Sunday, 27 October 2013

Kembali Dengan Keseraman


Assalamualaikum...hello...holla....hai...peace....
Fuh, akhirnya setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging kira-kira 1 bulan 21 hari. Ceh, siap kira lagi tu.....Sebenarnya kan..kan...kan...hari tu ada terfikir dah tak nak tulis blog tapi.........rasa macam tak sampai hatilah pulak. Almaklumlah, dah berpuluh-puluh jam masa dihabiskan untuk buat blog, edit blog, tulis entry blog. Tak kan nak padam begitu sahaja. Gardenia lainlah. Dia sungguh enak dimakan begitu sahaja.

Sebab tulah dah lama tak tulis entry. Kawan saya yang bernama Bobot cakaptulislah entry yang best-best kat blog. Dan saya pun tanyalah, tamsilnya?????Jawapan Bobot adalah masukkan cerita seram dia yang tidak begitu seram tapi seramlah jugak campur sedikit lawak suam-suam kuku. Ceh, tapi tak ingatlah jalan cerita dia. Alang dah tulis lebih baik ceritakan. Tapi sorry kalau ada tersalah cerita sebab tak begitu ingat.

Aqliya sekeluarga bermalam di rumah ahli keluarganya yang lain. Dia ada seorang adik saudara lelaki (kalau tak silap) yang mempunyai hobi yang aneh. Dia suka bila dapat sesuatu barang dia akan letak air liur kat barang tu dan kesat kat orang lain. Nampak tak keselekehannya??? Nak dijadikan cerita, adik saudara dia ni dapat satu mainan ikan yang lembut seperti bantal dan bila dipicit dia akan berbunyi seperti nenenenene..... Apa lagi kira-kira 10 ml (telah ditokok tambah) air liur telah diletakkan di ikan tu dan dia nak kesat kat Aqliya, abang Aqliya dan sepupunya. Diorang pun jerit lari!!!!!! Diorang lari ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik, tutup pintu tapi tak buka lampu. Adik sedara dia ni ketuk pintu bilik tapi diorang buat senyap je.. Lepas tu, adik sedara dia turun. Tiba-tiba, ikan yang lembut seperti bantal tu berbunyi dalam bilik tu. Diorang terkejut sebab tak ada sesiapa yang bawak ikan tu sebab ikan tu pada adik sedara dia. Apalagi mestilah lari keluar dari bilik tu tapi ikan tu dibawa oleh salah seorang dari mereka. Orang itu berasa geram lalu membaling ikan itu ke lantai tapi termasuk dalam mangkuk sambal dan terpelanting ke dinding.

 Itulah misteri yang kekal misteri. Aqliya kata kalau adik sedara dia baling tak logik sebab tak ada ruang pun kat bawah pintu tu. Hmm....memang misteri. Seram tak, seram tak? Tapi yang paling tak tahan tu boleh ikan yang ada air liur tu masuk dalam mangkuk sambal? Diorang tak makan pun sambal tu dan bukannya nak beritahu dengan tujuan menyelamatkan ahli keluarganya yang lain. Biarlah rahsia...

1 comment:

  1. Cam ape je... perempuan lah budak tu.. haish

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)