Monday, 14 January 2013

Ini Cerita Budak Sekolah #2


♥Baca sini dulu !!!!!♥

Hari ni ada benda menarik tau berlaku kat sekolah. Sebab tu saya buat entri ni lagi. Tajuk Ini Ceria Budak Sekolah ni khas untuk apa yang terjadi kat sekolah.

Hari ni kan hari Isnin minggu ke-3 jadi semua murid pakai baju uniform masing2. Saya badan beruniform pandu puteri. *siapa sama angkat lidah!!!! Hehehehe. Dah turunkan lidah.* Tadi ada perlantikan unit koko ataupun skuad ungu. Lepas tu diorang ada buat gimik *betul ke eja ni?*. Nak tahu apa gimik diorang? Ada helikopter mainan terbang, lepas tu helikopter tu jatuh terhempas. Gedebush... Then, ada muzik macam saspen dan ada 4 orang ahli skuad ungu keluar dari kereta dan posing ala2 catwalk. Tujuan dia posing bagai tu adalah nak tunjuk dan merasmikan baju batik untuk skuad ungu . Pakai tiap hari khamis minggu ke-3.

Lepas tu, pengetua umumkan ada dua orang guru baru. Seorang guru India dan seorang guru Melayu. Cikgu Melayu tu saya ingat cikgu untuk ajar Agama Islam rupa-rupanya cikgu untuk ajar............bahasa........... JEPUN. Serious, terkejut. Macam sekolah asrama penuh je nak belajar bahasa asing. Tapi, bahasa Jepun tu untuk budak form 1 tahun ni..... Jadi ramailah yang mengeluh.... 

Yang saya pelik kenapa ramai yang nak sangat belajar bahasa JEPUN? Apa hebatnya? Sampai terpengaruh sekali dalam percakapan. Bila jumpa ngan kawan2 cakap hi dalam bahasa Jepun. Ok, tak pelah fardhu kifayah. Kita orang Islam kena bersaing dengan bangsa dan agama lain supaya tak ketinggalan. Korang boleh belajar bahasa Jepun, Itali, Korea atau apa bahsa asing sekali pun.

Tapi janganlah ketepikan bahasa Al-Quran, iaitu bahasa arab. Contoh, kat sekolah agama ada belajar bahasa arab. Semua orang mengeluh, kata susah. Habis tu, bahasa Jepun tu x susah ke? Kesimpulannya di sini, bila kita dah anggap bendatu susah jadi susahlah dia. Kita kena minat dulu benda tu barulah kita boleh kuasai. Saya pun anggap bahasa arab tu susah jadi keputusannya tak pernah dapat A selalu dapat C je....
-maaflah jika ada yang terasa, saya cakap berdasarkan apa yang saya fikir- 

Seterusnya, macam biasalah merentas desa pukul  3.30 petang macam tu..... kali ni x delah penat sangat cuma bila lari rasa macam perut bahagian kiri tu sakit sangat. Jadi, saya ngan kawan ambik keputusan jalan jelah tapi bukan jalan mak lenggang tapi jalan pantas. Sekali-sekala kalau ada mood larilah. *ceh,kalau ada mood*

Yang bersemangat nak lari budak laki je, berdesap-desup lari. Berangin..........dahsyat betul stamina diorang. Korang macam mana? 

1. Lari kencang
2. Berjogging
3. Berjalan pantas
4. Berjalan mak lenggang sambil merembeskan air liur ( berbual )

Kalau sudi cakaplah kat kotak komen tu....
Assalamualaikum.  
 

4 comments:

  1. kata2 satu doa....cth: mahalnya, mahal lah, eeee mahalll...lama kelamaan...rezeki kita juga mahal.... KATA2 SATU DOA...

    ReplyDelete
  2. Mentari minda: Betul,betul,betul

    ReplyDelete
  3. Fatin sh: Belajarlah...best jugak tu. Tambahkan pengetahuan bahasa. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)