Friday, 29 March 2013

Segmen : URL Blog Paling Awesome

Assalamualaikum,


                                            


Syarat-syarat :

  • Follow blog ini *untuk tahu perkembangan segmen ( dah )
  • Follow twitter ini *twitter users only  ( tak ada twitter )
  • Buat satu entry "Segmen URL Blog Paling Awesome by Blog Mrs Lulla" ( dah )
  • Tempek banner simple mimple dekat atas . Jangan lupa backlink kan ke entry segmen ini ( dah )
  • Letak link entry segmen korang dalam comment box ini ( dah )


Cara nak join :

  • Copy URL blog anda dan letak dalam entry . Contoh :
http://theflickerdoodles.blogspot.com/

  • Bagi sebab kenapa URL anda paling awesome 
  • Jawab satu soalan ini .
Mana anda dapat URL blog itu ?

Cara Pemilihan Pemenang :

  • Berdasarkan URL paling awesome
  • Dipilih sendiri dan oleh adik tercinta
  • Hanya seorang pemenang diperlukan 

Hadiah-hadiah :

  • Hadiah Top up hanya akan diberikan kepada 1 blogger SEKIRANYA penyertaan melebihi 10 orang.
  • 10 blog untuk di review

Tarikh penting :

5 April 2013 ;- Tarikh Tamat 
6 April 2013 ;- Update list blogger awesome
7 April 2013 ;- Senarai pemenang 

ooooo____________ooooo________________ooooo________________ooooo_________________ooooo

URL blog saya paling awesome kerana ini adalah perahan jus otak kepala saya sendiri dan url ni hanya saya seorang sahaja yang guna atau dari kata lain UNIK. ^_^  *ye ke?

Mana Saya Dapat URL blog ini :

http://boladuri.blogspot.com/

Panjang ceritanya......baiklah saya pendekkan.

Tersebutlah kisah, semasa saya mendaftar blog ini, saya dikehendaki untuk meletakkan URL blog. Dengan rasa penuh bangganya, saya menaip ainurathikah.blogspot.com. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan teguran kakak saya yang lebih kurang berbunyi begini:

' Adik, lebih baik jangan letak nama sendiri. Bahaya! Letaklah nama lain.'

Saya yang masih setahun jagung ni pun cepat-cepat padam balik Url tu. Maklumlah, alam maya sekarang ni kan bahaya. Lepas tu, saya tanyalah kakak:

' Habis tu nak letak nama apa' 

Kakak saya pun jawab cahaya muslimah. Saya cakap ada orang dah guna. Kakak saya suruh taip pulak muslimah sejati. Saya masih mengulang dialog yang sama iaitu ada orang dah guna. Banyak jugalah cadangan  yang diberi tapi semuanya hampa. Antara cadangannya cahaya ilahi, hamba Allah, langsir hijau, ain ika, bunga ros, kuih tat dan banyak lagi nama yang pelik-pelik. Namun, hasilnya tetap hampa. Saya pun  mula dah rasa ' Arghh! ' tapi tak adalah sampai menjerit. Mata tajamku meliar-liar melihat sekeliling ruang tamu untuk mencari idea. Tiba-tiba, ada sesuatu yang berjaya memikat perhatian.

BOLA YANG BERDURI!!!

Ya, bola yang berduri. Tanpa melengahkan masa, saya terus menaip boladuri.blogspot.com. Tiada orang guna nama itu. Saya bertanya kepada kakak sama ada ok atau tidak nama itu.  Kakak cakap:

Serious nak letak nama ni? Macam pelik je.
Habis tu, tinggal nama ni je.
Suka hati adiklah.

Saya pun macam ragu-ragu jugak. Nama pun bunyinya tak menarik perhatian orang langsung. Tapi, nekad jelah  letak nama tu. Dengan perasaan yang ragu-ragu, saya pun menggerakkan anak panah untuk menekan butang OK. Maka, terjadilah blog serba purple yang cantik ini. Hihihi. ^_^

Serious, bola tu beli 5 biji. 4 yang besar, 1 yang kecil. Yang besar warna merah dua, kuning dengan purple satu. Yang kecik warna pink. Tapi sekarang tinggal dua biji je. Yang lain dah bocor. Maklumlah, bola tu lembut pergi buat main kat belakang rumah yang dipenuhi dengan batu lepas tu main pijak2.

