk jugak ke? Ada petua mudah yang berjaya tak? Kalau ada kongsilah sikit... :) Tapi alhamdulillah tak semua kenderaan saya mabuk. Kapal terbang belum cuba lagi ni. hehe...


                                                ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

Friday, 14 November 2014

The Liebster Award - Part 5 -

Assalamualaikum w.b.t...

                                          
Thanks Qya.

1. Kenapa bila orang kentut kita akan kecoh macam tersebar wabak penyakit satu dunia. Tapi sesetengah orang bila kentut siap mengaku kentut dia wangi..*Soalan apa nih..
- Sebab nama pun kentut. Kentut ada dua jenis je. Yang pertama kentut busuk dan yang kedua kentut tak ada bau. Yang mengaku kentut wangi tu mungkin dia makan 7 talam bunga kenanga. Tapi orang Arab lebih suka kentut daripada sendawa. Sebab kalau kita sendawa menandakan dah kenyang dah menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w iaitu makan bila rasa lapar, berhenti sebelum kenyang.

2. Pernah buat benda stupid yang memang anda rasa menyesal tak.. Apakah bendenya??
- Berbalik kepada entry yang lepas, makan tahi hidung ialah benda yang paling tak patut dibuat tapi tak adalah menyesal sangat sebab tak ada side effect pun. Malah terjumpa pulak satu artikel bahawa makan tahi hidung dapat mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Ok...ini kelakar tapi betul ke?

3. Kalau diberi pilihan antara laut dan gunung, yang mana anda lebih suka?
- Dua-dua sebab kat laut boleh mandi-manda  dan kat gunung boleh menikmati pemandangan dari puncak gunung.

4. Ada allergi tak.. Apa dia?
- Tak ada.

5. Kejayaan paling besar seumur hidup anda pernah alami.
- Bila buat ibu gembira.

6. Apa cita-cita anda. Dan di manakah anda berhajat untuk belajar bagi memenuhi cita-cita anda.
- Pensyarah. Di UIA maybe.. ;) In Shaa Allah...

7. Bila form 4 tahun depan, anda nak ambil aliran apa ye?. Kenapa?
- Aliran Sains sebab best. Boleh tahu dan belajar tentang banyak benda.

8. Apakah barang yang paling kamu ingini buat masa ini?
- Al-quran pelangi dengan terjemahan saiz mini. :)

9. Ceritakan 5 perkara mengenai diri kamu.
- Suka menulis.
- Tak suka buat sesuatu berkali-kali tapi gagal.
- Suka makan nasi dengan ulam cili api.
- Suka cuba resipi-resipi dessert yang simple.
- Tak suka tengok barang yang terlalu bersepah.

10. Barang paling berharga yang pernah anda dapat. Nak letak gambar pun boleh je.. Bagi lah orang tengokk..Asyik dia je tengok.
- Semua barang yang diberi oleh orang yang saya paling sayang merupakan barang yang paling berharga. Al-quran yang ayah dan kakak hadiahkan. Teddy bear yang arwah nenek belikan. Maaf ya tiada gambar.

11. Do you ever have any pets.? Binatang apa?
- Ada. Cacing pita dalam perut. Hari-hari bagi dia makan. haha...tak adalah..tak pernah pelihara haiwan. Saya busy takut tak sempat beri nafkah kat haiwan kan susah. Nanti haiwan tu tuntut. :3 

Mangsa tag dan soalannya tunggu entry akan datang ya..


                                             ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

Tuesday, 11 November 2014

The Liebster Award - Part 4 -

Assalamualikum w.b.t...

                                         
Thanks Naimi sebab tag. Kita sebaya.. ^_^

1.What do you do to let others know you love them ? 
- I will do the things that they like. Sometimes we can show our love through our action but sometimes we need to tell it.

2.Do you prefer fish or meat ? 
- Of course meat because I don't eat all type of fish except anchovies.

3.Who would you most like to be stuck in an elevator with? 
- It is scary enough to stuck in an elevator. But, if I is stuck in an elevator I hope I will stuck with a girl so it will be easy for me to communicate.

