Monday, 28 January 2013

Freebies Header Muslimah

Assalamualaikum semua,

Hari ni dengan baik hatinya saya nak bagi korang header percuma. Saya tahu saya buat x cantik tapi x salahkan kalau nak cuba? Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya persembahkan header buruk saya. Tadaaa......


http://2.bp.blogspot.com/-PxPWs0o0Yu8/UQXzH7ElpEI/AAAAAAAAAEg/TvDg0ALGbaw/s400/C.png

http://3.bp.blogspot.com/-kagFQepnH6U/UQXzp3tA9aI/AAAAAAAAAEo/hBcxvpXyxME/s400/CANTIK.png

http://3.bp.blogspot.com/-hjIocrIPh60/UQXz9nxWMnI/AAAAAAAAAEw/wUSysVolbMA/s400/HEADER+MUSLIMAH.png

http://1.bp.blogspot.com/-ufZcOrpysGo/UQX0SY3OJDI/AAAAAAAAAE4/Zr3lztbIe7k/s400/HEADER.png

Ini sahajalah headernya. Sebenarnya saya buat header ni masa saya baru masuk ke dunia blog. Sebab tulah buruk. Saya belajar buat header ni daripada tutorial akak Lyssa. Kalau nk belajar jugak boleh pergi ke sini ------> CLICK

Itu sahaja untuk hari ini. Assalamualaikum.

                             


       

Saturday, 26 January 2013

#3 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan

Assalamualaikum semua,


Gambar hiasan. Corak/jenis/warna hadiah mungkin berlainan

Syarat-syarat
  • Pastikan korang follow blog ini
  • Follow blog sponsor Mun Violettaxious dan Cik Fie
  • Bagi yang ada twitter/fb follow twitter ini dan like page ini
  • Tinggalkan link blog korang dikotak komen!
  • Siapa yang nak buat entri boleh , korang akan mendapat 2 cabutan bertuah nanti

Tarikh Tamat
27 Januari 2013 , 11.59 Malam
Pemenang Akan Diumumkan Pada
28 ATAU 29 Januari 2013
Hadiah Untuk Giveaway Day Challenge #3
Cute ribbon
Bloglist selama sebulan
Topup RM5
Jumlah Pemenang
5 Orang (Cabutan Bertuah)
Silakan join GA ini. Kalau nok join klik sini------->CLICK

Friday, 25 January 2013

First Ever Giveaway By I & A

Assalamualaikum kepada semua,


                                     
                                         * klik di sini untuk terbang merebut hadiah*

Saya kena tag untuk segmen ni. Jadi kenalah join. Terima kasih awak sebab tag saya. Ok, segmen ni ada lebih 40 hadiah untuk dimenangi. Wow, banyaknya.

Syarat-syarat:

* Follow blog ini, ini
* Like page ini, ini
* Add friend ini
* Follow twitter ini *wajib bagi yang ada*(akan difollow balik)
* Follow add like semua sponsor wajib!
* Buat satu entry bertajuk ' First Ever Giveaway By I & A '
* Letak banner dan backlinkkan ke blog ini
* Tag sekurang-kurangnya 3 blogger dan pastikan mereka tahu.
* Tinggalkan link entry korang kat kotak komen ini
* Silakan like,add, follow sponsor ini di sini ---------> Purplelicious

Pemilihan pemenang:

* Random.org
* Top refferral

Berakhir 15/20 Februari 2013

Saya nak tag:

* Alya Humaira'
* I'm an astronout
* Nabila Medan
* Fazlina Humaira

Thursday, 24 January 2013

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum semua,

                                             
                                        -WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH-

Korang mesti dah tahu kan saya update pasal apa? Ya, pandai. Pasal maulidur rasul. Saya nak kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat tentang rasulullah.

NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim.
KETURUNAN: Quraisy
TARIKH LAHIR: 12 Rabiulawal Tahun Gajah / 20 April 570 Masihi / Hari Isnin. Baginda lahir dalam      
                             keadaan yatim.
IBU SUSUAN: Suwaibah al Islamiah dan Halimatus Saadiah.
DIPELIHARA OLEH: Ibunya (umur 5 tahun), datuknya ( umur 6 tahun), bapa saudaranya (umur 8 tahun).
BERKAHWIN DENGAN: Saidatina Khadijah ketika berumur 40 tahun.
MENJADI RASUL:  Ketika berumur 40 tahun.
KEWAFATAN: Wafat di Madinah ketika berumur 63 tahun pada hari Isnin.
SIFAT TERPUJI: Amanah, pemaaf, menepati janji, sabar, pemurah, suka memberi pertolongan.

Banyak keajaiban yang berlaku sebelum, semasa dan sesudah  kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya:

1. Malaikat memberitahu
2. Wajah ibu bapa bercahaya
3. Semua makhluk berkata
4. Mimpi menakjubkan
5. Cahaya terpancar
6. Diselimuti awan
7. Bersih tanpa darah
8. Telah terputus
9. Kehanuran tentera bergajah
10. Musnahnya berhala
11. Runtuhnya istana Kisra
12. Padamnya api sembahan
13. Semua gereja Sanrah roboh
14. Lenyapnya tasik Sava
15. Berakhirnya pengetahuan ghaib
16. Rahmat seluruh alam
17. Malaikat membelah dada

Kalau hendak tahu lebih lanjut tentang setiap peristiwa ini boleh baca di sini. Nabi Muhammad ialah penutup segala nabi. Baginda tetap menyampaikan dakwah walaupun banyak ancaman dan cabaran yang dihadapi. Antaranya:

1. Rumah rasulullah dibaling dengan tahi unta.
2. Abu Jahal cuba menghempas batu besar ketika nabi solat di masjidilharam.
3. Leher rasulullah pernah dijerut dengan serban.
4. Rasulullah pernah dikelilingi oleh orang kafir, diludah dan didustakan kerasulannya.
5. Rasulullah ditawarkan dengan pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya.

Rasulullah amat cintakan umatnya. Buktinya:

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Jika hendak tahu lebih lanjut pasal kisah kewafatan nabi Muhammad boleh baca di sini. Rasulullah cintakan umatnya. Kita juga perlu lahirkan rasa rindi dan cinta kita kepada nabi Muhammad dengan berselawat kepada baginda.


                                    

                                   TERIMA KASIH YA ALLAH.
Assalamualaikum.





Sunday, 20 January 2013

Cemburu Terhadap kawan?

Assalamualaikum,

                                               
                                                             *ambik dari sini *

Awak semua mesti pernah ada rasa cemburu kan? Cemburu pada pasangan,kawan ataupun orang yang lebih bagus daripada kita.

Saya pun pernah terlibat dengan perasaan cemburu ni....cemburu terhadap salah seorang kawan saya. Dia tak banyak cakap seperti saya tapi kenapa orang lebih cepat mesra ngan dia? Sikit2 dia, sikit2 dia. Sampaikan semua benda yang dia buat saya jealous. Tak tahu kenapa.....Syaitan berjaya perangkap saya dengan perasaan tu. Tapi sekarang perasaan itu dah berunsur hilang sikit demi sikit.

Nak tahu macammana saya hilangkan perasaan ni? Bila nampak dia je saya mula cemburu tapi cepat2 saya istighfar banyak2. Lama-kelamaan perasaan tu dah hilang. Saya berfikiran positif. Semua orang ada kelemahan masing2. Kalau saya asyik jealous ngan dia semua benda yang saya buat tak akan menjadi sampaikan kelebihan pada saya pun saya x sedar. Asyik fikirkan kelemahan diri. Kalau macam tu sampai bila pun x berjaya.

Kalau anda pun ada sifat cemburu tu cepat2 lah beristighfar. Ingat Allah. Perasaan cemburu ni bahaya. Ada yang sampai ke tahap  pertumpahan darah. Hidup x pernah tenang. Janganlah kita ada perasaan cemburu yang mendalam terhadap kawan. Kita niat kita berkawan dengan dia kerana ALLAH bukan kerana kepentingan sendiri.

