Saturday, 9 March 2013

Persoalan Yang Belum Terungkai

Assalamualaikum,

Masih ada persoalan yang belum terungkailah. Boleh x tolong ungkaikan? Malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita straight to the point.

                                                    

1. Kenapa kalau birthday kita, kita mesti minta hadiah yang bukan-bukan kat ibu bapa, minta buat party untuk hari lahir kita? Tak rasa pelik ke? Sepatutnya kita patut berterima kasih kepada ibu bapa terutamanya ibu kerana dia bersusah-payah lahirkan kita. Mengharungi segala kesakitan untuk lihat kita hidup di muka bumi ini.

2. Kenapa bila kita dapat keputusan yang cemerlang kita minta hadiah kat ibu bapa kita. Sepatutnya kita berterima kasih kepada mereka sebab mereka sanggup berkorban dari segi kewangan dan tenaga untuk lihat kita berjaya. Ini tidak. Bila dapat kepuutusan cemerlang kita minta kat ibu bapa I-pad, handphone dan sebagainya yang mahal-mahal.

3. Kenapa bila kita kat sekolah bila cikgu minta tolong berebut-rebut angkat tangan tanpa sebarang sungutan. Tapi bila kat rumah, ibu bapa minta tolong sikit macam-macam bunyi keluar. Nanti sekejap, ala, malaslah, tak naklah. Kita buat macam tu kita dah dikira anak derhaka tau.

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu".


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)