4.What did you dream about last night ? 
- About my friends at school. It such a real. But I'm sure my dream last night would not be happened.

5.If you were a car, what kind of car would you be? 
- A cool car and cute car and can be like transformers.

6.If you could be invisible for one hour, where would you go and what you would you do? 
- I will go to my friend's house and disturbing them. I will also act like a ghost so that she will be scared. muahaha...But she will know my plan if she reads this entry.

7.What are your bad habits? 
- When I'm a kid, I collected all my tahi hidung and lekatkan di tepi almari baju saya. and I like to eat tahi hidung too...iyeks...I don't know why. It was disgusting..You know....when I'm a KID!

8.What question do you often ask yourself? 
- Why...why...why I don't have any questions to ask myself?

9. What is the one thing you want most in your life right now? 
- working hard all the time without tired and no more laziness. If I can have it right now and forever...but, I know I must put all of my effort to get it. I can't get it for free.

10.What is your favorite month of the year? Why ?
- All month is my favourite month because every month must have something happiness happens. 

11.What can you do that others can't do?
- Eating tahi hidung. You mampu? haha..just kidding.. I won't eat it anymore. 

Mangsa tag dan soalannya tunggu entry akan datang ya..


                                             ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

The Liebster Award - Part 3 -

Assalamualaikum...

                                         
Thanks kak Misz-aa sebab tag. ;) Ok..straight to the point. Soalannya ialah:

1. Lagu apa yang korang suka? kenapa?
- Ok, tak minat sangat lagu sebenarnya. So, tak ada lagu yg spesific untuk diminati. Hanya nyanyi ikut gerak hati. Itupun kalau lagu tu rancak sikit.

2. Game apa yang korang suka main, bila boring?
- Banyak....game Gum Drop Hop, My Dolphin Show, Pou, Fire and Water, Bomb it 1 dan banyak lagi. Kebanyakannya game kat computerlah.

3. Siapa yang korang adore or respect?
- Semua orang.

4. Suka makan aiskrim perisa apa? kenapa?
- Semua jenis aiskrim suka. Paling best choc/strawberry + vanilla...yummy...

5. Prefer vampire or wolf? kenapa?
- Lebih baik wolf sebab wolf tu haiwan..vampire tu hantu..kalau wolf gigit terus mati. kalau vampire gigit jadi hantu. hahaha...

6. suka autumn, spring, summer or winter? mengapa?
- Semua sekali sebab semua musim tu ada keistimewaanya tersendiri. Ceh...kadang2 kat sekolah angin kuat jadi daun2 pokok pun berterbangan. Masa tulah berangan ala2 kat luar negara. *lain ditanya lain dijawab :3

7. Takut kepada binatang atau serangga apa? mengapa?
- Segala binatang buas dan serangga berbisa sebab boleh membunuh, semua jenis ular sebab geli dengan badannya yang bersisik, lipas terbang sebab boleh terbang ke mana2 yang dia suka dengan pantas sampai buat orang terjerit-jerit dan cicak sebab takut dia berak or kencing dalam makanan lagi.

8. TVshow apa yang korang suka tengok?
- Suka lattew..tak tahu sebab apa....mungkin sebab dia dalam bentuk santai-mantai..

9. Suka bunga apa? kenapa?
- Semua jenis bunga sebab ciptaan Allah semuanya cantik2, unik2 dan wangi. Baru tahu rupanya pontianak harum sundal malam berasal daripada bunga harum sundal malam. Bunga tu wangi waktu malam je.

10. Apa movie yang korang suka sangat? kenapa?
- Tak ada..

11. Apa pendapat korang tentang blog "weird girl speak" ni?
- Cantik dan tak berserabut. Cursor pun comel. ;)

Mangsa tag dan soalannya tunggu entry akan datang ya..


                                             ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫




Saturday, 1 November 2014

The Liebster Award - Part 2 -

Assalamualaikum w.b.t

                                         

Buat kali kedua saya ditag lagi untuk jawab soalan libster award. Kali ni saya ditag oleh adik Ara. Thanks sebab sudi tag akak.

