Friday, 19 April 2013

Kiri, kanan, kiri, kanan

Assalamualaikum w.b.t.

  Dah lama tak update kan? Bukannya tak ada idea nak menaip cuma masa tidak mengizinkan. Sebenarnya, banyak benda nak cerita. Kalau boleh setiap hari nak update blog. Tapi, yang lain nanti ketinggalan terutamanya pelajaran. Peperiksaan setengah tahun bulan depan. Ngeeee -_-......

  Nak cerita ni, haritu 6 April 2013 ada pertandingan kawad kaki peringkat dalaman. Ya Allah, punyalah risau mana tahu tersalah formasi ke apa ke, kan? Tapi, Alhamdulillah kitorang dapat johan. Masih ingat lagi, pengacara majlis tu cakap macam ni:

           " Johan bagi kategori perempuan ialah pasukan................pandu puteri! "

   Masa tu, memang senyum lebar. Yang nangis pun ada. Hihihi. Tapi bukan saya. Peace....

  Masa hari Rabu, 17 April 2013, kelas 2 ERA 1 buat amali memasak untuk KH ERT. Kitorang masak sphagetti dengan membungkus nasi lemak. Masak sphagetti tak susah pun cuma yang membawa masalah kepada saya adalah rasanya. Saya mana pernah makan sphagetti tiba-tiba disuruh masak sphagetti. Dahlah, saya bahagian buat sos sphagetti. Bantai jelah, rasa macam mana sekalipun. Hihihi.....tapi kan ada orang cakap sedap!!!!! Saya? tak suka sphagetti. Diulang lagi TAK SUKA!!!!! Lepas tu, bungkus nasi lemak. Best!!!! Cikgu kata bungkusan saya paling cantik. Tapi, bila saya buka je bungkusan nasi lemak tu, rupa-rupanya sambal dia dah tumpah dan seriously nampak comot. Itulah namaya cantik di luar, buruk di dalam. Hihihihi. ^_^

    Pada hari yang sama juga, petang tu kan ada koko perjumpaan kelab dan persatuan. Saya kelab ERT. Kelab tu adakan pertandingan lipatan napkin. Buat secara berdua-dua. Saya ngan kawan saya ni buatlah lipatan snowflake. Lepas tu, dihiaskan dengan cawan, sudu dan garfu serta tisu yang warna pink tu. Tapi, tak menang juga. Tak apalah...........asalkan saya dapat belajar sesuatu yang baru, cukuplah. :)

   Semalam kan, saya balik dari latihan kawad kaki dengan muka yang selamba. Macam ni-----> o_o. Balik rumah, tengok ada surat kat atas meja ditulis nama saya dan alamat rumah. Muka curious. Apa benda ni?Lepas tu, bukaklah sampul tu tengok ada benda ni:

   

Yay, hadiah dah sampai. Saya menang segmen bloglist bila jari mula menaip. Tak tahu? Pergi tengok kat sidebar--->rumah kecil---->peyertaan. Baca...

Oklah, tak boleh cerita panjang-panjang ni. Barang pun belum kemas lagi. Nak pergi pukul 3.00. Hari ni, saya tidur sekolah sebab esok ada pertandingan kawad kaki peringkat daerah kat SMK Sri Perdana. Doakan kejayaan platun kawad kaki pandu puteri STK. Assalamualaikum. ^_^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)