Sunday, 3 November 2013

Go Away Monday Blues!


*google*
Assalamualaikum...
Bila tengok page2 kat fb kebanyakannya akan tunjuk gambar bila hari Isnin je mood tak gembira, mood sedih, mood monyok, monday blues.  Lepas tu, saya ada terbaca satu kongsian, bunyinya begini:
" Orang kafir tidak suka hari Isnin kononnya memenatkan dan orang Islam pun ikut tak suka hari Isnin. Ingat, rasulullah lahir pada hari Isnin."

Allah, lepas baca status tu baru tersedar kita sedikit demi sedikit terikut-ikut dengan orang kafir tanpa disedari.  Ini jelas menunjukkan, orang kafir akan mempengaruhi orang Islam dalam apa jua cara sekalipun. Sabda nabi:

" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk lubak biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, ya rasulullah! apakah yahudi dan nasrani yang tuan maksudkan?. Nabi s.a.w. menjawab, siapa lagi?(kalau bukan mereka) "
Jangan terikut dengan orang kafir yang membenci hari Isnin kerana hari Isni ada banyak kelebihannya dan kebanyakan peristiwa dalam Islam berlaku pada hari Isnin.

1. Rasulullah lahir pada hari ISNIN.
2. Rasulullah diangkat menjadi rasul pada hari ISNIN.
3. Rasulullah keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah pada hari ISNIN.
4. Rasulullah tiba di Madinah pada hari ISNIN.
5. Rasulullah wafat pada hari ISNIN.

Banyak lagi peristiwa yang berlaku pada hari Isnin. Zikir hari Isnin:

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
Siapa yang amalkan zikir ni, in syaa allah menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan ialah kebimbangan.

Dah tak payah nak Monday blues lagi. Renung2kan dan selamat beramal. In Syaa Allah... :D

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)