Rules :-

- Mention the person who nominated you with a link to their blog- Answer the 11 questions asked- Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential- Create 11 ofyour own questions for them to answer- Notify your nominate

Questions :-

1. Pandai main alat muzik? Alat muzik apa?
- Tak pandai main tapi pernah main. Pernah main melodian masa darjah enam. At least adalah jugak melodinya. 

2.Pencapaian terbaik masa sekolah?
- Pencapaian terbaik sampai peringkat daerah je johan untuk pertandingan kawad kaki. Penyertaan banyaklah sampai peringkat kebangsaan tapi tak menang2. Nakkan sijil je sebenarnya. wakaka....

3.Pernah alami insiden yang sangat-sangat menyedihkan? kongsikan.
- Tak ada kot. Perkataan 'sangat-sangat' tu macam betul2 menyedihkan je.. Tak pernah kot sampai macam tu. Sedih sikit-sikit adalah. Masa kena marah ngan ibu dan cikgu.  

4.Sejak bila aktif berblogging? blog siapa yang menjadi rujukan?
- Rasanya memang dah aktif sejak dari awal berblogging tahun 2012. Masa mula-mula dulu selalu tengok blog kak Lyssa, kak Nabilah dan kak Fatin dan banyak lagi untuk tutorial blog dengan ambil freebies2 yang comel. 

5.Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging?
- Terpengaruh dengan blog kawan. Macam best je dia tulis semua benda yang dia lalui dalam blog. Lepas tu, saya pun mulalah bikin ini blog. ;)

6.Ara boleh bermain piano tapi masih di tahap amatur. Betul ke bohong? Alasan?
- Kena current tak kalau salah jawab, Ara? hehehe...betul kot sebab masa jawab liebster award Ara ada tulis nak hadiah piano.

7.Anda seorang kpopers? Sejak bila? Group mana menjadi pilihan? Ultimate bias? Ceritakan serba serbi tentang group yang anda minati.
- Tak. Tak. Tak. Tak dan tak...hehehe...tak minat k-pop sebenarnya.

8.Kalau anda diberi pilihan untuk berterus terang, apa yang akan anda beritahu?
- Kepada orang yang pernah saya bohong, kalau boleh saya nak terus-terang perkara yg saya bohong terutamanya masa kecik-kecik dulu tapi malangnya saya lupa apa yang saya bohongkan dan kat siapa yang saya pernah bohong. Maafkanlah ya kalau rasa-rasanya diri anda pernah dibohongi..tak berniat pun..kecik-kecik kan memang macam tu..hehehe...

9.Berikan 2 perkataan untuk menggambarkan diri anda yang sebenar. Tak kisah la Malay ke English
- Shy girl. :3

10.Lagu yang sering anda dengar baru-baru ini.
- Nak kata baru tak adalah baru sangat tapi dulu suka dengar lagu Taylor Swift- Love Story. Sekarang dah bosan dah dengar lagu tu.

11.Sebarang penambahsuaian untuk blog Ara mungkin?
 - Blog Ara okay je. Tapi kalau boleh untuk " In Memories " mungkin boleh buat dalam bentuk list macam kat blog akak contohnya supaya senang nak tengok tajuk entry yang lama-lama. Yang lain semuanya cantik dan kemas. :)

Mangsa tag dan soalannya tunggu entry akan datang ya..


                                             ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫


The Liebster Award - Part 1 -

Assalamualaikum w.b.t

                                       
Ainur telah ditag oleh blogger Anamyhusna pada tahun lepas. Sorry, lambat sangat jawab liebster award ni. Tanpa melengahkan masa, ainur jawab soalan yang telah diberi dengan sejujurnya.. :3

Rules  :
  • For those who have less than 200 followers on bloglovin , this is a great opportunity for small and new blogs to find new readers and connect with everyone in the blogging community!
  • If I have nominate you , all you have to do receive the award is to follow me on Google Friend Connect ( GFC ) and then answer a few questions! Make sure that when you nominate people you're following them and send them a message letting them know you have done so ( suggest at most 11 nominations )

 1. Are you a directioner? Who are you most interested in?
--> Nope.

2. What song could describes you? Or describes about your life?
--> The ABC song cause I am as simple as ABC.


3. You got a best friends? How many? If you can, list the names.
--> Of course . Syafiqah, Izzati, Mardiyyah, Puteri, Nadia Rashid, Nadia Mazlan, Syuhada, Aqliya, Manissha, Janice, Nadia, Syifa', Adilah, Ishwa, Sharaniya and many more.