Beli banyak-banyak bola tu sebenarnya untuk adik. Terkejut tengok umur dia yang baru satu tahun pandai sepak bola. Kencang pulak tu. Tengoklah siapa jurulatihnya. Hihihi. Tak delah, dia pandai tu mungkin sebab dia join tengok perlawanan bola sepak kat tv. Dengan bola duri itulah, dia pandai sepak bola.
Dengan bola itu jugalah, adik buat baling bila dia tengah marah. *kadang-kadang dia guna raket yang dalam gambar tu. Bedebik, dia libas kat badan. Sakit tau!* Sekarang dah tak, dia makin comel dan berikap keperempuanan. Hihihi.

Sekarang, kat sekolah bila kawan-kawan tanya ada blog tak. Saya jawablah ada. Lepas tu, diorang tanya link blog apa? Saya jawablah tulis je nama kita automatik dia keluar bahagian atas sekali. Hakikat sebenarnya, saya malas nak cakap link blog saya boladuri.blogspot.com. :P

Tapi tak apa, jangan sedih wahai http://boladuri.blogspot.com/. Mulai saat ini, awak adalah kesayangan saya sepanjang masa. Tanpamu, tidak terhasillah blog indah ini. Hihihi.

___________________________________________________________________________

Panjangnya... Entah korang baca ke tak dan yang paling penting entah korang faham ke tak. Hakikat sebenarnya, saya tak pendekkan pun ceritanya. ^_^


Sebarkan Walaupun Sepotong Ayat


Assalamualaikum.
Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .
Derma kerusi roda di
hospital
. Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .
Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .
Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .
Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .
Kongsi mesej ini kpd orang
rama
i . Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 …
7 kalimat yg harus di biasakan..
Amalkan kalimah ini:
 1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Ada 2 pilihan utk anda :
1.Biarkn saja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.
2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu saja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin….

Nota purple : Segala ilmu diatas ini dicopy dari sini.

Thursday, 28 March 2013

Segmen Bloglist Penggal ke-2 & Review Blog

Assalamualaikum.


                                           


Blog yang bertuah untuk menetap di sini hanyalah 20 orang blogger sahaja. Tapi bagi yang tak berjaya masuk ke dalam bloglist, blog mereka akan direview. Jadi, takdelah frust sampai jerit depan lappy " Arghh!!!!! Kenapa aku tak terpilih? Apa kurangnya aku? Jangan pedulikan aku. Aku nak pergi terjun longkang depan rumah. Arghhhh".

Segmen ini akan berlangsung selama satu minggu sahaja. Top referral dan siapa yang tag paling banyak akan memenangi hadiah top-up RM 10. Hanya seorang pemenang sahaja tau.

Syarat- syarat

1) Follow blog ni dan follow ni dan juga Like fanpage blog ni. (Akan di lihat ye) ( saya tk boleh like sebab tak ada fb )

3) Letakkan banner kat atas ni dalam entry korang.
4) Backlink kan ke entry ini.
5) Dah siap? Tinggal kan LINK ENTRY anda di kotak komen di sini.



Saya nak tag:

