Thursday, 3 January 2013

Segmen Random Fact By Pyqah

Pagi-pagi makan roti,
Sambil itu minum air teh,
Satu segmen datang lagi,
Sudah dijemput join sajalah.
Ikan kelisa ikan keli,
Dibuat masak gulai kari,
Segmen pertama Shafiqah Rozi,
Marilah meriahkan beramai-ramai.
Segmen ni senang je. Syaratnya pun mudah lagi tidak menyusahkan. Segmen ni dia suruh tulis pasal diri korang. Tak kisahlah banyak mana pun. Walaupun hadiahnya cuma di review dan di follow oleh Shafiqah Rozi , tetapi ia tetap bermakna bagi blogger baru seperti saya. Korang joinlah ramai-ramai sebab ni first segmen tau dia buat. Mesti kena saling sokong-menyokong. Tanpa membuang masa baik saya mulakan sebab masa ni mencemburui saya.
  1. Seorang budak perempuan
  2. Berumur 14 tahun.
  3. Lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  4.  Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang.
  5. Seorang budak yang penakut.
  6. Suka warna purple.
  7. Suka makanan yang pedas.
  8. Sirap bandung,milo ais minuman kegemaran.
  9.  Seorang gadis yang terlalu pemalu.
  10. Tidak bergaul dengan budak lelaki.
  11. Suka diam di sekolah.
  12. Minat kawad kaki.
  13. Boleh masuk lumba lari tapi belum tentu menang.
  14. Mempuyai adik yang comel.
  15. Tak suka sarapan.
  16. Tak boleh berpisah dengan ibu.
  17. Kadang2 mempunyai sifat was-was yang melampau.
  18. Buat kerja ikut mood.
  19. Benda pertama yang dilayan bila buka komputer ialah blog.
  20. Bila korang dah kenal saya pasti korang terkejut dengan perangai saya yang terlalu peramah.
  21. Bila budak lelaki tegur seperti cakap hi ataupun panggil nama saya tiba-tiba seluruh badan saya ni kaku dan otak saya ni tak tahu nak response macam mana.
  22. Bila jalan saya pandang ke bawah sebab malu.
  23. Teringin nak naik roller coaster dan flying fox.
  24. Geli dengan ular.
  25. Takut dengan semua ulat dan serangga.
  26. Tak tahu berenang.
  27. Sekepala dengan kakak.
  28. Saya hanya bergaul dengan orang yang saya rapat sahaja.
  29. Suka cakap depan cermin.
  30. Duduk sorang2 berangan.
  31. Apa yang saya bayangkan selalunya tak terjadi.
  32. Tidak suka dengan orang yang suka mengumpat dan belagak.
  33. Selalu berangan saya akan dihargai.
  34. Teringin sangat cakap English berhabuk.
  35. Suka tengok kartun yang santai.
  36. Minat kelab bola sepak negeri sembilan.
  37. Penjaga gol Farizal Marlias.
  38. Tak suka bila ada kerja sekolah yang memerlukan presentation*malu*
  39. Tak suka pergi majlis atau pesta atau pasar yang orangnya macam semut hurung gula. Terlalu ramai. Benci.
  40. Tidak yakin yang saya boleh bercakap di hadapan kelas.
  41. Cuba untuk minat dan memahami semua mata pelajaran yang saya belajar.
  42. Kadang2 grammar salah, kadang2 betul.
  43. Ada tak orang nak hadiahkan saya sejambak bunga? Teringin sangat.
  44. Minat tengok jam pasir yang berwarna-warni.
  45. Suka perhatikan gelagat orang lain.
  46. Pandai main bola jaring, bola baling dan badminton.
  47. Minat baca novel yang santai. Kalau novel cinta tu baca sinopsisnya dulu.
  48. Suka mendaki gunung.
  49. Makan ayam tiap2 hari.
  50. Tak makan ikan kecuali ikan bilis.
Banyak tak? Saya yakin korang tak baca semua tu. Mesti korang lompat kangaroo kan? Takpelah tapi yang penting korang join jelah segmen ni. Tau............

Klik sini--------> budak comel.

♥Assalamualaikum, salam sayang daripada Ain Ika♥

2 comments:

Terima kasih sudi komen ;)