4. List 3 country that you always wants to visit.
--> Madinah, Mecca and Paris 

5. Have you ever watch Korean Drama? What is your favorite Korean Drama?
--> No. I don't like to watch Korean Drama but I don't know why.

6. What is your favorite song?
--> Love story maybe..

7. Do you likes to read novels? Which novels do you like the most?
--> Yes. Impiana series books written by Ain Maisarah.

8. Who are the most you want to see right now?
--> Seriously I don't want to see anyone right now.


9. Do you like animals? What animals you like the most?
--> Yes. Cats and rabbits.

10. What is your favorite color?
--> Of course purple is my favorite color until now.

Mangsa tag:


1. Kak  Lily
2. Kak Karimah
3. Atyy Azmi
4. Dyan Imani
5. Kak Bella
6. Belong To Mee
7. Afiqah Zamri
8. Kak Fatin
9. Kak Syasya
10. Ina
11. Najwa

Soalan:

1. Makanan last yang awak makan?
2. Perasaan awak bila lalu depan orang tiba-tiba terdengar suara orang gelak-gelak.
3. Dalam kelas suka duduk di meja bahagian mana? Kenapa?
4. Apa yang awak buat bila cikgu suruh buat latihan dan baru awak tersedar yang awak tak bawa buku?
5. Buku yang paling digemari?
6. Suka makanan kat kantin sekolah? Kenapa?
7. Pandai pujuk orang yang merajuk? Kalau pandai boleh beritahu macam mana caranya?
8. ' Sudah jatuh ditimpa tangga'. Pernah berlaku pada diri awak? Boleh kongsikan?
9. Piala paling besar yang pernah awak dapat?
10. Benda yang paling awak sayang. Kenapa?
11. Pendapat ikhlas tentang blog ' Purple Territory '. Kalau ada kekurangan, tolong beritahu. Saya tak marah. :)

Harap sudi luangkan masa jawab soalan saya. Kalau dah jawab tolong beritahu saya. ^_^


                                            ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

Saturday, 6 September 2014

Tragedi Tahi Cicak

Assalamualaikum w.b.t


Inilah dia cicak. Mula-mula fikir nak letak setempek tahi cicak tapi amatlah tidak sopan. Manalah tahu korang tengah makan ke kan...

Baru tengah hari tadi ada tragedi dengan tahi cicak. Tahi cicak rupa dia macam serpihan kek coklat disirami krim vanila enak berkrim. Kisahnya begini...

Dalam jam 3:00 petang saya sedang menikmati makanan tengah hari yang sungguh enak. Kari ayam + telur + sambal tempe + tauhu.. Tempat makan saya memang kat depan tv *jangan tiru aksi ini*  Semuanya berjalan lancar sehinggalah ke suapan terakhir..rasa lain macam..macam rasa tahi...bau pun macam tahi...ludahlah balik makanan tu. Pergi dapur, kumur-kumur then minum air mineral secawan.

Timetulah terfikir apa benda yang dimakan tadi. Terlintaslah satu perkataan ni iaitu tahi cicak. Untuk mengesahkannya lagi, saya pergilah ke tempat duduk yang saya makan tadi dan mendongak ke atas. Sah...memang sah...comel je cicak tu melekat kat bumbung. Masa makan memang tak nampak tahinya dah duduk dalam nasi..tak pastilah sama ada air dia je atau pakej sekali ngan tahi. Lepas minum air kosong tadi pun masih terasa sisa-sisa tahi cicak kat tekak. Terus ambil milo dan ratah.

