Saturday, 8 December 2012

My Challenging Experience!!!

Hai semua para pembaca blog yang serba ungu ini. Harap korang tak sakit mata tengok blog ni. Dah hakikat bahawa AINUR ATHIKAH BINTI ZULKEFLEE adalah peminat tegar warna ungu. Ok, menurut tajuk hari ini saya telah lalui pengalaman yang mencabar.

Agak-agaknya apa yang mencabar sangat ni? Adakah berenang bersama ikan paus yang besar? Ataupun terjun bangunan empat tingkat? Ada lagi. Adakah perlu mencelupkan tangan ke dalam mangkuk yang dipenuhi ulat seperti dalam rancangan FEAR FACTOR?

Hahahaha. Itu teruk sangat tu. Mungkin apa yang Ika lalui hari ini bagi korang tak tercabar langsung. Tetapi bagi Ika gadis yang berusia 13 tahun menganggap ini adalah cabaran yang paling mencabar. Ika disuruh oleh ibu untuk:
  MEMASAK AYAM DARIPADA BUANG KULIT AYAM HINGGALAH LAUK AYAM ASAM PEDAS KEGEMARAN IKA TERSEDIA. 
Fuh, berpeluh jugalah siang ayam, buang kulit ayam. Masak ayam asam pedas tu simple je.

Campak lada, bawang putih, bawang merah, bawang kecil yang telah dikisar. Satu sudu lada hitam. Sedikit lengkuas dan halia. Garam dan gula secukup rasa. Perahan asam jawa. Masukkan ayam. Senang sangat. Nasib baiklah lauk tu sedap.

 Mula-mula bergaduh dengan abang dan kakak pasal nak masak ayam. Abang nak masak lauk acap2 ala-ala rendang. Kakak suruh masak lemak cili api. Akhirnya, Ika membuat keputusn nak masak asam pedas. Hahahaha. Ika yang masak sukahati la nak buat apa. Asam pedas tu untuk Ika je.Nenek masak juga masak lemak cili api sebab ada santan. Ika tak berapa suka lauk tu.

Penatlah menaip. Lagi satu nak tanya cantik tak blog Ika? Ika dah edit dah cantik2. Dah tak tahula nak letak apa lagi. Tapi Ika tak suka banyak sangat sampai berserabut. Oklah. Nak sambung edit blog dan blogwalking lagi. BYE2 DEAR. :D

Salam Sayang Daripada Ain Ika.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)