Tuesday, 26 March 2013

Terpedaya.....

                         

                             
                            

'Assalamualaikum,' adik dah balik.
' Waalaikumussalam, macam mana sekolah tadi?', soalan kakaknya dibiar sepi tanpa jawapan. Fazila mula berasa hairan. Tidak pernah adiknya berkelakuan begitu. Selalunya, selepas balik sekolah dia akan sentiasa senyum bukannya seperti hari ini. Daun pintu bilik adiknya dikuak.

' Err....adik. Adik, ada masalah ke?,' Fazila berhati-hati dalam memulakan bicara.
' Tak adalah. Tak ada apa-apa,' adiknya, Faiza jawab acuh tidak acuh.
' Adik jangan tipu akak. Akak faham diri adik. Adik tak pernah berkelakuan macam ni. Mesti adik ada masalah kan. Ceritalah kat akak,' Fazila berusaha memujuk adiknya.
' Adik benci dia! Adik benci dia! Adik ingat dialah kawan dunia akhirat tapi tak sangka dia berani buat adik macam ni,' 
' Ya Allah, istighfar adik. Cuba tenangkan diri. Cerita satu persatu. Adik benci dengan siapa ni?,'
' Adik benci dengan Khalisa. Masa kat sekolah beg duit adik hilang. Penat adik cari tapi adik tak jumpa. Lepas tu, adik ingat nak mengadu kat Khalisa. Tiba-tiba, adik ternampak dia nak simpan beg duit adik dalam beg dia. Tak sangka dia berani curi barang kepunyaan kawan baik dia sendiri,' luah Faiza.
' Adik, adik yakin ke dia yang ambil? Adik dah siasat? Adik ada dengar apa yang dia nak terangkan?,'
' Tak perlu dengar penerangan dia. Tak perlu nak siasat. Adik yakin memang dia ada niat nak curi beg duit adik. Semalam, dia ada ngadu kat adik yang dia perlukan duit untuk beli barang sekolah. Adik dia demam perlukan kos perubatan sedangkan duit hasil jualan nasi lemak ibu dia tidak mencukupi. Dia kata dia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan duit,'
' Adik....adik. Adik kena.....,' percakapannya tergantung apabila terdengar telefon bimbit milik adiknya berbunyi.

Faiza lantas menyambar telefon bimbitnya. Dilihat tertera nama Khalisa. Dia membuka message yang dihantar oleh kawan baiknya.

To: Faiza
Assalamualaikum, kawan baikku. Saya minta maaf tentang insiden kat sekolah tadi. Saya nak terangkan tapi awak tak bagi saya sedikit peluang pun. Sebenarnya, saya terjumpa beg duit awak kat meja kantin. Saya terus ambil beg duit tu dan pergi ke kelas untuk pulangkan kepada awak. Malangnya, awak tak ada dalam kelas. Saya bimbang beg duit awak akan dicuri jika saya tinggalkannya atas meja awak. Jadi, saya tolong simpankan dan nak pulangkan kepada awak masa balik sekolah nanti. Saya sedar saya perlukan duit tapi saya tak sehina itu sampai melakukan kerja mencuri. Faiza, awak selalu sokong saya. Saya tak nak terputus hubungan dengan awak hanya kerana salah faham. Awaklah sahabat terbaik saya. -KHALISA-
' Ya Allah, kakak. Adik dah lakukan kesilapan besar. Adik tak boleh nak maafkan diri adik,' kata Faiza sambil memeluk kakaknya.
' Itulah adik. Mudah je kan terpedaya dengan hasutan syaitan. Persahabatan adik dengan Khalisa terlalu akrab. Sebab tu, syaitan cemburu. Dia tak suka lihat kita berbaik-baik dengan manusia. Tak sangka adik akak mudah terpedaya. Masa bergaduh tadi, siapa yang bertepuk tangan? Syaitan. Lain kali ingat, jangan mudah salah sangka dengan orang. Siasat dulu,' nasihat Fazila.
' Baik, akak. Petang ni, adik nak jumpa Khalisa. Nak minta maaf kat dia. Adik tak sepatutnya biarkan dia dalam masalah. Sepatutnya, adik kena bantu dia bukannya menuduh dia yang bukan-bukan,' 

-------------------------------------------------ooooo-----------------------------------------------------

Nota purple: Jaga hubungan ukhuwwah yang terjalin. Jangan biarkan dia musnah disebabkan kita terpedaya dengan musuh kita, SYAITAN. Persefahaman itu perlu. ^_^

-----> JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )







No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)