Kita kena kawal perasaan cemburu. Kalau kita tak kawal perasaan ni akan mula melemaskan diri kita. Cemburu ni umpama penyakit. Penyakit hati. Kita kena cari ubat untuk penyakit ini. Kalau boleh carilah orang yang boleh dipercayai dan luahkan serta minta pendapat dia. Jangan pulak jadi ego. Orang dah bagi nasihat tak nak dengar.

Lepas tu,korang tengok depan cermin. Tanya diri sendiri kenapa mesti cemburu dengan dia? Think positive. Fikirkan kelebihan kita dan dia. Mesti x sama kan? Sebab kelebihan kita tak semestinya dia ada. Jalan terakhir, bagi yang Islam luahkan apa yang kita rasa pada pencipta kita, ALLAH. Mesti lagi tenang.

Itu sahajalah untuk hari ni. Harap berguna untuk anda. Assalamualaikum.

Saturday, 19 January 2013

#1 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan

 Assalamualaikum................

                             
                                                                  *cantiknya*

Comelkan hadiah tu? Saya suka..... Pemenang akan diumumkan pada 21 atau 22 Januari 2013... Hanay seorang je pemenang itupun melalui cabutan bertuah.... Setakat ni, saya x pernah bernasib baik dalam cabutan bertuah..Sedihnyaa..........X pelah.....

Korang kalau dah baca kena join.....hahaha

Monday, 14 January 2013

Ini Cerita Budak Sekolah #2


♥Baca sini dulu !!!!!♥

Hari ni ada benda menarik tau berlaku kat sekolah. Sebab tu saya buat entri ni lagi. Tajuk Ini Ceria Budak Sekolah ni khas untuk apa yang terjadi kat sekolah.

Hari ni kan hari Isnin minggu ke-3 jadi semua murid pakai baju uniform masing2. Saya badan beruniform pandu puteri. *siapa sama angkat lidah!!!! Hehehehe. Dah turunkan lidah.* Tadi ada perlantikan unit koko ataupun skuad ungu. Lepas tu diorang ada buat gimik *betul ke eja ni?*. Nak tahu apa gimik diorang? Ada helikopter mainan terbang, lepas tu helikopter tu jatuh terhempas. Gedebush... Then, ada muzik macam saspen dan ada 4 orang ahli skuad ungu keluar dari kereta dan posing ala2 catwalk. Tujuan dia posing bagai tu adalah nak tunjuk dan merasmikan baju batik untuk skuad ungu . Pakai tiap hari khamis minggu ke-3.

Lepas tu, pengetua umumkan ada dua orang guru baru. Seorang guru India dan seorang guru Melayu. Cikgu Melayu tu saya ingat cikgu untuk ajar Agama Islam rupa-rupanya cikgu untuk ajar............bahasa........... JEPUN. Serious, terkejut. Macam sekolah asrama penuh je nak belajar bahasa asing. Tapi, bahasa Jepun tu untuk budak form 1 tahun ni..... Jadi ramailah yang mengeluh.... 

Yang saya pelik kenapa ramai yang nak sangat belajar bahasa JEPUN? Apa hebatnya? Sampai terpengaruh sekali dalam percakapan. Bila jumpa ngan kawan2 cakap hi dalam bahasa Jepun. Ok, tak pelah fardhu kifayah. Kita orang Islam kena bersaing dengan bangsa dan agama lain supaya tak ketinggalan. Korang boleh belajar bahasa Jepun, Itali, Korea atau apa bahsa asing sekali pun.

