Sunday, 20 January 2013

Cemburu Terhadap kawan?

Assalamualaikum,

                                               
                                                             *ambik dari sini *

Awak semua mesti pernah ada rasa cemburu kan? Cemburu pada pasangan,kawan ataupun orang yang lebih bagus daripada kita.

Saya pun pernah terlibat dengan perasaan cemburu ni....cemburu terhadap salah seorang kawan saya. Dia tak banyak cakap seperti saya tapi kenapa orang lebih cepat mesra ngan dia? Sikit2 dia, sikit2 dia. Sampaikan semua benda yang dia buat saya jealous. Tak tahu kenapa.....Syaitan berjaya perangkap saya dengan perasaan tu. Tapi sekarang perasaan itu dah berunsur hilang sikit demi sikit.

Nak tahu macammana saya hilangkan perasaan ni? Bila nampak dia je saya mula cemburu tapi cepat2 saya istighfar banyak2. Lama-kelamaan perasaan tu dah hilang. Saya berfikiran positif. Semua orang ada kelemahan masing2. Kalau saya asyik jealous ngan dia semua benda yang saya buat tak akan menjadi sampaikan kelebihan pada saya pun saya x sedar. Asyik fikirkan kelemahan diri. Kalau macam tu sampai bila pun x berjaya.

Kalau anda pun ada sifat cemburu tu cepat2 lah beristighfar. Ingat Allah. Perasaan cemburu ni bahaya. Ada yang sampai ke tahap  pertumpahan darah. Hidup x pernah tenang. Janganlah kita ada perasaan cemburu yang mendalam terhadap kawan. Kita niat kita berkawan dengan dia kerana ALLAH bukan kerana kepentingan sendiri.

Kita kena kawal perasaan cemburu. Kalau kita tak kawal perasaan ni akan mula melemaskan diri kita. Cemburu ni umpama penyakit. Penyakit hati. Kita kena cari ubat untuk penyakit ini. Kalau boleh carilah orang yang boleh dipercayai dan luahkan serta minta pendapat dia. Jangan pulak jadi ego. Orang dah bagi nasihat tak nak dengar.

Lepas tu,korang tengok depan cermin. Tanya diri sendiri kenapa mesti cemburu dengan dia? Think positive. Fikirkan kelebihan kita dan dia. Mesti x sama kan? Sebab kelebihan kita tak semestinya dia ada. Jalan terakhir, bagi yang Islam luahkan apa yang kita rasa pada pencipta kita, ALLAH. Mesti lagi tenang.

Itu sahajalah untuk hari ni. Harap berguna untuk anda. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. cemburu selalu membawa padah. saye selalu cemburu tak tentu pasal. yg pentingnya, kena bersyukur dgn ape yg ada, mesti kurang rasa cemburu :)

    ReplyDelete
  2. mcm mn plak klu kta trasa aty ngn dia setiap kli tgk dia rpat ngn 0rg lain??

    ReplyDelete
  3. Hanida Moss: Betul tu, saya setuju!

    ReplyDelete
  4. Miera: Ni mesti persahabatan tiga segi kan? Cubalah cakap ngan orang tu bahawa awak terasa hati kalau dia rpt ngan orang lain dan pinggirkan awak. Ataupun kalau tak berani, munculkanlah diri awak bila awak lihat dia ngan orang lain. Jangan tunggu dia je datang kat awak. :)

    ReplyDelete
  5. Haaa.. Ni mesti kes jeles ngan kita ni.. hewhew.. ayiokk..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)