1)Alya Humaira'
2) Empty Glass
3) Wana Wonderland
4) I'm Nobody
5) ! * Sherry_Baizura *!
6) http://unpredictablejieha.blogspot.com
7) ! Aina Areen !
8) Aini Zakaria
9) Amer Corner
10) Cik Fie
11) http://blurrr4evablurr.blogspot.com
12) http://www.amalinalee.my
13) http://dyshasahhir.blogspot.com
14) http://chokollislover.blogspot.com
15) http://beautyshinju.blogspot.com
16) http://fatinhalid.blogspot.com
17) http://nurbaiyah86.blogspot.com
18) http://mrsteddybearlover.blogspot.com
19) http://faraheffa.blogspot.com
20) http://hikayathiudpku.blogspot.com
21) http://najihah99yusoff.blogspot.com
22) http://nasrizfardisza.blogspot.com
23) http://lissa-lissalalissa.blogspot.com
24) http://nuraribahizni.blogspot.com
25) http://musyirahariys.blogspot.com
26) http://dakwahmahabbah.blogspot.com
27) http://ienachibumb.blogspot.com
28) http://myrahthesamuraii.blogspot.com
29) http://lemonkeyluver.blogspot.com
30) http://biskutberkulat.blogspot.com
31) http://catberrymilk.blogspot.com
32) http://dearcrush-iloveyou.blogspot.com
33) http://jesse-rose.blogspot.com
34) http://nadianeurons.blogspot.com
35) http://chinta90.blogspot.com
36) http://nanameer-patrickstar.blogspot.com
37) http://cintadafakarindu.blogspot.com
38) http://amyfendi.blogspot.com
39) http://sibodohjangankacau.blogspot.com
40) http://www.afieqaisarah.com
41) http://bloggua-tieqa.blogspot.com
42) http://aliaazlovely.blogspot.com
43) http://mylifeisalwayssimple.blogspot.com
44) http://eyraonlinediary.blogspot.com
45) http://aliyahussin.blogspot.com
46) http://loveofamalinaafandi.blogspot.com
47) http://amorevolta.blogspot.com
48) http://budakpeliksstory.blogspot.com
49) http://miszfarahanis.blogspot.com
50) http://fieqaloveislife.blogspot.com
51) http://anisyasminpunyebelog.blogspot.com

Segmen Happy Birthday Honey Yeo & Cik Fie

Assalamualaikum.


                                  

Semua syarat dah dilaksanakan kecuali like fb fanpage sebab saya tak ada fb. ^_^

UCAPAN UNTUK CIK FIE DAN HONEY YEO :- 

To: Cik Fie dan Honey Yeo

HAPPY BIRTHDAY, SELAMAT HARI LAHIR, SANAH HELWAH, SAENGIL CHUKHA HAMNIDA !!!!!!!!!!! ^_^

Selamat menyambut hari lahir,
Semoga panjang umur supaya dapat terus menambahkan pahala buat bekalan di akhirat nanti,
Diperluaskan rezeki dari pelbagai sudut sama ada dari segi kesihatan, kewangan, kesenangan dan sebagainya,
Menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan,
Ditabahkan hati dalam menghadapi ujian hidup di dunia yang fana ini,
Tidak mudah alpa dengan kecantikan dan hiburan di dunia,
Tidak mudah tergoda dengan hasutan dan bisikan syaitan,
Dikuatkan iman dan semoga kamu sentiasa mendapat rahmat ALLAH.

Hiasilah dirimu dengan sifat-sifat mahmudah,
Singkirkanlah sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan jiwa,
Tingkatkanlah baktimu terhadap ibu bapa dan orang-orang yang pernah berjasa denganmu,
Pakaikanlah dirimu dengan pakaian yang dihiasi dengan takwa,
Jadilah manusia yang berguna untuk kebaikan orang lain,
Jangan pernah mengalah walaupun hidup tidak seindah apa yang diimpikan,
Sentiasa tersenyum walaupun ketika berada dalam kedukaan,
Bahagiakanlah orang walaupun mereka tidak membahagiakan kamu.

Jika berada dalam kesedihan,
Jika berada dalam kegembiraan,
Jika kamu berseorangan,
Sentiasa ingatlah satu perkara ini,
ALLAH sentiasa berada di sisi kamu,
Walaupun ketika kamu dihina atau disanjung.

Tiada hadiah yang mewah dapatku berikan,
Hanya sebuah ucapan dan sekudus doa,
Yang mampu ku hadiahkan,
Di hari yang penuh istimewa ini.
Hanya untukmu.

 Hadiah untuk Cik Fie dan Honey Yoe: SUPRISE !!!

                                                                                                                   Yang ikhlas,
   
                                                                                                                     Ainur. ^_^

Saya nak tag:

1) Alya Humaira
2) Aini Zakaria
3)Ainur Zawanah

                             


Wednesday, 27 March 2013

Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip -April & May-



Assalamualaikum.


