Friday, 11 January 2013

Ini Cerita Budak Sekolah

 

Salam Jumaat......

Semenjak dua menjak ni asyik join segment or GA je kan? Bila lagi nak kongsi pasal kehidupan sekolah.. Jadi hari ni saya mengambil kesempatan untuk cerita.. Dengar ya, dengar *cara Jarjit dalam Upin&Ipin cakap*

Setakat ni saya ada join dua aktiviti. Biar saya ceritakan. Dimulakan dulu dengan PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH. Pandu puteri tau. Ni dari tahun lepas dah join. Tahun lepas dah sampai peringkat negeri buat julung kalinya. *Yay,tepuk tangan semua* Peringkat sekolah no. 3 tapi disebabkan kamidapat kalahkan PPI, kitorang  dapatlah pergi peringkat daerah. Peringkat daerah paling best. Ketua platun terbaik ( L&P) dan Johan peringkat daerah kategori NGO (L&P) semua anugerah tu Sekolah Tinggi Kluang yang dapat. Bestlah. Dapat kaut semua anugerah. Peringkat negeri je yang macam erk....sikit. No.5. Apa2pun kitorang dah usaha yang terbaik. Jadi apalagi ?tahun ni mestilah kitorang nak kekalkan. Latihan bermula Jumaat depan. Bersedia untuk menghadapi kelenguhan kaki.

Yang kedua, kawan saya masukkan nama saya dalam senarai pemain bola jaring. Liga bola jaring ni lawan dengan kelas lain je.....Saya memang minat sangat bola jaring tapi tak berpeluang nak wakil sekolah. Ops, maaf ada pembetulan,                      >sebenarnya berpeluang cuma diri sendiri yang menutup peluang itu. Kenapa Ainur? Peluang dah terbuka.....kenapa pulak ditutup dengan kain hitam? Nak tahu  sebabnya? Cuma satu je sebabnya iaitu JURULATIH BOLA JARING TERLALU GARANG!!!!!!!!!!!!. Ok, tipu... mungkin saya patut buang perkataan 'terlalu' itu. Saya tahu garang itu bagus. Ia bagus kerana anak murid lebih mendengar kata dan berdisiplin. Tapi sepatutnya garang itu ditukar kepada TEGAS. Ya, itu lebih baik. Dan tidak sepatutnya cikgu garang dengan saya..... Saya kan budak baik.

Nak cerita pasal hari ni pulak. Har ni belajar BM. Cikgu BM ni seronok sebab suka bergurau dan kenakan orang. Cikgu kata kitorang suci sebab selalu terkena. Pagi tadi cikgu masuk macam biasa:

CIKGU: Dukacita dimaklumkan bahawa.......saya dah tak mengajar di kelas ni lagi. Kamu semua akan ditukarkan dengan cikgu lain.
MURID: *terkejut* Betul ke cikgu? Kenapa?
GIRL M: *cakap dengan boy S* Please don't say cikgu ****** or cikgu *******.
GIRL J: Ala, cikgu. siapa yang ganti cikgu?
GIRL *: Kenapa cikgu tak ajar lagi?
CIKGU: Kamu semua kan suka kalau cikgu tak ajar. Cikgu kan garang.
MURID: Mana ada cikgu. Cikgu bestlah.......
CIKGU: *tersenyum* Tak delah, cikgu gurau je...nak tengok korang suka ke tak? Mesti korang sukakan bila cikgu tak de?
MURID: Mana ada...
CIKGU: Jangan nak tipu... kalau ada orang beritahu " Ok, harini cikgu BM tak masuk " Mesti semua tepuk tangan kan? Semua macam tu.....

Ceh, gurau je....Lepas waktu BM ada hari bertemu pelanggan untuk tahun lepas. Macam biasalh cikgu komen tentang saya ni pendiam dalam kelas. Cuma satu je komen yang buat pertama sekali saya dengar. Nak tahu? Cikgu cakap saya ni lebih cenerung dalam bidang bahasa. Mungkin sebab BM & BI markah bagus sikit kot. Biarlah saya beritahu korang result saya. Tapi saya beritahu A je tau. Hihihihihi. Dapat 2 ketul A. Pendidikan Islam ( 98%) dan Bahasa Melayu ( 84%).

Oklah, panjang lebar pulak entry kali ni. Tahniah kepada yang berjaya baca sampai habis.

♥Assalamualaikum....♥

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)