Monday, 18 November 2013

Ibu Oh Ibu -Part 1

Assalamualaikum w.b.t,

                                     

Memang diakui ibu tiada tandingannya dan pasti semua ibu-ibu di dunia ini ada naluri yang hebat kan? Paling best lagi apabila yang dikatakan jadi kenyataan. Banyak kali berlaku.....Antaranya:

Pada suatu hari yang indah, burung-burung berkicauan dan berterbangan di langit yang luas membiru..(cewahh). Diringkaskan cerita, masa tu ayah kerja sampai malam dan ibu kata makan kat luar jelah senang.. sekali-sekala. Jadi, ibu tanya nak makan nasi ayam tak? Dan orang yang pertama jawab adalah diriku..."Nak!!!!".. Oh, begitu sedap nasi ayam dan ketika itu pun perutku berbunyi dan memutarkan lagu tiga kupang. Beberapa jam kemudian, ibuku bertanya lagi sekali nak makan nasi ayam ke kfc?

   Apa, kfc? Ish, tak naklah....dah jemu dah...setakat makan ayam goreng kenyang 10 minit selepas makan je... Tapi apakan daya majoriti adik beradikku mmilih KFC. Cis, :(. Tapi saya tetap mahu nasi ayam! nasi ayam! nasi ayam! Saya pun katalah kepada ibu..."Ibu, makan nasi ayamlah. KFC dah banyak kali makan dah..." Ibuku membalas " KFC dekatlah..nasi ayam tu jauh"..Saya berkata " Ala...bukan jauh sangat pun. Tak apalah.." Ibu membalas " Berat hatilah nak pergi restoran nasi ayam sana...Hati ibu tak ke sana" Saya berkata " Ala...adik pun berat hati nak pergi KFC " Ibu membalas " KFC jelah....order je apa2yang ada kat sana" Mataku membuntang.. " Apa2 je? Betul ni? Tak tipu? Ok...ok...ok..."

    Kitorang jalan kaki je sebab rumah pun dalam bandar. Amat dekat. Jadi, senang nak pergi bila-bila je. Cuaca masa tu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. :) Sampailah di KFC, Kluang parade. Saya dengan abang pergi order. Biasanya kitorang order ayam goreng, kentang goreng, air, kentang putar dan bun. Tapi kali ni ada tambahan iaitu ais krim dan burger. Yummy! Tiba-tiba aku terjumpa dengan budak asrama sekolahku. Oh, mungkin sebab itulah hatiku berat ke KFC. Tapi persoalannya dia kenal saya ke? Hihihi..landaklah! Ya, landak. :D

   Makanan dimakan dengan enaknya. Ayam goreng, kentang goreng, kentang putar, ais krim dipulun. Dah selamat mendarat ke dalam perut. Oh, kenyangnya! Tak larat dah nak jalan. Perasaan yang biasa dialami. Tapi hati dikuatkan kalau tak macam mana nak sampai rumah? Kan? Lepas makan, balik. Tapi....sesampainya kami di pintu Kluang Parade ku lihat air turun dari langit. Air apa tu? Mestilah air hujan! Lebatnya hujan. Macam mana nk balik walaupun rumah sejengkal? Masa tu dah pukul 5 lebih kot. Terpaksalah menunggu.

  Semasa menunggu, ibuku berkata. " Ha, sebab tulah ibu berat hati nak pergi restoran nasi ayam. Cuba bayangkan dahlah restoran tu jauh dari rumah. Lepas tu, sementara nak tunggu habis hujan kat sana bukannya ada kedai nak tengok2 barang. Terpaksa tunggu kat restoran tu. Kat Kluang Parade tak apa. Ada UO. Betul tak, adik?" Saya mengangguk."Mmm..."

   Betullah tu..keberatan hatiku tidak mampu melawan keberatan hati ibu. Dalam sejam lebihlah jugak, kitorang menunggu dan selamat sampai rumah hampir jam tujuh itupun main redah je. Begitulah kisahnya... :)
   
                                                                                    

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)