Thursday, 12 December 2013

Zoo Di Facebook

Assalamualaikum w.b.t,

                                                 
                                                               cute kan? ^_^

  Hari ni kita ketengahkan topik zoo di facebook. Jadi, siapa-siapa yang ingin bercuti pada cuti sekolah ini namun ibu bapa tidak mendapat cuti, jangan risau, jangan sedih, jangan mengamuk tidak tentu pasal kerana anda berpeluang melihat haiwan-haiwan yang dikatakan 'comel' hanya di facebook tanpa dikenakan sebarang caj. Cuma perlu bayar jelah bil lektrik. Hihihi.....

  Mungkin ada persoalan yang melintas di fikiran kamu semua. Antaranya berbunyi begini:

1) Weh, kau gurau ke ni?
Jawapan: Tidak, cuma anda perlu cari sendiri di facebook.

2) Tak kanlah haiwan ada facebook...
Jawapan: Dia bukan haiwan, cuma manusia yang menyerupai haiwan.

  Apa maksud ni semua? Maksud saya muslimah-muslimah (perempuan islam) yang mengambil gambar dengan gaya duckface (mulut itik), gaya kangaroo, gaya mulut kembung (ikan buntal). Ish...ish..ish...Sekali tengok rupa manusia tapi dua kali tengok dah rupa ......?.......

  Boleh kalau nak buat gaya macam tu. Boleh tapi buat depan cermin. Biar diri sendiri je tengok ataupun ambil gambar buat simpanan peribadi dan ahli keluarga je. Kalau dah sampai masuk facebook atau mana-mana laman sosial boleh dianggap mencoteng arang di muka sendiri dan ahli keluarga.

  "Oi, walaupun aku ambil gambar macam tu, ada orang puji aku comel apa...." Kalau betullah macam tu, cuba korek apa sebab dia kata awak comel kalau dah ambil gambar dengan gaya macam tu. Mungkin sebab pertama, orang yang puji tu kawan awak sendiri. Dia nak jaga hati kawan. Sebab kedua, orang yang memuji tu dari spesies yang sama. Sebab ketiga, komen comel tapi sebenarnya perli. Sebab keempat, kalau yang puji tu lelaki adakah dia betul-betul lelaki sejati. Maksudnya, tengok gambar perempuan ni komen comel. Tengok gambar perempuan tu komen comel.

  Memanglah semua ciptaan Allah comel-comel, cantik-cantik, molek-molek belaka. Tapi Allah tak suruh buat gaya macam tu tunjukkan kat semua orang. Kalau nak tunjuk, tunjuk dekat ahli keluarga dan orang-orang yang halal sahaja. Kan lebih molek gitu... ^_^

  Terasa? Say Alhamdulillah sebab itu tanda iman masih ada. Maaf, ini bukan entry menghina cuma nak mengingatkan. Kan perempuan ni ibarat mawar berduri. Rupa cantik, tapi tak mudah disentuh kerana adanya duri. Janganlah kita kata kita ni mawar berduri, tapi durinya duri palsu. Tak original. ^_^

Sumber ilham: Nurul Hassanah

4 comments:

  1. Setuju dan sokong sangat! Untuk apalah berposing macam itu kan.. Orang lain tengok macam2 perasaan ada.. Bila tengok berkali2, rasa kelakar pula diaorang ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tapi biasalah kalau budaya barat yang tak elok ramai je yang nak ikut. o_O

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)