                              

Syaratnya 
Follow Blog Bila Jari Mula Menaip
Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"
Tampalkan banner yang tersedia di atas dan linkkan ke entri ini.
Klik like SINI *jika anda rasa gambar itu comel*
Tinggalkan link entri anda di komen box entri ini.

Pemilihan 
Memilih 20 blogger berdasarkan 100% random.org.
Blog yang terpilih dan 5 blog yang terawal akan mendapat brooch bunga ataupun brooch ribbon setiap satu 


Apalagi jom join. ^_^

Esok pagi makan roti,
Nak join klik sini.


                                                   

                                              ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫




Tuesday, 26 March 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah

Assalamualaikum....

                                             



SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like pages blog ni ( done  kecuali fb sebab tak ada fb )

2) Buat satu entry dan tampal banner kat atas yang di link kan terus ke entry ni*letak url entry dekat komen entry ini sahaja* ( done )

3) Pilih dua hadiah yang korang nak 
TSHIRT MUSLIMAH
DAN

novel

4) Follow dan like pages sponsor ( done kecuali fb sebab tak ada )


5) Pemilihan pemenang melalui random dan top reffral
6) Tamat 30/3/2013





Terpedaya.....

                         

                             
                            

'Assalamualaikum,' adik dah balik.
' Waalaikumussalam, macam mana sekolah tadi?', soalan kakaknya dibiar sepi tanpa jawapan. Fazila mula berasa hairan. Tidak pernah adiknya berkelakuan begitu. Selalunya, selepas balik sekolah dia akan sentiasa senyum bukannya seperti hari ini. Daun pintu bilik adiknya dikuak.

' Err....adik. Adik, ada masalah ke?,' Fazila berhati-hati dalam memulakan bicara.
' Tak adalah. Tak ada apa-apa,' adiknya, Faiza jawab acuh tidak acuh.
' Adik jangan tipu akak. Akak faham diri adik. Adik tak pernah berkelakuan macam ni. Mesti adik ada masalah kan. Ceritalah kat akak,' Fazila berusaha memujuk adiknya.
' Adik benci dia! Adik benci dia! Adik ingat dialah kawan dunia akhirat tapi tak sangka dia berani buat adik macam ni,' 
' Ya Allah, istighfar adik. Cuba tenangkan diri. Cerita satu persatu. Adik benci dengan siapa ni?,'
' Adik benci dengan Khalisa. Masa kat sekolah beg duit adik hilang. Penat adik cari tapi adik tak jumpa. Lepas tu, adik ingat nak mengadu kat Khalisa. Tiba-tiba, adik ternampak dia nak simpan beg duit adik dalam beg dia. Tak sangka dia berani curi barang kepunyaan kawan baik dia sendiri,' luah Faiza.
' Adik, adik yakin ke dia yang ambil? Adik dah siasat? Adik ada dengar apa yang dia nak terangkan?,'
' Tak perlu dengar penerangan dia. Tak perlu nak siasat. Adik yakin memang dia ada niat nak curi beg duit adik. Semalam, dia ada ngadu kat adik yang dia perlukan duit untuk beli barang sekolah. Adik dia demam perlukan kos perubatan sedangkan duit hasil jualan nasi lemak ibu dia tidak mencukupi. Dia kata dia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan duit,'
' Adik....adik. Adik kena.....,' percakapannya tergantung apabila terdengar telefon bimbit milik adiknya berbunyi.

Faiza lantas menyambar telefon bimbitnya. Dilihat tertera nama Khalisa. Dia membuka message yang dihantar oleh kawan baiknya.

