Saturday, 14 December 2013

Soalan Dahsyat -Part 1-

Assalamualaikum w.b.t,

         

Itulah soalan dahsyat yang diajukan kepada para pengguna ask.fm yang terpilih. *muahahaha* Jawapan pun macam-macam dapat. Hihihi....Antara jawapannya:

1. Waalaikumussalam , uih dahsyat ~ saya akan slow talk ngan penjahat tu sampai penjahat tu bebaskan parents saya ngan kawan baik saya :D
---> Antara cara penyelesaian yang baik itupun kalau penjahat tu jenis yang tak jahat sangat seperti penjahat dalam cerita komedi. :)

2. ~waalaikummusalam :) kill me then
~Waalaikumussalam. Saya akan berusaha selamatkan keduanya walau diri saya terpaksa akur dengan maut. Jika saya berada di dlm situasi itu, semoga Allah permudahkan.
Waalaikumussalam.."Lepaskan my parents and my best friend. Bunuh la saya "
waalaikumussalam saya akan korban diri saya cehh *suparmannnnnnnnnn*
---> Orang yang jawab ni adalah jenis yang sanggup mengorbankan diri sendiri untuk orang yang tersayang. :Dia tak kisah diri dia sedih asalkan orang yang dia sayang bahagia. :)

3. Wa'alaykummussalam,.. parah betul soalan ,.... kalau saya? buat tak tahu jee dengan penjahat tuh.. biaq pi laa dia punya syarat.. Ada aku kesahh?? hahaaahaa.. tu diaaa
---> Err.....pada pendapat saya, mungkin dia ni jenis yang tak peduli dengan syarat-syarat yang mengarut tu.  Seperti yang dikata, ada aku kesahh??Betul jugak kan, kalau selamatkan ibu bapa, kawn baik terkorban tapi kalau selamatkan kawan baik, ibu bapa pulak terkorban.

4. Waalaikummussalam. Ikut heiraki, saya pilih parents. InsyaAllah.
---> Yang ni pun betul jugak tapi kalau saya mesti rasa serba salah. Mana taknya kawan baik kan selalu teman kita waktu susah senang tup tup dia terpaksa dikorbankan. Saya nak selamatkan dua-dua. 

5. ~ Ya Allah kalah sinetron :/ kena buat solat istikharah dulu baru boleh jawap soklan macam ni :)
~ waalaikumussalam. saya selamatkan ibu bapa saya. Kawan baik saya? Mungkin penjahat tu tak tahu. Kalau dia tahu pun, yg sy boleh buat... Cuma berdoa. In syaa Allah, Dia akan bantu hamba-Nya.*Jawapan ini tak sedahsyat soalan anda* ^_^
---> Alhamdulillah..salah satu cara yang tepat. Minta petunjuk daripada Allah dalam segala perkara. In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan keputusan yang terbaik :D

6. Waa panjang nya @_@ Bunuh je penjahat tu ahaks.
---> Ish, beraninya. :) Tapi jaga-jaga, kalau-kalau penjahat tu hidup lagi mesti berdendam seumur hidup. :o

7. Waalaikumusalam. Susah soalan ni. Ibu . Bapa. Atau kawan ?Selalunya dalam TV atau realiti kata kata penjahat tak boleh diharap. Berurusan dgn polis. Wujudkan keadaan seperti detektif conan.Okay . saya tak mampu nak jawab soalan ini.
Memang dasyat. Parents first. Lepas tuh report polis biar polis handle pasal bff. :P
---> Betul, betul, betul. Tak semua kata-kata penjahat boleh diharap. Kata je nak lepaskan salah seorang, entah-entah nanti dua-dua dia bunuh. Lapor dulu pada polis. Pihak polis tahu apa nak buat. :)

8. Waalaikumussalam ! Takleh buat apa , I'm not a superhero hehe dan hanya boleh mnharapkan pertolongan daripada Allah , innallahama'ana . Sangat dahsyat , huhu.
---> Terbaik. Itulah penyelesaian akhir sekali kalau sudah tiada jalan lain lagi. :)


                                                                   

2 comments:

Terima kasih sudi komen ;)