Sunday, 3 November 2013

Manusia Ke Itu?

Ini adalah satu pengalaman yang agak menyeramkan pada awalnya. Pengalaman ini berlaku di sekolah pada hari Khamis dua minggu lepas kalau tak silap. Selepas rehat, waktu Bahasa Inggeris kena pergi makmal komputer. Masa rehat tu minum air ribena.. sedap!! Hihihi
Masuk makmal komputer agak lambat sedikit. Lepas tu terus duduk di tempat yang sepatutnya. Biasalah, kalau BI mesti aktiviti yang menyeronokkan. Masa tu belajar pasal summary tajuk haiwan yang dibuang. Jadi, cikgu kaitkan dengan lagu Roar-Katy Perry. Baru tahu nama penyanyi tu selepas Aqliya mengulangi nama penyanyi tu beberapa kali. Kitorang dengarlah lagu tu sambil mengisi lirik di tempat yang kosong. Lepas tu, masuklah pasal ringkasan.
Ha......pengalaman tu bermula semasa cikgu bincang pasal ringkasan. Saya dan Aqliya duduk menghadap ke tingkap. Masa tu kitorang tengok tingkap. Tiba-tiba, kitorang ternampak seorang mak cik berjalan di luar tingkap. Laju mak cik tu jalan. Saya pandang Aqliya, Aqliya pandang saya. Maka, mata kami bertentang. Dari mata naik ke otak. 

SAYA: Eee...awak..awak...awak...
AQLIYA: *mata buntang mulut ternganga*
SAYA: Ni tingkat atas sekali kan????
AQLIYA: *angguk* Ala..mestilah naik tangga
SAYA: Ye ke ni...Nadia, awak nampak tak mak cik yang jalan tadi.
NADIA: Tak nampak....
AQLIYA: Ok...mungkin awak tengah tunduk
SAYA: Mak cik tu pekerja sekolah kan?
AQLIYA: Ye la..pak cik tu sekali kan?
SAYA: Eh, ada pak cik ke? Tak nampak pun
AQLIYA: Awak....janganlah...pak cik tu jalan belakang mak cik tu lah
SAYA: Betullah, tak nampak. Tak apalah..mungkin kita terus tengok awak tadi. Tapi tu manusia ke??? *sebenarnya saja nak takutkan*
AQLIYA: Ish...mestilah manusia.. awak, jangan..
PAK CIK DAN MAK CIK TADI LALU LAGI DENGAN LAJU
AQLIYA: Eh,, tu.....jap.....bila masa pak cik ngan mak cik tu patah balik????
SAYA: Ala...mungkin ada tangga kat belah sana....
AQLIYA: Ya..mungkin,mungkin..
PAK CIK DAN MAK CIK TADI LALU LAGI
Kawan saya, Manissha dan lain2 segera pergi ke tingkap untuk melihat pak cik dan mak cik tadi.
AQLIYA: Tu...manissha ngan janice nampak. Fuh...
SAYA: Tapi pastikan ya ada kaki lima untuk pak cik ngan mak cik tu lalu..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)