Sunday, 17 March 2013

Pesanan Daripada Seorang Kanak-kanak

Assalamualaikum,

                             

  Ada satu cerita tau yang berlaku semalam......hari ni baru sempat nak cerita. Cerita dia macam ni. Semalam kan ada sekolah ganti. Petang tu, ada latihan kawad kaki pukul 2:30 petang. Sebelum latihan mula, saya dengan kawan saya  pergi tandas sekejap. Then, ada seorang budak perempuan ni pun pergi tandas. Dia budak kecik maybe sekolah rendah kot.

Lepas dia masuk tandas dia membebel-bebel. Nak tahu apa yang dia bebelkan? Dia cakap.....:

 " Atuk pesan, kena jaga kebersihan tandas. Jangan kotorkan tandas. Kita kena basuh tandas.                      bla.........bla..........bla...........bla............bla.............bla..........bla...........bla..............bla........bla......

Panjang jugalah dia membebel sampai tandas. Adalah dalam lima minit mungkin...... Saya tahan je tau gelak..Memang tak kelakar tapi tak tahu kenapa rasa nak gelak. Last-last, kitorang keluar je tandas, budak tu membebel sorang-sorang. Tak patut betul buat macam tu..

Baiklah, biar saya buat kesimpulannya. Akhir kalam, dapatlah disimpulkan bahawa kita perlu menjaga kebersihan tandas baik tandas sendiri, tandas sekolah, tandas awam atau tandas jiran sekalipun. Pendek kata, apa-apa yang bermula dengan perkataan tandas. Budak-budak pun tau jaga kebersihan tandas inikan pulak kita yang dah besar panjang mengalahkan galah. ^_^

Nota purple:  JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)