Wednesday, 20 November 2013

Fobia! Fobia! Fobia!

Assalamualaikum w.b.t,

        Siapa yang tak tahu fobia tu apa memang tak logik. Rupa-rupanya, fobia ni ada beratus-ratus jenis. Ada juga fobia yang nampak tak logik tapi rupa-rupanya fobia tu logik. :) Antara jenis fobia ialah:

1. Achluophobia 
---> Fobia pada kegelapan. Saya ada kot. Pergi mana-mana mesti buka lampu. Kadang-kadang siang-siang buta pun buka lampu apatah lagi bila nak tidur. Ibu yang tolong tutupkan lampu bila dah tidur. Hihihi...

2. Agoraphobia
---> Fobia pada tempat yg ramai orang. Tapi..tapi...tapi saya belum ke tahap fobia lagi kot. Cuma tak suka dannak elakkan. Rimaslah ramai2 orang nak jalan pun tak dapat. Belum kira kena langgar lagi. Jadi, kalau ada orang ajak pergi ke pasar atau konsert kena fikir beriban-riban kali ni.

3. Autophobia
---> Fobia kepada keseorangan. Orang yang mengalami fobia ini akan rasa takut kesepian dan bersendirian

4. Claustrophobia
---> Fobia pada tempat sempit atau bilik tertutup. Siapa yang dapat bernafas kalau dalam bilik sempit dan bertutup tanpa kesegaran udara? Pernah terbaca artikel, seorang kanak-kanak tersepit antara dua buah bangunan. Siap ada gambar lagi. Aww, terseksanya....

5.. Entomophobia
---> Fobia pada serangga. Tapi kan kenapa ya kalau kat sekolah fobia ni hilang? Rasa macam tak ada apa2....(bukan masalah control ayu, ya) Kat rumah kan pantang tengok serangga mesti lari. Selalunya, kan ibu yang saja nak kenakan. Hari tu, ibu jumpa serangga apa entah....ibu letak dalam baju. Ingatkan tipu. Sekali ada rasa benda keras...tidak!!!!! Teruslah baling kebetulan adik ada kat depan serangga tu melekat kat baju adik. Melalak dia...huhuhu...Semalan pun ada lipas terbang. o_O

6.. Pluviophobia
---> Fobia pada hujan dan ditimpa hujan. Ada juga ya yang mengalami fobia begini. Orang yang menghadapi fobia ini akan rasa sukar bernafas, jantung berdegup kuat dan lain-lain lagi.

7. Porphyrophobia
---> Fobia pada warna ungu. Yang pasti orang yang baca entry ni mesti tak ada fobia ni kan? Hihihi....

Ok...itu sahaja yang boleh dikongsikan. Kalau nak tahu lebih banyak klik sini :). Tapi kan zaman sekarang masih ada lagi ke yang mengalami cyberphobia atau dalam kata ringkasnya fobia pada komputer? Hihihi...mungkin ada beberapa orang.


                                                                                        

8 comments:

  1. Replies
    1. Kan? Tak tahulah pulak sampai beratus. Selama ni ingat fobia tu benda ringan je. Rupa-rupanya, boleh jadi serious.

      Delete
  2. banyak jugak jenis fobia. saya rasa saya yg pertama tu kot. tpi cuma kadang2 je, kalau ade org kt sebelah tk takut sangat. kalau sorang2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...sehati sejiwa. Hihihi...... betullah tu, kalau ada orang tak takutlah tapi kadang2 rasa lain macam jugak. Tengok atas, tengok bawah. Hihihi...

      Delete
  3. haha thnx singgah my blog u :) i think i have this Entomophobia.. paling ketara bila nampak lipas la kot sbb paling senang nak bertembung..luar biasa punya perasaan tuh tak dapat digambarkan..huhuhu paling teruk pernah menangis dalam selimut sebab ada belalang melompat2 dalam bilik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...saya pon pernah jerit-jerit masa sekolah rendah kat rumah sebab ada sejenis ulat melekat kat baju. Jerit2 panggil ibu suruh ibu ambilkan. Tapi, rupa-rupanya abang cakap cebisan maggi. Langsung terdiam. Hihihi..

      Delete
  4. mcm2 jenis fobia ada hehe. fobia hantu. kekeke.

    fae follow sini. #229. nurfaezahabdullah1712.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....fobia hantu tu logik kalau pernah nampak 'benda' tu. Tapi harapnya tak naklah jumpa, kan? Thanks follow. :)

      Delete

Terima kasih sudi komen ;)