Sunday, 21 April 2013

Semuanya Tentang Pandu

Assalamualaikum w.b.t

  Semalam dah sudah dah pertandingan kawad kaki peringkat daerah bagi tahun 2013. Platun pandu puteri STK berjaya mendapat tempat kedua walaupun target kita nak masuk peringkat negeri.

  Giliran kami berkawad yang akhir sekali pada waktu tengah hari. Tapi Alhamdulillah, cuaca tak panas terik. Kakak-kakak senior ingatkan dia tak nak tengok kita nangis lepas berkawad melainkan kami menang. Lepas berkawad, diorang ingatkan supaya terus berdoa dan bertawakal. 15 minit selepas kami berkawad terus diadakan majlis penutupan rasmi. Sekali lagi alhamdulillah ketika itu cuaca redup. Masa yang ditunggu-tunggu tiba jua iaitu majlis penyampaian hadiah. JOHAN NGO LELAKI dan KETUA PLATUN TERBAIK LELAKI menjadi milik pengakap udara Sekolah Tinggi Kluang. Alhamdulillah. Ketika diumumkan platun pandu puteri sekolah tinggi kluang mendapat naib johan semuanya dah tunduk.

  Lepas majlis penutupan rasmi habis, kami semua berkumpul di satu tempat. Ada yang menangisSaya pun  rasa nak nangis juga tapi saya ingatkan dalam hati bahawa itulah yang terbaik. Kak Najhan mengetuai bacaan doa dan pesan kepada kami jangan nangis kerana apa yang Allah takdirkan adalah yang terbaik buat kita.

  Then, kami buat satu bulatan dengan pengakap. Hadiahnya letak tengah-tengah. Nyanyi lagu sekolah, koko , persatuan pengakap dan persatuan pandu puteri. Pengakap sentiasa bersemangat. ^_^

   Sebelum balik, saya ngan Nadia sempat lagi beli ice-blended. Nyum, nyum, nyum sedap. Masa dalam bas, kak Eija ( ketua platun ) pesan:

                                      " Pandu, jangan berduka lara tau"

                            " Pandu, jangan risau. Aku tak kan tinggalkan korang. "

    Kak Eija janji tak kan tinggalkan platun pandu puteri walaupun dia bekerja atau masuk universiti.  Kak Najhan cakap sekurang-kurangnya kita dapat tempat. Tak apa tahun depan mesti ada. In Shaa Allah. :) Untuk menceriakan suasana kitorang nyanyi dalam bas. Diketuai oleh kak FMS. Sampai sekolah, kemas makmal, makan, kemas makmal, balik rumah. Itulah hari yang penuh makna. ^_^

   Platun Pandu Puteri Sekolah Tinggi Kluang. Bukan hanya sekadar untuk pertandingan kawad kaki semata-mata. Kami sedih, gembira, penat sama-sama. Dari situlah, saya dapat rasa semangat berkumpulan dan hubungan kekeluargaan. Bila duduk sama-sama mesti rasa gembira. Hari Jumaat malam kan tidur sekolah, seronok dapat solat sama-sama. Seronok dapat kilat kasut sama-sama. Lepas ni, dah tak ada dah balik sekolah lambat kerana kawad. Dah tak ada dah kulit sunburn kerana kawad. Dah tak ada dah rasa penat kerana kawad. Tahun depan In Shaa Allah ada rezeki untuk pandu. GANBATTE!!!!!! :D
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)