Tapi janganlah ketepikan bahasa Al-Quran, iaitu bahasa arab. Contoh, kat sekolah agama ada belajar bahasa arab. Semua orang mengeluh, kata susah. Habis tu, bahasa Jepun tu x susah ke? Kesimpulannya di sini, bila kita dah anggap bendatu susah jadi susahlah dia. Kita kena minat dulu benda tu barulah kita boleh kuasai. Saya pun anggap bahasa arab tu susah jadi keputusannya tak pernah dapat A selalu dapat C je....
-maaflah jika ada yang terasa, saya cakap berdasarkan apa yang saya fikir- 

Seterusnya, macam biasalah merentas desa pukul  3.30 petang macam tu..... kali ni x delah penat sangat cuma bila lari rasa macam perut bahagian kiri tu sakit sangat. Jadi, saya ngan kawan ambik keputusan jalan jelah tapi bukan jalan mak lenggang tapi jalan pantas. Sekali-sekala kalau ada mood larilah. *ceh,kalau ada mood*

Yang bersemangat nak lari budak laki je, berdesap-desup lari. Berangin..........dahsyat betul stamina diorang. Korang macam mana? 

1. Lari kencang
2. Berjogging
3. Berjalan pantas
4. Berjalan mak lenggang sambil merembeskan air liur ( berbual )

Kalau sudi cakaplah kat kotak komen tu....
Assalamualaikum.  
 

Friday, 11 January 2013

Ini Cerita Budak Sekolah

 

Salam Jumaat......

Semenjak dua menjak ni asyik join segment or GA je kan? Bila lagi nak kongsi pasal kehidupan sekolah.. Jadi hari ni saya mengambil kesempatan untuk cerita.. Dengar ya, dengar *cara Jarjit dalam Upin&Ipin cakap*

Setakat ni saya ada join dua aktiviti. Biar saya ceritakan. Dimulakan dulu dengan PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH. Pandu puteri tau. Ni dari tahun lepas dah join. Tahun lepas dah sampai peringkat negeri buat julung kalinya. *Yay,tepuk tangan semua* Peringkat sekolah no. 3 tapi disebabkan kamidapat kalahkan PPI, kitorang  dapatlah pergi peringkat daerah. Peringkat daerah paling best. Ketua platun terbaik ( L&P) dan Johan peringkat daerah kategori NGO (L&P) semua anugerah tu Sekolah Tinggi Kluang yang dapat. Bestlah. Dapat kaut semua anugerah. Peringkat negeri je yang macam erk....sikit. No.5. Apa2pun kitorang dah usaha yang terbaik. Jadi apalagi ?tahun ni mestilah kitorang nak kekalkan. Latihan bermula Jumaat depan. Bersedia untuk menghadapi kelenguhan kaki.

Yang kedua, kawan saya masukkan nama saya dalam senarai pemain bola jaring. Liga bola jaring ni lawan dengan kelas lain je.....Saya memang minat sangat bola jaring tapi tak berpeluang nak wakil sekolah. Ops, maaf ada pembetulan,                      >sebenarnya berpeluang cuma diri sendiri yang menutup peluang itu. Kenapa Ainur? Peluang dah terbuka.....kenapa pulak ditutup dengan kain hitam? Nak tahu  sebabnya? Cuma satu je sebabnya iaitu JURULATIH BOLA JARING TERLALU GARANG!!!!!!!!!!!!. Ok, tipu... mungkin saya patut buang perkataan 'terlalu' itu. Saya tahu garang itu bagus. Ia bagus kerana anak murid lebih mendengar kata dan berdisiplin. Tapi sepatutnya garang itu ditukar kepada TEGAS. Ya, itu lebih baik. Dan tidak sepatutnya cikgu garang dengan saya..... Saya kan budak baik.

Nak cerita pasal hari ni pulak. Har ni belajar BM. Cikgu BM ni seronok sebab suka bergurau dan kenakan orang. Cikgu kata kitorang suci sebab selalu terkena. Pagi tadi cikgu masuk macam biasa:

