Thursday, 24 January 2013

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum semua,

                                             
                                        -WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH-

Korang mesti dah tahu kan saya update pasal apa? Ya, pandai. Pasal maulidur rasul. Saya nak kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat tentang rasulullah.

NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim.
KETURUNAN: Quraisy
TARIKH LAHIR: 12 Rabiulawal Tahun Gajah / 20 April 570 Masihi / Hari Isnin. Baginda lahir dalam      
                             keadaan yatim.
IBU SUSUAN: Suwaibah al Islamiah dan Halimatus Saadiah.
DIPELIHARA OLEH: Ibunya (umur 5 tahun), datuknya ( umur 6 tahun), bapa saudaranya (umur 8 tahun).
BERKAHWIN DENGAN: Saidatina Khadijah ketika berumur 40 tahun.
MENJADI RASUL:  Ketika berumur 40 tahun.
KEWAFATAN: Wafat di Madinah ketika berumur 63 tahun pada hari Isnin.
SIFAT TERPUJI: Amanah, pemaaf, menepati janji, sabar, pemurah, suka memberi pertolongan.

Banyak keajaiban yang berlaku sebelum, semasa dan sesudah  kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya:

1. Malaikat memberitahu
2. Wajah ibu bapa bercahaya
3. Semua makhluk berkata
4. Mimpi menakjubkan
5. Cahaya terpancar
6. Diselimuti awan
7. Bersih tanpa darah
8. Telah terputus
9. Kehanuran tentera bergajah
10. Musnahnya berhala
11. Runtuhnya istana Kisra
12. Padamnya api sembahan
13. Semua gereja Sanrah roboh
14. Lenyapnya tasik Sava
15. Berakhirnya pengetahuan ghaib
16. Rahmat seluruh alam
17. Malaikat membelah dada

Kalau hendak tahu lebih lanjut tentang setiap peristiwa ini boleh baca di sini. Nabi Muhammad ialah penutup segala nabi. Baginda tetap menyampaikan dakwah walaupun banyak ancaman dan cabaran yang dihadapi. Antaranya:

1. Rumah rasulullah dibaling dengan tahi unta.
2. Abu Jahal cuba menghempas batu besar ketika nabi solat di masjidilharam.
3. Leher rasulullah pernah dijerut dengan serban.
4. Rasulullah pernah dikelilingi oleh orang kafir, diludah dan didustakan kerasulannya.
5. Rasulullah ditawarkan dengan pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya.

Rasulullah amat cintakan umatnya. Buktinya:

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Jika hendak tahu lebih lanjut pasal kisah kewafatan nabi Muhammad boleh baca di sini. Rasulullah cintakan umatnya. Kita juga perlu lahirkan rasa rindi dan cinta kita kepada nabi Muhammad dengan berselawat kepada baginda.


                                    

                                   TERIMA KASIH YA ALLAH.
Assalamualaikum.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)