Tuesday, 24 December 2013

Giveaway Cutie Bloggies by AfrinaTarmizi

Assa;amualaikum w.b.t,

Click barner untuk join this simple giveaway


Title Blog : Purple Territory
Warna blog : Purple
Tema blog : Cutie Purple
saya mula berblogging : 27.10.2013
saya akan updated bila : Ada idea dan ketika itu mood ibu baik. Kalau tak nanti kena marah asyik online. Huhuhu....

Entri Pertama:
~ Kalau nak baca entry merepek ni boleh klik sini

Asal-usul link blog:
~ Ceritanya begini:

    Masa nak daftar blog ni url pertama yang saya pilih ialah ainurathikah.blogspot.com. Tiba-tiba, kakak tegur:


' Adik, lebih baik jangan letak nama sendiri. Bahaya! Letaklah nama lain.'

  Saya yang masih setahun jagung ni pun cepat-cepat padam balik link tu. Maklumlah, alam maya sekarang ni kan bahaya. Lepas tu, saya tanyalah kakak nak letak nama apa.



  Kakak saya pun jawab cahaya muslimah. Saya cakap ada orang dah guna. Kakak saya suruh taip pulak muslimah sejati. Saya masih mengulang dialog yang sama iaitu ada orang dah guna. Banyak jugalah cadangan  yang diberi tapi semuanya hampa. Antara cadangannya cahaya ilahi, hamba Allah, langsir hijau, ain ika, bunga ros, kuih tat dan banyak lagi nama yang pelik-pelik. Namun, hasilnya tetap hampa. Tak sangka pulak pilih url blog sampai berjam-jam macam ni apatah lagi edit blog. Tiba-tiba, ada sesuatu yang berjaya memikat perhatian.
BOLA YANG BERDURI!!!

 Tanpa melengahkan masa, saya terus menaip boladuri.blogspot.com. Tak ada orang guna nama itu. Saya bertanya kepada kakak sama ada ok atau tidak nama itu.  Kakak cakap:

Serious nak letak nama ni? Macam pelik je.
Habis tu, tinggal nama ni je.
Suka hati adiklah.

  Saya pun macam ragu-ragu jugak. Nama pun bunyinya tak menarik perhatian orang langsung. Tapi, nekad jelah  letak nama tu. 

  Bola tu beli 5 biji. 4 yang besar, 1 yang kecil. Yang besar warna merah dua, kuning dengan purple satu. Yang kecik warna pink. Tapi sekarang tinggal dua biji je. Yang lain dah bocor. Maklumlah, bola tu lembut pergi buat main kat belakang rumah yang dipenuhi dengan batu lepas tu main pijak2.

--> Psst, untuk pengetahuan ramai cerita kat atas ni kopi and pasta je dari entry lama. Itu sebab ayatnya ada kepelikan dan untuk mengurangkan kepelikannya saya dah edit sikit2. ^_^

Punca kewujudan blog:
~ Puncanya bila dah habis UPSR ni kan dah tak ada kerja. Jadi, godek-godeklah komputer ni jumpa pulak blog kawan saya ni, Sara. Dalam blog dia, semua dia cerita kisah suka duka dia dan saya ni tukang baca. Tengok blog dia yg cantik ni dan cara dia tulis entry buat saya rasa "Wah, bestnya kalau ada blog!" Jadi, saya pun buat. Tapi apa yg diharapkan tak selalunya terjadi. Tak kanlah kita nak luahkan semua yang kita rasa, kita nak luahkan semua yang kita marah sebab ini blog bukan diary rama2 hijau yang dalam almari tu. Hmm...akhirnya saya decide untuk jadikan blog ni suku peribadi, separuh informasi, separuh join ga dan segmen. *muahaha*

--> Psst, kalau bukak blog sara tu mesti tengok kosong je kan. Kenapa? Saya pernah terbaca dia jawab satu soalan di ask.fm mengatakan dia dah padam semua entry dia. Dia tak nak orang lain tahu lagi pasal hidup dia. ^_^

Punca kemunculan nama Purple Territory:
~ Ni senang je....sebab blog ni semuanya serba purple. Dari atas sampai ke bawah. Kadang-kadang terfikir jugak saya ni minat purple ke obses purple? *kuang,kuang,kuang* Masa awal-awal berblogging, kalau tak silap saya ada letak nama Cherry Vanilla sempena nama freebies header dari Kak Lyssa.

Kenapa skin blog macam ni:
~ Seperti yang dikatakan tadi saya ni suka purple. Semenjak bila pun tak tahu. Lagi satu, sekarang ni baru saya belajar bahawa simple is perfect. Sebab tu, blog ni agak simple. Berbeza dengan blog zaman dulu yang serabut. Jumpa widget tu nak letak, jumpa widget ni nak letak. *muahaha* Dan lagi satu, saya suka benda2 comel. Tapi kadang2 rasa blog ni comel, kadang2 rasa bosan pulak tengoknya. Almaklumlah, dah lama dah bajunya tak bertukar. Hihihi.....

Apa yang saya suka?
  • Teddy bear
  • Jam pasir
  • Coklat
  • Ice-cream
  • Marshmallow
  • Muffin
  • Benda-benda yang comel
Nak hadiah apa?

  • String bracelet
  • Flower brooch
  • Keychain rilakkuma
Nak tag siapa?

14 comments:

  1. thanx ainur sebab rajin tag akak. hehe selamat bersegmen and semoga dapat hadiah yang ainur nak. owh ye, satu perkara nak puji nie.. ainur nie tak degil and tahniah sebab dengar kata2 kakak ainur tuu. suka suka suka ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dan terima kasih. Kadang2 dengar jugak kata2 orang tua. Yelah kan, takut jugak dengan alam maya ni. :)

      Delete
  2. Terima kasih tag... Best cite.. x boleh panjang lagi.. :P

    ReplyDelete
  3. I think u can visit here for a better name for your blog ^^
    http://www.spinxo.com/

    ReplyDelete
  4. Dari GA yang sama.. good luck ya ;)
    http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/12/giveaway-cutie-bloggies-blog-by.html

    ReplyDelete
  5. Good morning, this morning hopefully be a pleasant morning and gave full spirit for all of us, I came to bring the latest games special edition

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)