Sunday, 21 April 2013

Lagu Zaman Kanak-Kanak


   Bila sebut pasal lagu, mesti semua orang dah tahu kan? Lagu terbaru, lagu paling top dan macam2 lagi. Saya? Saya tak suka dengar lagu. Lagi-lagi lagu zaman sekarang. Tak seronoklah. Saya suka lagu budak-budak. Apa? Janganlah gelak. Seriously, lagu zaman kanak-kanak lagi best. Percayalah........

1. Bapaku Pulang Dari Kota

   Bapaku pulang dari kota,
   Bapaku belikan kereta,
   Kereta kecil warna merah,
   Boleh ku bawa ke sekolah.

   Pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon
   Kereta kecilku berbunyi,
   Marilah adik mari naik,
   Boleh ku bawa jumpa nenek.

~ Tapi kan lagu ni kan ada lirik baru. Maklumlah, kreatiflah katakan.

   Bapaku pulang dari kota,
   Bapaku belikan rambutan,
   Aku pun makan macam setan,
   Bapaku tendang masuk jamban.

2. I Love You

   I love you,
   You love me,
   We are happy family,
   With a great big smile from me to you and you,
   Now you say you love me too.

~ Lagu ni memang lagu wajib dipelajari masa tadika. Nyanyi sambil buat gerakan tangan. Comel. ^_^

3. Lagu Tiga Kupang

   Lagu tiga kupang,
   Saku penuh padi,
   Enam ekor burung,
   Masuk dalam kuali,
   
   Bila sudah masak,
   Burung nyanyi saja,
   Tentu sedap makan,
   Beri pada raja.

   Raja dalam rumah,
   Buat kira-kira,
   Suri dalam dapur,
   Makan roti gula. ( HEI )

   Dayang tepi kolam,
   Mahu jemur tepung,
   Nampak burung hitam,
   Patuk batang hidung, hidung, hidung.

~ Lagu ni belajar masa kelas muzik darjah tiga tak silap.

4. Burung Tiung

   Aku burung,
   Burung tiung berperi,
   Hidup di dalam sangkarku ini,
   Suaraku seperti manusia,
   Menegur dan bertanya siapa.

   Aku burung,
   Burung tiung,
   Sungguh pandai berperi,
   Aku burung,
   Burung tiung,
   Sungguh pandai menyanyi.

5. Tepuk Amai-Amai

   Tepuk amai-amai,
   Belalang kupu-kupu,
   Tepuk biar ramai,
   Nanti malam upah susu,
   Susu lemak manis,
   Santan kelapa muda,
   Adik jangan menangis,
   Emak pergi kerja.

6. Ikan Kekek Mak Iloi-Iloi, Ikan Gelama Mak Ilai-Ilai 

   Ikan Kekek Mak Iloi-Iloi, 
   Ikan Gelama Mak Ilai-Ilai,
   Nanti adik mak iloi-iloi,
   Pulang sama mak ilai-ilai.

   Ada satu si ikan parang,
   Badannya panjang berbelang-belang,
   Isinya sikit banyak tulang,
   Sedap dimakan kalau masak pindang.

7. Bangau Oh Bangau

   Bangau Oh Bangau,
   Kenapa engkau kurus,
   Macam mana aku tak kurus,
   Ikan tak mahu timbul, ikan tak mahu timbul.

   Ikan oh ikan,
   Kenapa tak mahu timbul,
   Macam mana aku nak timbul,
   Rumput panjang sangat, rumput pajang sangat.

   Rumput oh rumput,
   Mengapa engkau panjang,
   Macam mana aku tak panjang,
   Kerbau tak makan aku, kerbau tak makan aku.

   Kerbau oh kerbau,
   Kenapa tak makan rumput,
   Macam mana aku nak makan,
   Perut aku sakit, perut aku sakit.

   Perut oh perut,
   Mengapa engkau sakit,
   Macam mana aku tak sakit,
   Makan nasi mentah, makan nasi mentah.

   Nasi oh nasi,
   Mengapa engkau mentah,
   Macam mana aku tak mentah,
   Api tak menyala, api tak menyala.

   Api oh api,
   Mengapa tak meyala,
   Macam mana aku nak menyala,
   Kayu api basah, kayu api basah.

   Kayu oh kayu,
   Mengapa engkau basah,
   Macam mana aku tak basah,
   Hujan timpa aku, hujan timpa aku.

   Hujan oh hujan,
   Mengapa kau timpa kayu,
   Macam mana aku tak timpa,
   Katak panggil aku, katak panggil aku.

   Katak oh katak,
   Mengapa kau panggil hujan,
   Macam mana aku tak panggil,
   Ular nak makan aku, ular nak makan aku.

   Ular oh ular,
   Mengapa kau nak makan katak,
   Macam mana aku tak makan,
   Memang makanan aku, memang makanan aku.

Ok, cukup. Penatlah taip banyak-banyak. Sampai di sini sahaja. Selamat menyanyi. Kalau terlupa muzik dia pandai-pandailah cari kat youtube ya. Hihihi. Assalamualaikum. ^_^

1 comment:

  1. salam ziarah.. jemput ler datang sini.. Semoga dapat manfaat dari cerita ini.. InsyaAllah http://haziyatulnajihah.blogspot.com/2013/04/bagaimana-bila-di-hina.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)