To: Faiza
Assalamualaikum, kawan baikku. Saya minta maaf tentang insiden kat sekolah tadi. Saya nak terangkan tapi awak tak bagi saya sedikit peluang pun. Sebenarnya, saya terjumpa beg duit awak kat meja kantin. Saya terus ambil beg duit tu dan pergi ke kelas untuk pulangkan kepada awak. Malangnya, awak tak ada dalam kelas. Saya bimbang beg duit awak akan dicuri jika saya tinggalkannya atas meja awak. Jadi, saya tolong simpankan dan nak pulangkan kepada awak masa balik sekolah nanti. Saya sedar saya perlukan duit tapi saya tak sehina itu sampai melakukan kerja mencuri. Faiza, awak selalu sokong saya. Saya tak nak terputus hubungan dengan awak hanya kerana salah faham. Awaklah sahabat terbaik saya. -KHALISA-
' Ya Allah, kakak. Adik dah lakukan kesilapan besar. Adik tak boleh nak maafkan diri adik,' kata Faiza sambil memeluk kakaknya.
' Itulah adik. Mudah je kan terpedaya dengan hasutan syaitan. Persahabatan adik dengan Khalisa terlalu akrab. Sebab tu, syaitan cemburu. Dia tak suka lihat kita berbaik-baik dengan manusia. Tak sangka adik akak mudah terpedaya. Masa bergaduh tadi, siapa yang bertepuk tangan? Syaitan. Lain kali ingat, jangan mudah salah sangka dengan orang. Siasat dulu,' nasihat Fazila.
' Baik, akak. Petang ni, adik nak jumpa Khalisa. Nak minta maaf kat dia. Adik tak sepatutnya biarkan dia dalam masalah. Sepatutnya, adik kena bantu dia bukannya menuduh dia yang bukan-bukan,' 

-------------------------------------------------ooooo-----------------------------------------------------

Nota purple: Jaga hubungan ukhuwwah yang terjalin. Jangan biarkan dia musnah disebabkan kita terpedaya dengan musuh kita, SYAITAN. Persefahaman itu perlu. ^_^

-----> JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )







Wednesday, 20 March 2013

Copycat

Assalamualaikum salam pemanis kata,

                            

  Saya manusia, awak manusia dan kita semua manusia! Ada ke alien atau kucing atau gajah yang sedang baca entri ini? Ok, saya yakin tak ada. Sebenarnya ayat tadi tak ada kena mengena pun. Anda semua tahu kan kita perlu menjaga hubungan sesama manusia? Saya percaya orang yang baca entri ni mesti bijak pandai.

 Siapakah 'MEREKA' yang saya maksudkan? Adakah tikus, ular atau kala jengking? Tidak, saya tak maksudkan mereka... Yang saya maksudkan ialah COPYCAT!. Walaupun namanya copyCAT, pelakunya tetap manusia. Saya tahu kesalahan mereka memang besar. Copy and paste orang punya hasil tulisan, memang membuatkan anda semua marah.

  Tapi tahukah anda, perbuatan kita lagi teruk dari mereka. Gelar diorang copypig. Dari mana ayat tu datang? Lepas tu, kutuk-kutuk diorang. Setiap kata-kata kita didengar oleh ALLAH. Tak malu ke? Apa salahnya kalau kita halalkan apa yang diorang buat. Kita tak rugi apa-apapun malah dapat pahala.

  Dapat pahala? Kenapa? Sebab, ilmu yang kita tulis telah dikongsikan oleh si copycat yang anda kutuk tu! Selagi ada orang amalkan apa yang kita nasihatkan selagi itulah kita dapat pahala. Berterima kasihlah kepada copycat. Dia tiada niat lain selain ingin mengongsi ilmu anda.

  Seterusnya, mari kita lihat dari sudut lain pula. Apa tujuan kita menulis dan megongsi ilmu? Untuk populariti atau untuk kebaikan orang lain? Sama-sama kita muhasabah diri, betulkan niat kitak kerana segala ibadah kita bermula dengan niat.

       ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
                                                                                                         nak baca lebih lanjut klik sini

  Bahaya kan kalau kita tersalah niat. Janganlah kita post entri atau apa-apa untuk dengar orang cakap "wah,hebatlah awak".  Di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan sifat riak. Ok, kalau ada orang puji kita mesti hidung kita makin kembang dan mulalah pipi merona merah. Ketika jadi keadaan seperti itu, kita terus ingat ketika hidung kita makin kembang dan pipi merona merah ketika itu jugalah lubang neraka dan api neraka makin merah menyala untuk mebakar diri kita.