Ini benda paling kejam cicak kat rumah ni pernah buat. Sebelum ni, memang selalu dah tahi cicak menempel kat rambut, kat tangan tapi tak pernah lagi sampai ke lidah. Setakat ni, alhamdulillah belum ada side effect. Tak tahulah 20 tahun akan datang tadi. Nauzubillahi min zalik...

Adik pun dulu pernah kena..masa dia kecik-kecik. Dia pergi minum air dalam cawan yang dah lama dibiarkan atas meja. Saya tengok dalam cawan ada tahi cicak tenggelam tak timbul-timbul. Menjerit satu rumah..

Saya tahu sebelum ni saya selalu membuat cubaan melastik cicak tapi tak pernah kena..mungkin ini cara dia untuk balas dendam...redha jelah..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...siapa tahu lepas ni saya dapat superpower jadi cicakwoman. Berpadu tenaga dengan cicakman menentang Prof. Klon..

Kesimpulannya, berwaspadalah dengan haiwan berbadan lembik berwarna kecoklatan itu. Jangan biarkan makanan terdedah. Cak..cak..cak... ;)


       ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫
                                     


Friday, 9 May 2014

Cara Membuat Lesung Pipit

Assalamualaikum w.b.t,

                                                         
                                                               - cutenya Wawa Zainal -

   Lesung pipit ialah satu kecacatan yang indah. Kalau tengok orang yang ada lesung pipit senyum mesti sweet. ♥ Siapa yang tak nak lesung pipit? Kalau diberi pilihan sebuah kereta dengan sepasang lesung pipit, agak-agak korang nak pilih yang mana? Dua-dua? Tamaknya... :3

  Tadi saja-saja search google pasal lesung pipit. Dapatlah sedikit info bahawa lesung pipit terjadi kerana kecacatan pada otot-otot muka. Tapi kecacatan inilah yang orang idam-idamkan. Katanya, lesung pipit ni tak boleh dibuat, kita boleh ada lesung pipit kalau salah seorang ibu bapa kita ada lesung pipit.

  Tapi tadi tergerak hati nak tanya ibu. Ibu ada lesung pipit? Ibu jawab tak ada. Ayah? Pun tak ada. Habis tu macam mana saya boleh ada lesung pipit? Katanya keturunan. Tapi lesung pipit saya tak lah dalam sangat....bila kemam bibir atau senyum sampai ke telinga nampak sikit....

  Rupa-rupanya ibu ada buat petua masa saya baru lahir. Kiranya dalam tempoh 40 hari. Yang pasti petuanya bukan guna hujung cili api.

Petua Membuat Lesung Pipit:
--> Ambil sehelai daun sirih. Getah daun sirih atau hujung daun sirih tu lukiskan kat pipi tempat yang kita nak ada lesung pipit. Buat setiap hari...sambil buat tu berselawatlah. In Shaa Allah berkesan..

  Testimoninya saya...muahaha... Tapi kalau dah besar panjang rasanya petua ni tak boleh digunakan. Ada baca, boleh buat pembedahan lesung pipit tapi kosnya sangat sangat sangatlah mahal. Tak apa...tak ada lesung pipit pun tak apa...semua yang Allah cipta kan indah-indah...
 
                                                 ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

Wednesday, 5 March 2014

Duit Koyak

Assalamualaikum....

                                         
                                                          *diambil daripada google images*

Duit koyak...idea ni datang berkurun dahulu baru ada hati nak taip. Siapa pernah alami duit koyak? 99% mesti pernah kan? Saya pun pernah, ni nak cerita ni. :3

  Kejadian ni terjadi masa saya kecik lagi...maybe sekolah rendah. Masa tu, berhantu makan wafer Cloud 9 warna biru. Sedap tau! Sampai sekarang masih minat lagi. Jadi, ibu bagilah duit untuk beli cloud 9 tu, saya simpan dalam beg duit yang kecil. Duit kertas tu saya lipat2 kecil2 dan sumbatkan dalam beg duit yang kecik. Siap! Tak lama lepas tu, kenapa entah saya nak keluarkan duit tu. Sekali zip dia tersangkut dekat duit. Ala...masa kecik mana fikir panjang-panjang.....jadi, saya tarik je zip tu. Kesudahannya, bila keluarkan duit seringgit terkoyak sudah... =,=