CIKGU: Dukacita dimaklumkan bahawa.......saya dah tak mengajar di kelas ni lagi. Kamu semua akan ditukarkan dengan cikgu lain.
MURID: *terkejut* Betul ke cikgu? Kenapa?
GIRL M: *cakap dengan boy S* Please don't say cikgu ****** or cikgu *******.
GIRL J: Ala, cikgu. siapa yang ganti cikgu?
GIRL *: Kenapa cikgu tak ajar lagi?
CIKGU: Kamu semua kan suka kalau cikgu tak ajar. Cikgu kan garang.
MURID: Mana ada cikgu. Cikgu bestlah.......
CIKGU: *tersenyum* Tak delah, cikgu gurau je...nak tengok korang suka ke tak? Mesti korang sukakan bila cikgu tak de?
MURID: Mana ada...
CIKGU: Jangan nak tipu... kalau ada orang beritahu " Ok, harini cikgu BM tak masuk " Mesti semua tepuk tangan kan? Semua macam tu.....

Ceh, gurau je....Lepas waktu BM ada hari bertemu pelanggan untuk tahun lepas. Macam biasalh cikgu komen tentang saya ni pendiam dalam kelas. Cuma satu je komen yang buat pertama sekali saya dengar. Nak tahu? Cikgu cakap saya ni lebih cenerung dalam bidang bahasa. Mungkin sebab BM & BI markah bagus sikit kot. Biarlah saya beritahu korang result saya. Tapi saya beritahu A je tau. Hihihihihi. Dapat 2 ketul A. Pendidikan Islam ( 98%) dan Bahasa Melayu ( 84%).

Oklah, panjang lebar pulak entry kali ni. Tahniah kepada yang berjaya baca sampai habis.

♥Assalamualaikum....♥

Thursday, 10 January 2013

Review Blog Bertuah



Fuh, dah lama x update. Maklumlah dah mula sekolah. Macam2 aktiviti ada. Nanti saya ceritakan. Kalau korang tengok betul2 berderet-deretkan saya join segmen? Rasa macam seronok pulak join segmen... Kali ni saya join segmen review blog. Maksudnya setiap peserta akan direview blog mereka oleh dia.

Saya suka orang review blog saya. Saya boleh tahu apa yang kureng kat blog saya. Jadi saya boleh perbaikinya. Jangan jadi orang sombong, perasan hebat padahal hem.........* tak tahu nak cakap apa*.

Kalau awak semua nak join, joinlah. seronok tau bila ada orang komen pasal blog kita. Rasa femous ada....*gurau* Tunggu apa lagi? Kliklah banner yang telah ditempek tu....Tak nak? Report kat penganjur segmen ni.....*ugut-ugut*

Assalamualaikum........

Saturday, 5 January 2013

Segment: Pencarian Bloglist Owhsem

*click the cute banner if you want to join*
WHY I LIKE BLOGGING?
I have so many reasons why I like blogging..... Let me tell.
1.  I can share my  opinion about our country or lesson. I'm embrrassed to talk face to face so I use this blog to tell my opinion. You can read it, and you can share it.
2. I know so many people use this reason. Same with me too. I expressed all my feelings in this blog. Especially when I'm happy. This the second blog for me to express my feeling. First place is definitelay ALLAH.
3. I really, really, really love to read all kind of books. As the book must be purchased with money, then I choose to read on the Internet. I like to also read the life stories of others. I can make it as a lesson of my life. Other bloggers also like to give a tour of the world. So I do not have difficult to find books. Just need to create a blog and follow the blog useful for me.
4. Through the blog, I can also get to know other bloggers. I can address them through the chatbox or shoutbox. If I come face to face with them, not certain that I will greet this because I am a shy person.
5. I can also help myself to improve weaknesses in writing essays. Even more so in English. Insya-Allah, I am determined I will write at least one entry in English every month.
6. Finally, I had the opportunity to win prizes by participating in the segment or contest organized by other bloggers. Chance to get a prize is wide.
7. Another one, I can use my creativity to design this blog. It help me when PSV......errr.........maybe.
Sorry if this entry as essay writing to be sent to the teacher. I will try to write english essay more relaxed. Only then there are people who want to read. Sorry again if there are too many grammatical errors in this post. I need more training to improve my English.
 I want to tag:
* Shekechik
* Gadis Lollipop
* Celoteh Ibu Amirul
* Alya Humaira
* Dyssa Sahhir
 Assalamualaikum..........

