Monday, 4 November 2013

Hukum Muslimat Letak Gambar di Laman Sosial

Assalamualaikum para pembaca sekalian..... :D

Hari ni saya nak kongsikan tentang hukum kaum hawa letak gambar dalam laman sosial seperti Facebook. Maklumlah, facebook kan paling popular dan itulah tempat untuk orang kutuk, luahkan perasaan tapi jangan lupa boleh juga jadi tempat untuk dapatkan pahala. Bergantunglah kepada penggunanya... :D

Ok, back to the point:

1. HARUS --> Apabila semua rakan-rakan kita di fb terdiri daripada sejenis kaum sahaja dan ahli keluarga yang mahram baginya. Dengan syarat, mestilah beradab dan menutup aurat serta ada keperluannya. Contohnya, gambar hari raya..

2. MAKRUH --> Apabila gambar yang kita letak tu tak ada keperluan. Sekadar suka-suka, seronok walaupun menutup aurat. 

3. HARAM --> Apabila gambar yang kita letak tu tak tutup aurat, posing dia ke tahap supermodel bertaraf antarabangsa dan gambar tu boleh menaikkan nafsu para adam.

Sekarang, dah jelaskan? Saya ada terbaca satu status di fb mengatakan apa kita nak jawab di akhirat kalau di tanya sebab kita masukkan gambar-gambar kita? Jadi, masukkan gambar dalam kadar yg sedikit sahaja.  Lebih kurang gitulah.....ingat2 lupa. Hihihi....

Lagi satu, bahayanya kalaulah ada orang nak aniaya kita. Senang je, dia ambik je gambar yang dah kita letak lepas tu hantar jumpa bomoh ke, buat fitnah ke dengan edit gambar tu ke.... Saya pernah terbaca satu cerita mengenai seorang lelaki yang sudah beristeri menyukai perempuan lain. Lelaki tu download gambar perempuan tu dalam telefon dia. Satu hari, isteri dia ternampak gambar perempuan tu lalu terus berjumpa dengan perempuan tu. Tapi perempuan tu tak tahu apa-apa pun. Sejak peristiwa tu dia dah insaf. 

Mungkin ada kelainan sikit cerita tu sebab dah tak berapa ingat. Kesimpulannya, fikirlah beratus-ratus kali sebelum nak masukkan gambar,ya.. :D

CREDIT TO~ HERE

1 comment:

Terima kasih sudi komen ;)