Thursday, 13 December 2012

Sifat Manusia


Hei dah lama tak berbual kan ? Sebab apa? sebab malas. Jawapan yang ringkas, padat dan penuh makna. Semalam saya siapkan buku nota saya yang tak seberapa tu. Saya tulis apa yang penting. Korang percaya tak semalam saya main kad UNO ngan ibu dan kakak sampai pukul 4 pagi.....Lepas tu tidur sekejap bangn solat Subuh dan ambik kau bantai tidur sampai pukul 12 tengah hari. Dahsyat tak? Main tak ingat dunia. Sekali dibuai mimpi macam tak nak bangun.

Ok. Kita selalu lari daripada tajuk. Entry kali ni lebih kepada santai tetapi penuh makna. Manusia kan ada macam2 ragam. Kadang2 tu sampai susah nak jangka. Tetapi ada jugak yang kita senang je nak tahu sikap seseorang tu sebab dia jenis yang lurus.

1. MERENDAH DIRI DEPAN ORANG APABILA DIPUJI PADAHAL DAH MENYANYI DALAM HATI.
Yang ni kadang-kadang saya pun macam tu. Konon-konon merendah diri padahal dalam hati suka sangat. Tak faham? Meh sini saya bagi contoh. 
A: Wah, cantiknya anyaman awak.
B: Tak delah biasa-biasa je ni.
B: Apa pulak biasa2. Awak anyam macam pakar tau.
A: Takdelah. ( Fuyooo, dia puji aku. Sukanya )
2. MEMUJI CIPTAAN MANUSIA TETAPI MENCACI CIPTAAN ALLAH. 

Yang ni tak yah cakaplah. Selalu sangat walaupun tanpa kita sedari. Kalau boleh elakkan dan jangan lakukan perkara macam ni.


A: Hebatlah awak lukis kartun jepun ni. Awak lukis Ran dalam kartun Detective Conan tu ke?B: Ya. Dia tu cantik kan? Memang sesuai dengan Shinichi Kudo. Hensem.Tiba-tiba C lalu di hadapan mereka.A: Dia tu kan yang digilakan sangat ketua kelas kita tu kan?
B: Kalau mengikut apa yang dikatakan oleh kawan saya memang dialah.
A: Tak sesuai betul. Ketua kelas kita kan kacak tak kanlah nak dengan orang macam tu? Hodoh, hidung penyek.
3.          TOLONG BERHENTIKAN PEMBACAAN ANDA. BUKA BENDA LAIN.


Ish, korang ni. Korang baca eh? Kan saya dah tulis tajuk besar2 supaya jangan baca. Adakah anda tak faham. Nak saya cakap bahasa cina, india, arab, pakistan, hindustan? Lagi jangan harap. Lagilah korang tak faham. Dah lah tu. Jangan baca lagi. Buang masa korang je. Tolonglah saya tulis dalam Bahasa Melayu. Bahasa kebanggaan kita. Saya tulis tolong berhentikan pembacaan anda.
Tengok tu....... Dia baca lagi. Macam mana saya nak cakap lagi ni. Korang dari spesies mana ni? Maaflah kalau saya salah cakap. dan sekali lagi saya nak minta maaf sebab perlu mengatakan bahawa anda, anda, anda, dan anda adalah orang yang degil. Keras kepala. Tak faham bahasa. Dah cakap macam ni pun masih nak baca lagi. Degillah korang ni. Ke awak ni jenis tak patuh pada arahan. Saya dah cakap jangan baca. Masih nak baca lagi. Malaslah layan korang. Alang2 korang dah baca sampai sin teruskan jelah pembacaan korang sehingga habis entri ini.
Ha, puas baca tadi. Benda tu bukannya saja2. Saya cuma nak beritahu bahawa manusia ni penuh dengan sifat ingin tahu. Walaupun saya dah larang korang untuk baca. Korang tetap nak baca. Rasa ingin tahu itu perlu tetapi jangan kerana sifat itu boleh memudaratkan diri anda.

Teruklah saya ni. Baru ada tiga. Dah tak ada idealah nak tulis apa lagi. Kalau korang ada korang sharelah sikit. Setakat ni jelah . Jumpa lagi. TATATATATATATA.

                                                   Salam sayang daripada Ain Ika.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)