Wednesday, 20 March 2013

Copycat

Assalamualaikum salam pemanis kata,

                            

  Saya manusia, awak manusia dan kita semua manusia! Ada ke alien atau kucing atau gajah yang sedang baca entri ini? Ok, saya yakin tak ada. Sebenarnya ayat tadi tak ada kena mengena pun. Anda semua tahu kan kita perlu menjaga hubungan sesama manusia? Saya percaya orang yang baca entri ni mesti bijak pandai.

 Siapakah 'MEREKA' yang saya maksudkan? Adakah tikus, ular atau kala jengking? Tidak, saya tak maksudkan mereka... Yang saya maksudkan ialah COPYCAT!. Walaupun namanya copyCAT, pelakunya tetap manusia. Saya tahu kesalahan mereka memang besar. Copy and paste orang punya hasil tulisan, memang membuatkan anda semua marah.

  Tapi tahukah anda, perbuatan kita lagi teruk dari mereka. Gelar diorang copypig. Dari mana ayat tu datang? Lepas tu, kutuk-kutuk diorang. Setiap kata-kata kita didengar oleh ALLAH. Tak malu ke? Apa salahnya kalau kita halalkan apa yang diorang buat. Kita tak rugi apa-apapun malah dapat pahala.

  Dapat pahala? Kenapa? Sebab, ilmu yang kita tulis telah dikongsikan oleh si copycat yang anda kutuk tu! Selagi ada orang amalkan apa yang kita nasihatkan selagi itulah kita dapat pahala. Berterima kasihlah kepada copycat. Dia tiada niat lain selain ingin mengongsi ilmu anda.

  Seterusnya, mari kita lihat dari sudut lain pula. Apa tujuan kita menulis dan megongsi ilmu? Untuk populariti atau untuk kebaikan orang lain? Sama-sama kita muhasabah diri, betulkan niat kitak kerana segala ibadah kita bermula dengan niat.

       ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
                                                                                                         nak baca lebih lanjut klik sini

  Bahaya kan kalau kita tersalah niat. Janganlah kita post entri atau apa-apa untuk dengar orang cakap "wah,hebatlah awak".  Di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan sifat riak. Ok, kalau ada orang puji kita mesti hidung kita makin kembang dan mulalah pipi merona merah. Ketika jadi keadaan seperti itu, kita terus ingat ketika hidung kita makin kembang dan pipi merona merah ketika itu jugalah lubang neraka dan api neraka makin merah menyala untuk mebakar diri kita.

  Kesimpulannya di sini, jangan marah si copycat kerana apa yang dikongsikan adalah ilmu ALLAH bukan ilmu kita. Jangan nak perasan!!! ALLAH yang beri kita ilham untuk kita menulis supaya orang lain dapat membaca dan berkongsi ilmu. Bersyukurlah kerana ilmu semakin luas disebarkan bukannya asyik mengutuk copycat.

  Wahai si copycat, anda jugalah berpada-padalah dalam meniru. Jikalau blogger tu sendiri, menulis dilarang copy and paste maka janganlah buat kerana tuannya tidak memberi kebenaran. Si pemilik pun sama, andaikata anda tahu ada orang copy and paste segala yang anda tulis jangan marah dan halalkan ilmu tersebut. Anda juga dapat pahala. Mudah kan?

   Sama-samalah kita menjaga hubungan sesama manusia agar jalinan ukhwah akan terus terjalin. Jangan basahkan lidah anda dengan kata-kata makian tetapi basahilah lidah anda dengan zikrullah. Semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah. Assalamualaikum. ^_^

                      " Ya Allah ya tuhanku, perbetulkanlah niatku. Jikalau ada timbul segelumit rasa riak ketika menulis entri ini maka engkau sedarkanlah aku Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang aku lakukan. "
 Nota purple:JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )


5 comments:

  1. totally agreed , nice sharing dear :)

    ReplyDelete
  2. bertolak ansur itu penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, andaikata semua manusia kat dunia ni tak ada rasa tolak-ansur memang berperanglah jawabnya...

      Delete
  3. entri yang berinfo :) terima kasih komen belog kite.. *terharu*

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)