  Kalau kita buat koyak duit tu, masih boleh tahan lagi. Yang paling geram bila kita dapat duit baki yang dah koyak. Masa tu, ibu yang  dapat. Duit baki tu memang selalunya tak ada telek pun...dapat terus simpan dalam poket. Sekali balik rumah tengok duit RM 5 dah koyak lepas tu bertampal dengan cellotape (betul ke eja ni?). Yang kali kedua pulak dapat duit RM 10 yang berconteng. Memang tak pulang baliklah sebab duit tu orang bagi. Tak kan orang dah bagi lepas tu kita nak cakap " Nek....duit ni dah bertulis...boleh bagi yang lain tak? Duit ni nek ambil balik buat catatan, ya "

  Tapi jangan risau...duit tu dah selamat dah dibayar kat sekolah. :3 Maklumlah, kalau nak buat bayar kat pasar raya mana diorang nak duit macam tu walaupun koyaknya sikit je di hujung. Kita yang susah padahal kita dapat dari kedai. Lain kali, bila dapat duit baki check dulu tau....kalau ada yang koyak, pulang balik ^_^

 Itulah pengajarannya di sini.....bukak sampul duit raya pun sama tau! Sampulnya buka elok-elok jangan main koyak je nanti silap hari bulan duit dalam tu sekali terkoyak. Eh,eh...macam ada pengalaman je....Hehehe....tak adalah tapi terjumpa kat facebook. Terjadi juga ya benda tu.....Malang tidak berbau....~

                                               ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

Wednesday, 26 February 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah a.k.a PBS

Assalamualaikum w.b.t,

    Baru ada kesempatan nak update entry. Hihihi... -,- Ingatkan nak post pasal duit koyak tapi memandangkan PBS macam hot je sekarang ni lebih baik tulis pasal PBS. Boleh kongsi-kongsi pendapat dengan para pembaca yang sedang menghadapi PBS sekarang ni. ^_^ Sebelum tu, kalau nak baca luahan hati daripada seorang guru tentang PBS ni boleh baca kat sini. Kalau nak baca luahan hati daripada seorang pelajar boleh baca kat entry ni je..cewahh....tak adalah, cuma pendapat je. Sekali lagi, diulang hanya pendapat sahaja ya. :)

   Sejujur-jujurnya, saya suka PBS ni. Betul, tak tipu! PBS, I LOVE YOU ♥ Tapi...kenapa PBS ditangguhkan buat sementara waktu? Mungkin banyak masalah sebenarnya...Dan tadi bercerita dengan kakak tentang PBS ni....cikgu kepada kakak saya ada update status berbunyi begini:


Sekadar berkongsi info.. sy mengajar pendidikan khas cacat penglihatan, tiada pengecualian dlm bab pentaksiran ni.. ada.. dlm KH, Geografi umpamanya ada part yg perlu lakaran, lukisan teknik, elektronik, elektrik yg perlu dilaksanan.. untuk naik ke band 4 - 5 - 6 perlu melalui band 3 dahulu.. apa yg mampu kami laksanakan jika band tiga berkehendakkan murid membuat lakaran projek.. kami lagi rasa teraniaya oleh tugasan PBS ni..

Ok, semua...nampak tak masalahnya di situ? Bagi yang normal memang tak ada masalah...cuma masalah malas je tapi macam mana pula dengan OKU cacat penglihatan? Kakak saya cakap yang kerja khusus projek kayu untuk KH pun cikgu diorang tolong buatkan, lakaran pun cikgu diorang tolong inikan pula yang projek-projek reka benda tulah, reka benda nilah. Tak kan cikgu pun nak tolong buatkan? Ini persoalan yang tak dapat dijawab -,-