  Kesimpulannya di sini, jangan marah si copycat kerana apa yang dikongsikan adalah ilmu ALLAH bukan ilmu kita. Jangan nak perasan!!! ALLAH yang beri kita ilham untuk kita menulis supaya orang lain dapat membaca dan berkongsi ilmu. Bersyukurlah kerana ilmu semakin luas disebarkan bukannya asyik mengutuk copycat.

  Wahai si copycat, anda jugalah berpada-padalah dalam meniru. Jikalau blogger tu sendiri, menulis dilarang copy and paste maka janganlah buat kerana tuannya tidak memberi kebenaran. Si pemilik pun sama, andaikata anda tahu ada orang copy and paste segala yang anda tulis jangan marah dan halalkan ilmu tersebut. Anda juga dapat pahala. Mudah kan?

   Sama-samalah kita menjaga hubungan sesama manusia agar jalinan ukhwah akan terus terjalin. Jangan basahkan lidah anda dengan kata-kata makian tetapi basahilah lidah anda dengan zikrullah. Semoga kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah. Assalamualaikum. ^_^

                      " Ya Allah ya tuhanku, perbetulkanlah niatku. Jikalau ada timbul segelumit rasa riak ketika menulis entri ini maka engkau sedarkanlah aku Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang aku lakukan. "
 Nota purple:JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )


Sunday, 17 March 2013

Pesanan Daripada Seorang Kanak-kanak

Assalamualaikum,

                             

  Ada satu cerita tau yang berlaku semalam......hari ni baru sempat nak cerita. Cerita dia macam ni. Semalam kan ada sekolah ganti. Petang tu, ada latihan kawad kaki pukul 2:30 petang. Sebelum latihan mula, saya dengan kawan saya  pergi tandas sekejap. Then, ada seorang budak perempuan ni pun pergi tandas. Dia budak kecik maybe sekolah rendah kot.

Lepas dia masuk tandas dia membebel-bebel. Nak tahu apa yang dia bebelkan? Dia cakap.....:

 " Atuk pesan, kena jaga kebersihan tandas. Jangan kotorkan tandas. Kita kena basuh tandas.                      bla.........bla..........bla...........bla............bla.............bla..........bla...........bla..............bla........bla......

Panjang jugalah dia membebel sampai tandas. Adalah dalam lima minit mungkin...... Saya tahan je tau gelak..Memang tak kelakar tapi tak tahu kenapa rasa nak gelak. Last-last, kitorang keluar je tandas, budak tu membebel sorang-sorang. Tak patut betul buat macam tu..

Baiklah, biar saya buat kesimpulannya. Akhir kalam, dapatlah disimpulkan bahawa kita perlu menjaga kebersihan tandas baik tandas sendiri, tandas sekolah, tandas awam atau tandas jiran sekalipun. Pendek kata, apa-apa yang bermula dengan perkataan tandas. Budak-budak pun tau jaga kebersihan tandas inikan pulak kita yang dah besar panjang mengalahkan galah. ^_^

Nota purple:  JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )



Segmen Review Blog

Assalamualaikum,
                           
                                           

Hari ni saya nak join segmen review blog by Siti Zawiah. Semua syarat2 dah buat kecuali yang like fb page sebab saya tak ada facebook.

Yang lain silalah join kerana blog anda akan direview.  Jadi, anda akan ketahui apa kekurangan di blog anda supaya dapat dibaiki. ^________________________^


Nota purple:  JOM JOIN FIRST GIVEAWAY BY MIZ RIHANI ( SINI ) DAN JOM PILIH HADIAH ( SINI )





Monday, 11 March 2013

First Giveaway By Miz Rihani

Assalamualaikum semua,


                                                 
                                     


Syarat-syarat:
1)Mempunyai blog.
2)Follow blog NI dan like NI untuk mengetahui perkembangan GA.
3)Like dan follow sponsor-sponsor(jujur ye)
4)Buat entry yang menarik dan backlink ke entry ini.
5)Kalau rajin tag la kawan dan letak banner di blog(mana tau ada hadiah)
6)Tinggalkan link anda tentang GA di bawah entry ini.(komen).

