Friday, 29 March 2013

Segmen : URL Blog Paling Awesome

Assalamualaikum,


                                            


Syarat-syarat :

  • Follow blog ini *untuk tahu perkembangan segmen ( dah )
  • Follow twitter ini *twitter users only  ( tak ada twitter )
  • Buat satu entry "Segmen URL Blog Paling Awesome by Blog Mrs Lulla" ( dah )
  • Tempek banner simple mimple dekat atas . Jangan lupa backlink kan ke entry segmen ini ( dah )
  • Letak link entry segmen korang dalam comment box ini ( dah )


Cara nak join :

  • Copy URL blog anda dan letak dalam entry . Contoh :
http://theflickerdoodles.blogspot.com/

  • Bagi sebab kenapa URL anda paling awesome 
  • Jawab satu soalan ini .
Mana anda dapat URL blog itu ?

Cara Pemilihan Pemenang :

  • Berdasarkan URL paling awesome
  • Dipilih sendiri dan oleh adik tercinta
  • Hanya seorang pemenang diperlukan 

Hadiah-hadiah :

  • Hadiah Top up hanya akan diberikan kepada 1 blogger SEKIRANYA penyertaan melebihi 10 orang.
  • 10 blog untuk di review

Tarikh penting :

5 April 2013 ;- Tarikh Tamat 
6 April 2013 ;- Update list blogger awesome
7 April 2013 ;- Senarai pemenang 

ooooo____________ooooo________________ooooo________________ooooo_________________ooooo

URL blog saya paling awesome kerana ini adalah perahan jus otak kepala saya sendiri dan url ni hanya saya seorang sahaja yang guna atau dari kata lain UNIK. ^_^  *ye ke?

Mana Saya Dapat URL blog ini :

http://boladuri.blogspot.com/

Panjang ceritanya......baiklah saya pendekkan.

Tersebutlah kisah, semasa saya mendaftar blog ini, saya dikehendaki untuk meletakkan URL blog. Dengan rasa penuh bangganya, saya menaip ainurathikah.blogspot.com. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan teguran kakak saya yang lebih kurang berbunyi begini:

' Adik, lebih baik jangan letak nama sendiri. Bahaya! Letaklah nama lain.'

Saya yang masih setahun jagung ni pun cepat-cepat padam balik Url tu. Maklumlah, alam maya sekarang ni kan bahaya. Lepas tu, saya tanyalah kakak:

' Habis tu nak letak nama apa' 

Kakak saya pun jawab cahaya muslimah. Saya cakap ada orang dah guna. Kakak saya suruh taip pulak muslimah sejati. Saya masih mengulang dialog yang sama iaitu ada orang dah guna. Banyak jugalah cadangan  yang diberi tapi semuanya hampa. Antara cadangannya cahaya ilahi, hamba Allah, langsir hijau, ain ika, bunga ros, kuih tat dan banyak lagi nama yang pelik-pelik. Namun, hasilnya tetap hampa. Saya pun  mula dah rasa ' Arghh! ' tapi tak adalah sampai menjerit. Mata tajamku meliar-liar melihat sekeliling ruang tamu untuk mencari idea. Tiba-tiba, ada sesuatu yang berjaya memikat perhatian.

BOLA YANG BERDURI!!!

Ya, bola yang berduri. Tanpa melengahkan masa, saya terus menaip boladuri.blogspot.com. Tiada orang guna nama itu. Saya bertanya kepada kakak sama ada ok atau tidak nama itu.  Kakak cakap:

Serious nak letak nama ni? Macam pelik je.
Habis tu, tinggal nama ni je.
Suka hati adiklah.

Saya pun macam ragu-ragu jugak. Nama pun bunyinya tak menarik perhatian orang langsung. Tapi, nekad jelah  letak nama tu. Dengan perasaan yang ragu-ragu, saya pun menggerakkan anak panah untuk menekan butang OK. Maka, terjadilah blog serba purple yang cantik ini. Hihihi. ^_^

Serious, bola tu beli 5 biji. 4 yang besar, 1 yang kecil. Yang besar warna merah dua, kuning dengan purple satu. Yang kecik warna pink. Tapi sekarang tinggal dua biji je. Yang lain dah bocor. Maklumlah, bola tu lembut pergi buat main kat belakang rumah yang dipenuhi dengan batu lepas tu main pijak2.

Beli banyak-banyak bola tu sebenarnya untuk adik. Terkejut tengok umur dia yang baru satu tahun pandai sepak bola. Kencang pulak tu. Tengoklah siapa jurulatihnya. Hihihi. Tak delah, dia pandai tu mungkin sebab dia join tengok perlawanan bola sepak kat tv. Dengan bola duri itulah, dia pandai sepak bola.
Dengan bola itu jugalah, adik buat baling bila dia tengah marah. *kadang-kadang dia guna raket yang dalam gambar tu. Bedebik, dia libas kat badan. Sakit tau!* Sekarang dah tak, dia makin comel dan berikap keperempuanan. Hihihi.

Sekarang, kat sekolah bila kawan-kawan tanya ada blog tak. Saya jawablah ada. Lepas tu, diorang tanya link blog apa? Saya jawablah tulis je nama kita automatik dia keluar bahagian atas sekali. Hakikat sebenarnya, saya malas nak cakap link blog saya boladuri.blogspot.com. :P

Tapi tak apa, jangan sedih wahai http://boladuri.blogspot.com/. Mulai saat ini, awak adalah kesayangan saya sepanjang masa. Tanpamu, tidak terhasillah blog indah ini. Hihihi.

___________________________________________________________________________

Panjangnya... Entah korang baca ke tak dan yang paling penting entah korang faham ke tak. Hakikat sebenarnya, saya tak pendekkan pun ceritanya. ^_^


1 comment:

  1. owh, baru tahu kenape link blog nie bola berduri. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)