Pergi ke sudut lain pula. Wahai para pembaca yang masih form 3, korang tak ada rasa sakit hati atau pilu hati ke bila tiba-tiba diorang umumkan PBS dimansuhkan! PMR dijalankan seperti biasa! Habis tu, yang kitorang buat bertungkus-lumus masa form 1 ngan form 2 dah tak ada gunalah. Dengan kertas-kertas yang berlambak-lambak tu. Dengan duit ibu ayah bayar untuk beli barang siapkan projek PBS. Sia-sia macam tu je...sampaikan akhir tahun biasanya dah boleh relaks tapi kitorang tahun lepas masih buat PBS. :'(

Lompat kepada kebaikan PBS pula. Siapa kata PBS tak ada kebaikan? Setiap benda mesti ada baik buruknya. Bagi saya, kebaikan PBS yang pertama ni beri peluang untuk semua orang berjaya dan bantu untuk mengasah minat dan menjelaskan lagi masa depan kita. Amboi,ayat....hehehe...macam mana nak cakap ek? Contohnya, kalau PMR ni pelajar semua duduk dalam bilik hafal segala nota bagai. Kalau orang yang senang nak hafal tu bolehlah, tapi kalau jenis yang sederhana? Jadi, PBS ni ajar kita supaya jadi kreatif dan juga kena aktif dalam koko. Bukannya asyik duduk dalam kelas 100%. Jadi, benda tulah yang menyeronokkan sebenarnya, bila kita kena buat projek lagi-lagi dalam kumpulan. Tak seronok ke? PJ pun sama...biasanya orang ambil ringan je PJ ni. Setiap tahun belajar benda yang sama tapi daya tahan kardiovaskular pun tak tahu lagi apa benda tu. Agak kantoi di situ. Hehehe....

Seterusnya, kalau PBS ni tetap dijalankan...maknanya nanti tetap ada ujian bertulis yang 4 subjek tu. Math, BI, BM, Science. Persoalannya, adakah soalannya nanti akan merapu macam jawab PISA tahun lepas. Yang tak ada kaitan langsung dengan buku. Punyalah penat baca dan hafal, rupa-rupanya soalan tak ada kaitan. -,- Memang aras tinggi betul soalan dia. Setiap soalan mesti diakhiri dengan perkataan 'why?' Contohnya, kalau math paper 2 kita main hentam je jawapan dan kebetulan betul boleh dapat sekurang-kurangnya 1 markah kan? Tapi kalau PISA dia nak jawapan berserta sebab. Kalau tak tulis sebab, memang markahnya kosonglah. Itu je satu hal yang menggerunkan.

Ok..terpanjang pulak entry ni. Tahu kenapa? Sebab sekarang tengah free, PBS dah settle. Hehehe.....Jadi, tak tahulah sama ada PBS ni perlu diteruskan atau dimansuhkan. Tawakkal jelah...Apa saja keputusannya bersama-samalah kita redha ya.... :)

--> Kalau ada pendapat lain, kongsilah :)

                                           ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫

Saturday, 8 February 2014

Belajar Keikhlasan Dengan Hanya Sekarung Guni

Assalamualaikum w.b.t,

  Dah lama menyepi dah ~ hihihi....Ok, boleh ke kita belajar keikhlasan dengan hanya sekarung guni? Hmm....jom kita baca kisahnya yang saya jumpa di page InDaHnYa berPurdah. :)

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi
batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu, Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

# Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . InsyaAllah dapat pahala dari ALLAH SWT .

                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫

Monday, 13 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫

Thursday, 2 January 2014

Corat-coret Hari Persekolahan

Assalamualaikum w.b.t,

   Hmm.....macam mana dengan sekolah korang? Ok ke Ko? Kalau saya..............hmmm....bacalah dulu entri ni sampai habis. :) Kita mulakan dulu dengan hari pertama persekolahan.

---> FIRST DAY OF SCHOOL

   Saya duduk kat Johor jadi sekolah bermula 1.1.2014. Memandangkan semalam hari Rabu, pakailah baju koko Pandu Puteri. Malam-malam dah siap gosok dah. Lepas tu, kemas buku.