Nota kaki: 
-Menggunakan pakcik random dan saya sendiri.
-Top referral akan memenangi hadiah yang istimewa(akan diupdate)
-Sponsor pun boleh join.
-Pemilihan pemenang berdasarkan entry dan blog yang menarik.Entry menarik tu ikut korang la nak buat macam mane..lari jauh dari segmen ni pun tak pe..Asalkan menarik(peluang dapat hadiah yang ohsemm lagi tinggi)..Tapi kalau malas,copy jela banner tu...

Yang syarat2 semuanya dah buat kecuali yang like/follow fb dan twitter sebab saya x ada fb dan twitter. Harap tak mengapa.

Saya nak menang entry paling kreatif tapi nak buat macam mana ya? Ermm........fikir sekejap. Ada orang buat pantun, ada orang tulis surat. Saya nak gabungkan dua-dualah. Boleh kan?
_________________________________________________________________________

                                                                                                       Ainur Athikah Binti Zulkeflee,
                                                                                                       boladuri.blogspot.com,
                                                                                                      Google, Malaysia.

                                                                                                      11 Mac 2013.


  Menemui sahabat tercinta Miz Rihani, yang kini sudah tentu berada di bumi Malaysia. Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya di sini juga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.


Saudari,
    Tujuan utama saya menulis surat terhebat ini adalah untuk melibatkan diri dalam satu giveaway yang telah saudari lancarkan dengan jayanya tanpa  diiringi dengan letupan bunga api.  Giveaway yang diberi nama First Giveaway By Miz Rihani ini telah berjaya memikat dan menarik hati saya untuk sertai sama.

 
     Saudari telah meletakkan syarat untuk sertai giveaway ini. Nampaknya, saudari seorang yang berkedudukan tinggi dan hanya orang yang tertentu sahaja dapat sertai GA saudari. Semua syarat-syarat yang saudari tetapkan telah saya patuhi kecuali syarat-syarat yang melibatkan laman buka buku dan burung biru yang comel itu. Saya sudah mempunyai terlalu banyak buku sehinggakan tidak dapat untuk mendaftar laman muka buku yang semakin popular ini dan hebat diperkatakan oleh seluruh masyarakat di segenap empat penjuru dunia ini. Saya juga tidak pandai untuk membela burung biru yang comel itu kerana saya seorang yang terlalu sibuk mengalahkan V.I.P. Adalah diharapkan, perkara ini tidak menghalang saya menyertai GA saudari. 

 Saudari yang dikasihi,

    Saya terlalu gembira sehinggakan senyuman lebar sampai ke telinga  kerana melihat adanya hadiah untuk entry paling kreatif. Buktinya, saya sanggup meletakkan penyepit di mata semata-mata untuk menaip surat ini.  Untuk pengetahuan saudari, saya mempunyai sejarah hitam dengan pak cik random. Adakah saya perlu menceritakan kepada saudari sejarah tersebut? Rasanya tidak perlu kerana bak kata ibu saya, "kita perlu membuka lembaran baru, sejarah yang lalu jangan dikenang". 


     Setakat ini sahajalah coretan saya buat tatapan saudari. Saya berharap saudari sudi menerima surat hebat ini dan memilih saya sebagai pemenang entri paling kreatif. Sebelum saya mengundur diri, izinkanlah saya untuk berpantun serangkap dua:

                                  Orang bujang suka lepak,
                                     Giveaway saudari memang gempak.

                                  Hari-hari makan maggi,
                                      Ramai-ramai serbu sini

                                  Rumah Nina banyak benang,
                                     Pilihlah saya sebagai pemenang.

                                  Pergi tumpang rumah Fifi,
                                     Silap dan salah harap dimaafi.

                                  Pagi-pagi makan sirih,
                                     Sekian terima kasih.


                                                                                                   Salam sayang,
                                                                                                                             Ainur. ^_^
o------o----------o----------o----------o----------o----------o----------o----------o----------o-----o

Surat sudah berjaya dihantar menggunakan pos laju.  Saya nak tag:

1) budak naik kapal terbang
2) budak terminum air hujan
3) kembar kita
4) budak ringan tulang