Monday, 29 April 2013

Sesi Pot Pet Pot Pet macam Bertih Jagung



* abaikan tajuk yang merepek dan seperti mintak pisang goreng itu, ya*

     Malam yang indah hari ni kan kawan-kawan. :) Kat sini  hujan agak lebat disertai dengan aroma cekodok pisang yang wangi dan tidak lupa juga jasa si nyamuk. *big clap*

   Petang tadi kan, main game ngan adik sambil tengok video kat Youtube. Tiba-tiba, tangan ni gatal pulak taip ' Nyamuk paling comel '. Agak-agak keluar video apa ya? Anggapan saya mungkin keluar kartun nyamuk atau maskot nyamuk atau sesuatu yang berkaitan dengan nyamuk tetapi anggapanku jauh meleset sampai ke tanah bumi. Dia keluar video ni:


GWIYOMI!!!!!!!!!! Hahahahaha. Kemudian saya terfikir apa kena mengena gwiyomi dengan nyamuk? Malam ni baru terjawab jawapannya. Tadaaaa:


Ok, cerita seterusnya haritu saya selalu baca entry blogger lain dan selalulah jugak jumpa ayat ni:

                                           Slownya line Internet hari ni. :(
Saya yakin ni mesti pengguna WIFI kan?????? Dan sekali lagi saya terfikir ' bertuahnya guna Streamyx. Tak adalah line slow mengalahkan kura-kura kepenatan lari marathon'. :D Oh Streamyx, dirimu begitu berharga.

    Masa hari sabtu kan ada Anugerah Cemerlang tapi saya tak pergi!!!!!!!!!! Sebab? Kurang sihat. Terfikir hadiah tu nanti dia bagi jugak ke? Rasa rugi pun ada juga. Tak apalah, konvokesyen kan ada......Tapi tadi pergi sekolah lepas tu ada orang kata borang konvo tu hari ni last hantar dan saya tak hantar pun hari ni. Jadi, apa keputusannya? Entahlah.......tiada jawapan.

   Semalam kan badan dah sihat dan kuat. So, masa untuk siapkan kerja sekolah. Mangsa pertama PSV. Saya start mewarna lepas asar sampai pukul 7:00 malam. Malam tu, buka komputer cari idea buat kad hari guru. Ideanya nak buat kad pop-up bunga. Buat punya buat dengan kesungguhan yang buat-buat, akhirnya hancussssss. TAK JADI!!! Membazir kertas warna je. Huwaaaa!!!!!!!!!!! :P

   Kisah hari ni pulak. Hari ni tiba-tiba ada hati nak join pertandingan cerpen untuk majalah sekolah. Baru cadang je tak pasti betul-betul nak join atau tidak. Takuttttttt! Beberapa bulan yang lepas, ada satu masa ni cikgu tak datang. Cikgu ganti masuk. Jadi, disebabkan tak ada kerja lantasku keluarkan test pad STK dan menulis cerpen. Tak rancang langsung jalan ceritanya. Main tulis je apa yang terlintas di fikiran. Tanpa disangka, cerpen tu siap dalam masa 80 minit. Lepas je siap cerpen tu, ketua kelas suruh bangun dan ucap 'TERIMA KASIH CIKGU'. Tepat-tepat, habis masa cikgu ganti tu saya pun siap tulis cerpen. NEW RECORD! Hihihihihihihiihi ^_^

 Penat juga menaip ni. Lenguh jari-jemari. Lepas ni, dah tak bolehlah selalu online. Musim periksa......lagi 2 minggu. Target 5A. In Shaa Allah. Doakan kejayaan saya, ya.........Assalamualaikum. ^_^


                                 




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)