  Bersiaplah pagi-pagi dengan senang hati namun langit tidak selalunya cerah. Masa nak pakai skaf pandu, kan ada woggles kan......pergilah nak ambil woggles tu dalam laci. Tapi tak ada! Biar durian? Dah nak pergi sekolah dah ni.....tak kanlah tak payah pakai skaf. Tak senonoh je...akak senior cakap macam pakai baju tidur. -,- Lagipun memang buat malu je....

  Dahlah lencana pandu yang pakai kat skaf tu dah hilang masa pertandingan kawad tahun lepas. Lencana bumi pun sama. Ceh.....jadi nak tak nak pakailah kerongsang pin kat skaf. Rasa malunya mungkin kurang 97% berbanding tak pakai skaf.

   Sampai sekolah, sebenarnya tak ingat pun mana kelas 3 ERA 1. Main ikut je kawan sekelas yang kebetulan lalu. Identitinya dirahsiakan. :3 Sesampainya di kelas, nampaklah sudah 2 orang ahli karoot. Diorang pilih tempat duduk baris kedua bahagian tengah. Tempat duduk yang strategik. Lima bintang untuk diorang. Then, ada perhimpunan....ucapan....ucapan.....ucapan.......ucapan.....

   Paling tak sabar bila nak tahu siapa yang bakal mengajar bagi setiap subjek. Fuh, walaupun cikgu yang mengajarnya tak sama macam tahun lepas tapi kira oklah tak adalah yang garang setiap masa. Maklumlah, kecut perut nanti lagi2 bila time tanya soalan main serkap jarang. Apa-apapun cikgu-cikgu semua terbaik. :) No comment.

   Hari pertama dah ada kerja sekolah agama. Siapkan dengan penuh semangat. ^_^

----> SECOND DAY OF SCHOOL

   Semuanya berjalan macam biasa. Pagi-pagi ada perhimpunan baca yasin. Satu ilmu yang baru saya tahu ingin saya sampaikan di sini. Ustaz kata:

Jangan ikut bacaan aamiiiin di kebanyakan masjid. Perasan tak kalau kat masjid kan diorang baca aaaaaaamiiiiiiiin......kalau baca macam tu maksudnya 'adakah diperkenankan?' Jadi bacaan yang betul ialah aa (2 harkat) miiiin (4/6 harkat)......yang bermaksud perkenankanlah.

  Lepas tu, masuk kelas dah start belajar macam biasa. Cuma ada satu perkara je yang berubah hari ni iaitu TEMPAT DUDUK!!! Memang dah agak setiap tahun cikgu akan ubah tempat duduk. Cikgu Geografi yang ubah. Cikgu cakap cikgu nak nampak 1 Malaysia....yang rendah di depan...yang tinggi...di belakang. Akhirnya, muktamadlah tempat duduk di baris ketiga bahagian tengah. Tak apalah...nasib baik duduk dengan orang yang kenal dan juga merupakan ahli karoot.

  Berapa sebenarnya ahli karoot ni? Hihihi.....ada enam termasuk saya. Sebenarnya budak yang ajak mengaroot ni adalah budak ni . Sesi memulakan kekarootan bermula pada tahun lepas. Masa tu, masa sivik. Cikgu tak mengajar. Tak ingat sama ada dah habis belajar, cikgu ada kerja atau cikgu kasi kitorang rehat. Disebabkan murid2 lain bising, cikgu suruh duduk tempat masing2. Aqliya pun duduklah tempat dia. Tiba-tiba, dia bagi saya kertas yang mempunyai cerita mengaroot. Dan saya balas. Dan dia balas. Dan saya balas......dan begitulah sebaliknya.

   Ehem....ehem.....tahun ni PBSMR kan bagi yang form 3. Nak beritahu something ni. Walaupun PBS ni kena periksa setiap bulan, buat tulah, buat nilah sampai baru hari kedua pun cikgu geografi dah bagi tugas band 6 siapkan dalam masa 3 bulan. Jangan anngap kita ni mangsa PBSMR tapi yang mangsanya ialah PBSMR! Ya, dialah mangsa bukan kita. Kita hobin dia betul-betul sampai dapat band 6.  :)

                                               ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar ♫