Thursday, 3 January 2013

Segmen Random Fact By Pyqah

Pagi-pagi makan roti,
Sambil itu minum air teh,
Satu segmen datang lagi,
Sudah dijemput join sajalah.
Ikan kelisa ikan keli,
Dibuat masak gulai kari,
Segmen pertama Shafiqah Rozi,
Marilah meriahkan beramai-ramai.
Segmen ni senang je. Syaratnya pun mudah lagi tidak menyusahkan. Segmen ni dia suruh tulis pasal diri korang. Tak kisahlah banyak mana pun. Walaupun hadiahnya cuma di review dan di follow oleh Shafiqah Rozi , tetapi ia tetap bermakna bagi blogger baru seperti saya. Korang joinlah ramai-ramai sebab ni first segmen tau dia buat. Mesti kena saling sokong-menyokong. Tanpa membuang masa baik saya mulakan sebab masa ni mencemburui saya.
  1. Seorang budak perempuan
  2. Berumur 14 tahun.
  3. Lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  4.  Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang.
  5. Seorang budak yang penakut.
  6. Suka warna purple.
  7. Suka makanan yang pedas.
  8. Sirap bandung,milo ais minuman kegemaran.
  9.  Seorang gadis yang terlalu pemalu.
  10. Tidak bergaul dengan budak lelaki.
  11. Suka diam di sekolah.
  12. Minat kawad kaki.
  13. Boleh masuk lumba lari tapi belum tentu menang.
  14. Mempuyai adik yang comel.
  15. Tak suka sarapan.
  16. Tak boleh berpisah dengan ibu.
  17. Kadang2 mempunyai sifat was-was yang melampau.
  18. Buat kerja ikut mood.
  19. Benda pertama yang dilayan bila buka komputer ialah blog.
  20. Bila korang dah kenal saya pasti korang terkejut dengan perangai saya yang terlalu peramah.
  21. Bila budak lelaki tegur seperti cakap hi ataupun panggil nama saya tiba-tiba seluruh badan saya ni kaku dan otak saya ni tak tahu nak response macam mana.
  22. Bila jalan saya pandang ke bawah sebab malu.
  23. Teringin nak naik roller coaster dan flying fox.
  24. Geli dengan ular.
  25. Takut dengan semua ulat dan serangga.
  26. Tak tahu berenang.
  27. Sekepala dengan kakak.
  28. Saya hanya bergaul dengan orang yang saya rapat sahaja.
  29. Suka cakap depan cermin.
  30. Duduk sorang2 berangan.
  31. Apa yang saya bayangkan selalunya tak terjadi.
  32. Tidak suka dengan orang yang suka mengumpat dan belagak.
  33. Selalu berangan saya akan dihargai.
  34. Teringin sangat cakap English berhabuk.
  35. Suka tengok kartun yang santai.
  36. Minat kelab bola sepak negeri sembilan.
  37. Penjaga gol Farizal Marlias.
  38. Tak suka bila ada kerja sekolah yang memerlukan presentation*malu*
  39. Tak suka pergi majlis atau pesta atau pasar yang orangnya macam semut hurung gula. Terlalu ramai. Benci.
  40. Tidak yakin yang saya boleh bercakap di hadapan kelas.
  41. Cuba untuk minat dan memahami semua mata pelajaran yang saya belajar.
  42. Kadang2 grammar salah, kadang2 betul.
  43. Ada tak orang nak hadiahkan saya sejambak bunga? Teringin sangat.
  44. Minat tengok jam pasir yang berwarna-warni.
  45. Suka perhatikan gelagat orang lain.
  46. Pandai main bola jaring, bola baling dan badminton.
  47. Minat baca novel yang santai. Kalau novel cinta tu baca sinopsisnya dulu.
  48. Suka mendaki gunung.
  49. Makan ayam tiap2 hari.
  50. Tak makan ikan kecuali ikan bilis.
Banyak tak? Saya yakin korang tak baca semua tu. Mesti korang lompat kangaroo kan? Takpelah tapi yang penting korang join jelah segmen ni. Tau............

