Monday, 4 November 2013

Budaya Prank

Assalamualaikum,

                                   

                           Mood apa entah yang menyerang hari ni sampai buat entry banyak kali. Sempena maal hijrah kot. Hihihi..... Tapi kan tadi kan dapat makan nasi kerabu, sedap! Alhamdulillah, rezeki!

Berbalik kepada tajuk entry ni. Apa itu prank? Prank adalah satu perbuatan mengenakan orang. Kalau kita lihat sekarang ni banyak dah rancangan televisyen pasal kenakan orang. Kesian, tau orang yang dikenakan sampai nangis-nangis, muka pucat lesi. Yang tukang kenakan ngan tukang tengok kerjanya ketawakan.

Tapi nak tanya ni, kelakar ke bila lihat orang kena rompak? Kelakar ke bila lihat orang kena culik? Tak kelakar lansung! Cuba kalau terkena kat kita pulak. Apa kita rasa? Mesti rasa macam nak bagi je sepakan kencang kat orang yang mengenakan. Kalau prank hal kecik2 macam bagi cupcake sambal belacan itu masih boleh dimaafkan. Walaupun pepatah inggeris ada mengatakan ketawa itu bagus tetapi ketawakan orang amatlah tidak bagus, ya kawan-kawan. Manalah tahu orang tu simpan dendam kesumat ataupun dia lansung tak nak maafkan perbuatan kita. Aiyok, macam mana???? Seumur hidup tak tenteram....

Lagi satu, kalau nak buat lawak pun biarlah bertempat. Janganlah jadikan bentuk fizikal seseorang tu sebagai bahan lawak walupun korang dah jadi best friend sekalipun. Manusia tak sama. Ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima. Cuba bayangkan orang tu dah sedih gila dengan bentuk fizikalnya seperti gemuk dan tiba-tiba korang kata kat dia badan dia macam lori balak. Kalau kita pun sedih.........

Kesimpulannya, sebelum nak buat sesuatu kat orang tu cuba bayangkan macam mana kalau benda tu terjadi kat diri sendiri......Langsung dah tak jadi buat.....Akhirnya hidup aman dan tenteram dan aman dan tenteram dan aman dan tenteram..... :D

                                                                                    

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)