Tuesday, 4 December 2012

My Favourite Things - love you-

Hello korang. Erm... kesian...kesian....kesian. Kesian kat sapa ya? Mestilah kesian kat blog Ika (saya lah tu. nama saya kan Ainur Athikah.) ni. Dah lama tak update or edit. Mesti dah berhabuk. Tak tahulah macam malas je nak tulis entry mungkin sebab tak de idea kot.
Oklah, lepas solat Zohor tadi tiba-tiba ilham datang untuk tulis pasal kegemaran Ika. Sebenarnya banyak sangat yang Ika suka. Tak terkira banyaknya. Kalau Ika tulis semua sampai esok pun tak habis. 


1.Yang pertama pasal makanan kegemaran. Kalau dari segi lauk sambal ayam tiada saingan. Lagi2 kalau sambal ayam tu pedas. Paling Ika suka. Sedap tau.... Dari segi nasi, Ika suka nasi goreng kampung dan nasi ayam. Kalau ada makanan tu Ika mesti bedal. Tak kan dilepaskan. Tapi kalau dekat rumah orang tu tak delah sampai macam tu. Kita kan kena berbudi bahasa. Ye tak?

2. Yang kedua pasal minuman kegemaran. Kalau diikutkan semua Ika suka kecuali air laici, air mata kucing dan air sirap limau. Yek :P tak sedap langsung. Kalau minum pun dua teguk je. Yang paling jadi favourite Ika air sirap bandung dan jus buah-buahan. Sampai kering kontang cawan tu. Tak diizinkan ada setitik air pun dalam cawan tu. Tapi sekarang dah jarang minum sebab dah lama tak keluar makan dengan family sama-sama.

3.Yang ketiga pasal warna. Ika suka warna yang soft seperti ungu cair, kuning telur, biru laut. Cantik tau. Tapi sekarang Ika dah taksub dengan warna purple. Tengoklah blog Ika ni ungu gitu. Kakak pun suka warna ungu. Baju raya Ika tahun ni pun warna ungu tau. Pencilbox, jam, berus gigi pun warna ungu. Cuma bilik je tak dapat pilih warna ungu sebab share ngan abang. Abang tak marah tapi malaslah.

4.Yang keempat dari segi.....sukan. Ika suka sukan lumba lari, bola jaring, badminton dan ping pong. Banyak kan. Tapi yang selalu Ika sertai kat sekolah cuma satu je iaitu lumba lari. Itupun tiga kali je dapat pingat. Teruk kan. Yang lain tu sekadar minat tapi tak lah terror sangat.

5.Yang kelima pasal football. Jangat ingat Ika tak minat bola tau. Liga Malaysia jelah yang Ika minat. Luar negara tu malas nak minat tak de faedah langsung. Back to the point. Ika minat pasukan Negeri Sembilan. Sebab Ika lahir kat Negeri Sembilan. Walaupun Ika dudukkat Johor, tak tahulah kenapa rasa minat kat team Johor tak pernah wujud. Semua pemain Negeri Sembilan saya minat. Penjaga gol pula keseluruhannya saya minat FARIZAL MARLIAS. Walaupun semua sibuk dengan KHAIRUL FAHMI, apa saya kisah. For me, Farizal the best.

6.Saya juga minat membaca terutamanya novel dan komik. Uh bestnya!!!!!!!!!!!. Setakat ni saya cuma ada 4 buku novel. Selalunya saya pinjam dari kawan atau perpustakaan. Free of charge. Komik pun sama. Senang kerja. Tak payah susah2 beli buku.
Enough. Tu pun dah banyak belum cerita pasal mata pelajaran kegemaran, muzik, filem dan lain-lain. Ha dahlah tu nanti senang2 Ika update pasal benda lain yang lebih menarik. Bye2.
Salam sayang daripada Ain Ika.
                                                                                          

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)