Klik sini--------> budak comel.

♥Assalamualaikum, salam sayang daripada Ain Ika♥

Wednesday, 2 January 2013

Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli

*klik banner untuk join*
Hari ni saya nak join SEGMEN TAMBAH FOLLOWER AWAL TAHUN 2013 OLEH EMMYMAZLI. Setakat ni, saya dah join tiga segment. Banyak tak? Tapi belum tentu saya yang menang. Tak pelah join je semua segment bukannya kena bayar. Menang kalah itu  belakang kira.
Syarat-syarat penyertaan:-)
1~Follow blog Emmymzali ni.2~Buat 1 entry dan letakkan tajuk: Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli3~Letakkan Banner kat atas tu dalam entry anda dan linkkan ke entry segmen ini 4~Dalam entry anda tu nanti you all tulislah apa yang menarik tentang blog Emmymazli ni secara ikhlas.  Jika ada penambah baikan yang you all rasa Emmymazli perlu lakukan,  you all boleh bagi pandangan sekali dalam entry ni.  No heart feeling okeyy!! 5~Dah siap entry anda.... letakkan url entry anda kat ruangan komen blog ini.  Komen dalam shoutbox tak dikira tau....6~Tarikh tutup segmen ni pada 15 Januari 2013
Antara cara untuk meningkatkan followers ialah menyertai mana2 segments dan contest yang telah diadakan oleh para blogger yang lain. Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah dan pemilihan melalui www.random.org. *ni yang gementar ni pemilihan secara random. Alah....ibarat cabutan bertuah*

Saya ni masih baru dengan dunia blog ni. Jelingkan mata anda ke kanan. Ok, pandai. Nampak? Saya baru ada 23 followers( terima kasih ). Tapi nak buat macam mana......dah syarat dia suruh tulis pasal blog akak  
Emmymazli. 

Bismillahirrahmanirrahim........

  Blog Emmymazli  yang menggunakan tema pinkish ni dah cukup cantik. Tambahan pula headernya yang comel dan bergerak-gerak tu.....Saya cuma ada dua cadangan je untuk akak Emmymazli.
* Saya cadangkan akak letak scroll box untuk My story, Story di blog saya, Catatan popular dan Blogs I follow. Isi di dalam tu sungguh banyak dn panjang berjela. Kalau letak scroll box mungkin akan nampak lebih kemas dan cantik. 
* Cadangan saya yang kedua pula ialah agar akak buang satu widget yang ada kat bawah blog tu. Yang ada kartun perempuan bertudung dan hellokitty tu..... Isi yang ditulis kat kotak dialogue tu lebih kurang sama je.. Elok buang satu supaya blog nampak lebih luas dan dapat percepatkan loading.

Tarikh akhir pada 15 Januari 2013. 
Sekian, itu sahaja cadangan saya yang tak seberapa ni....Assalamualaikum.

    Senarai Hadiah |  Senarai Pemenang


Tuesday, 1 January 2013

Segmen Up Follower Dengan Sepantas Kilat II ♥


Segmen ini memang hebat, followers banyak hati senang. Korang nak tingkatkan followers? Mesti nakkan? Kalau nak mari sini datang dekat kita ramai2 join segmen ni. 

Syarat-syaratnya ialah :-)

1. Follow blog ini *jika belum dan follow twitter dia kalau ada*

2. Buat satu entry yang bertajuk seperti di entry yang saya buat ni. Tempek banner dan hantar link entry ke sini --------->SECRETS.

3. Letak caption ' BELOM COBA, BELOM TAW '.

Simple je kan?

Tapi korang mesti follow balik kalau ada orang mintak follow. Jangan tak follow, jangan buat muka seposen dan jangan nak sombong.

Apa lagi jomlah join. Peluang jangan dilepaskan. Jom klik banner dan lebamkan jari-jemari anda yang lembut itu untuk menulis entri.
BELOM COBA BELOM TAW