Sunday, 24 November 2013

Lukisan Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t,

  Rindunya zaman kanak-kanak kan? Zaman yang penuh dengan kegembiraan walaupun pernah dibuli. *ececece....malu* Tapi, zaman sekarang ni pun masih ada orang kata saya macam budak-budak. Tak apalah, janji happy go lucky. :) Ok, bila tengok balik lukisan masa dulu-dulu memang ketawa sendiri. Comel-comel. Perasan cantik pulak tu. Hehehe. Tanpa mencampakkan masa, mari kita melawat galeri zaman kanak-kanak. :D

1. Buat bentuk 'S'

                                               
Cantik tak, cantik tak? Hihihi...kalau tak silap ni lambang superman kan? Kepada superman, maaflah kerana lambangmu telah bertukar kepada warna purple. Siapa ingat lagi cara buat ni, memang terbaik. Masa first time dulu dapat tahu cara buat ni, siap bawa buku conteng masuk bilik tidur. Buat bentuk tu sampai tertidur. *zzzzzzzz......*

2. Buat bintang


*macam cacat je..macam cacat je.. o_O*

Inilah cara pertama yang saya belajar untuk buat bintang. Cara kedua guna bentuk segi tiga. Sekarang, tengah ajar adik pulak. Penat ajar dia, tak dapat-dapat jugak. Menguji kesabaran ni. Hihihi...tapi satu benda yang perlu diakui ialah sampai sekarang masih terkial-kial nak lukis bintang bendera.uji kesabaran jugak. Dah siap buat cantik2 bila kira terlebih 14 lah, terkuranglah. Nak biarkan serba-salah pulak. Ada tips? ^_^

3. Lukisan pantai


Cantik jugak kan? Hehehe....itupun lukisan kedua yg dibuat semalam menggunakan paint selepas lukisan pertama yang molek telah rosak akibat satu lubang yang tidak diperasankan menyebabkan nak warna laut terus jadi biru semuanya. Haish.. -_-. Mesti pernah kena jugak kan? Tapi seingat saya, pernah lukis benda ni dulu masa periksa cuma bezanya pokok kelapa je. Tak reti nak lukis pokok kelapa guna paint. 

4. Lukisan rumah


Ni lukisan masa bila entah.. alang-alang dah jumpa tunjukkan jelah. :) Memang diakui hampir semua pelajar tadika dan darjah 1 akan lukis macam tu, kan? Itu kalau rumah kat bandar. Kalau kat kampung mesti ada sawah padi. Pendek kata, benda yg wajib ada bukit, matahari, burung, pokok. Matahari tu akan dilukis antara dua bukit ataupun kat hujung kertas lukisan. Macam cantik je.... :D

5. Lukisan beruang


Malaslah nak lukis. Hik hik hik... Comel jekan beruang tu. Lagu dia dah tak ingat dah. Cuma ingat

" Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar
Sayang ibu sayang ayah, sayang semua...
Enam darab enam......
36...?????? "
Aiceh, yakin betul je. Siapa sudi sambungkan? Hihihi...tapi sekarang kan lukisan beruang ni dapat tentangan hebat dengan lukisan doraemon. Ala, bila habis cerita doraemon kan ada cara2 nak lukis.

" Lakar titik *toing*, lakar titik *toing*
Belon kecil bertali dan bulatan besar...bulatan besar...
??????????????
Tarik kiri....tarik kanan....
Lurus ke bawah....
????? dilukis biar seragam....
??????????????????????????????????
Tambah garis jadilah doraemon :D "
Amboi, suka hati je buat tanda soal. Nak buat macam mana dia nyanyi tak jelas. Aiceh, pandai2 je salahkan orang. Hehehe.......

5. Hujan rintik2 air bergelora

  
credit

Dah tak yah nyanyikan dah...dah lengkap kat gambar tu. Tapi seriously lagu ni baru saya tahu tahun ni. Itupun tengok kat fb. Lepas tu, pergi sekolah kononnya buat-buat tanya kawan tapi dia dah tahu dah. Terserlah ketinggalan zamannya, kan? Nak buat macam mana......

Itu sahajalah yang dapat difikirkan buat masa ini. Mungkin ada lagi yg saya belum tahu....ada tak? ada tak? ^_^ Tapi sebelum menamatkan entri kali ini, saya nak mempersembahkan sesuatu. Tadaa.......


Comel kan? Inilah karakter yang dicipta semalam. Padanlah digelar macam budak-budak. *malu* Itu lukisan saja-saja je. Paling suka gigi dia.....hehehe...Nak tahu nama dia? Setelah dikaji-kaji, nama yang dipilih untuk karakter ini ialah APUCITO! Hahaha...geli usus saya bila fikir balik nama dia. Yang pasti, nama ni tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Tak pasti nama ni pernah wujud tak dalam kamus hidup saya masa dulu-dulu. First time, nama ni digunakan masa main game ngan adik. Adik nama dia FAFIFO, saya pulak APUCITO. :)


                                                                                   

18 comments:

  1. hehe semua saya pernah lukis. sampai sekarang pun still lukis beruang 36 tu. rindu zaman kanak2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...zaman kanak-kanak memang terbaik.. ^_^

      Delete
    2. Lama betul tak buat beruang tu. Dulu masa dah tahu buat, kat bilik kalau boleh dengan dinding sekali nak conteng sebab seronok betul. Terima kasih Ainur ingatkan saya balik cara nak buat beruang 36 tu. Nanti saya ajar buat Doraemon kalau nak tahu. Bagi saya jelas masa dia nyanyi.

      Delete
  2. singgah jum komen sikit kat entry ni http://ifharzcho.blogspot.com/2013/11/wordless-1-mengumpat.html

    ReplyDelete
  3. leen selalu lukis bintang tu masa kecik kecik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah...memang jadi kegemaran. Bintang yang mudah. :)

      Delete
  4. ainur yang lukis rumah tu memang standard satu dunia kut...tingkat tinggi dari pintu ikut mana nak jengok tak tahu la kan...sama je sapa2 pun lukis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....betul jugak kan macam mana nak jenguk luar. ^_^

      Delete
    2. Saya otak kanan. Kalau nak belajar buat rumah saya tolong ajar. Tapi kena edit gambar dari komputerlah. Nanti pepandailah nak tiru... ^_^ v

      Delete
  5. dulu kecik kecik suka lukis n nyanyi hujan rintik2 air bergelora tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu suka buat bentuk S. Macam smart je.... :)

      Delete
  6. rindu kan tringat zaman muda mudi dahulu kala ..
    jum jemput join ..
    http://pinksolution91.blogspot.com/2013/11/sponsor-for-first-segmen-farhah.html

    follow, dh .. jemput .. balas kalau rajin yep :)

    ReplyDelete
  7. rindu n klakar kan bila tringat zaman mudamudi dahulu kala ..

    jum jemput join .. http://pinksolution91.blogspot.com/2013/11/sponsor-for-first-segmen-farhah.html

    follow, dh .. jemput .. balas kalau rajin yep :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..boleh ketawa sorang-sorang kalau teringat balik. :) In Shaa Allah, saya balas. ^_^

      Delete
  8. haha.. beruang tu! mmg ingt sgt2.. dgn lagu die lagi kan.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akan ingat sampai bila-bila. Itulah benda pertama yg saya belajar. ^_^

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)