Friday, 7 December 2012

Today is.........

Korang....korang.... hari ni kan special tau. Ingat tak entry semalam tu? Ika kan dah kata nak cerita pasal hari ni. Sebenarnya, today is MY BIRTHDAY. Ok. Tak terkejut? Peduli apa? Janji Ika happy. Hehehehehe. 
Pasal celebrate untuk hari ini......keluarga Ika tak pernah buat party hari jadi. Lagipun Ika tak suka. Buat penat je. Selalunya makan KFC. Tap tahun lepas kebetulan sedang bercuti di Melaka. Tengok perbualan Ika dengan ibu malam semalam:

Ibu: Esok hari jadi adik kan?
Ika: Ye ke? Tak perasan pulak. ( buat2 je tu)
Ibu: Makan KFC nak tak? Lagipun esok ayah kerja direct.
Ika: Makan kat sana ke?
Ibu: Tak dalah. Beli bawak balik  rumah.
Ika: Ala.. macam tu tak nak lah. Lagipun KFC rasa macam tak sedap pulak. (diam sekejap.....sambil menggetel playdoh) Ibu, makan kat Bob Cornerlah. Lagi sedap.
Ibu: (diam tiada suara)

Jadi hari ni apa jadi? Hari ni dengan perasaan bangganya saya beritahu sewaktu hari lahir saya ayah belikan..............................NASI BRIYANI. :D Macam kenduri kahwinlah pulak. Apa2 jelah. Asal sedap, kenyang dan halal. Kitorang dah lama tak beli kek sebab dah tak da logo halal. Gred A tapi x halal. Lebih baik tak payah. Ibu Ika buat lawak:

" Pekerja kedai kek tu nak terlalu bersih cermin pintu depan tu digosok sampai berkilat sehinggakan logo HALAL tertanggal "

Berderai ketawa sekeluarga. Lagi satu dalam keluarga kami masa birthday tak pernah mintak hadiah. Sebab tak biasa. Lagipun kan menyusahkan ibu bapa. Ibu lahirkan kita kenapa diorang pulak kena bagi hadiah? Masa birthday kita jangan fikir celebrate je fikir jugak betapa sakitnya ibu lahirkan kita.
Biar Ika bagi fakta tentang hari lahir Ika:

FAKTA 1: Ika lahir 7 Disember 1999
FAKTA 2: Lahir pada pukul antara 10:15-10:30 malam entah.
FAKTA 3: Di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
FAKTA 4: Kini genaplah Ika berumur 13 tahun yang penakut.

* Ika taip ni di sudut ruang tamu dan ketika ini ibu,kakak dan adik Ika tengah tengok cerita Momok The Movie di mana sedang babak hantu mengilai. Dan mulalah berderau darah Ika yang penakut ni lalu tarik segala wayar turun ke bawah duduk sebelah kakak. Seriously, I'm a coward girl. Teruk kan? Siang2 pun takut jugak kadang2.*
Salam sayang daripada Ain Ika.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)