Thursday, 6 December 2012

Kesempurnaan Atau Kebahagiaan?

Korang Ika nak tanya yang mana korang pilih antara kesempurnaan atau kebahagiaan dalam hidup? Mana yang korang rasa lagi penting? Kalau Ika.....erm... entahlah.. susah nak decide yang mana satu. Kalau boleh Ika nak cari kedua-duanya. Rasa macam tamak pulak. Tapi Ika tersedar apabila Ika terbaca satu text. Ika rasa terpegun apabila terbaca text beliau. Sungguh pandai beliau berkata-kata. Sampai saya pun terpegun dan mula berfikir akan logiknya kata-kata itu.

Teman-teman semua jika anda pilih untuk mendapatkan kesempurnaan dalam hidup. Anda boleh cari. Dapatkanlah dengan cara apa sekalipun. Usahalah untuk mendapatkannya. Tetapi ingat tiada manusia yang sempurna. Yang sempurna hanyalah pencipta kita iaitu ALLAH. Hidup ini tiada yang sempurna. Mungkin anda kaya tetapi anda kurang kasih sayang. Mungkin juga anda miskin tetapi ramai yang menyayangi diri anda. Sekurang-kurangnya mesti ada kekurangan dalam hidup. Jangan pernah sesekali anda merasakan diri anda sempurna kerana ianya boleh membawa kepada perasaan bangga diri dan sombong. Apabila kita sombong syaitan yang akan bertepuk tangan. Tetapi jangan salah sangka sombong itu perlu jika pada keadaan yang tertentu. 

Teman-teman semua jika  anda pilih untuk mencari kebahagiaan dalam hidup. Saya tidak halang. Pergilah cari. Pergilah kejar. Pergilah dapatkannya. Insya-Allah dengan berkat usaha anda anda akan memperolehinya. Kebahagiaan dalam hidup dalam hati manusia kebiasaanya tentang kesenangan. Kesenangan yang membuat manusia ceria, senyum. Namun, maksud kebahagiaan ini amat indah. Kebahagiaan yang paling ialah bersyukur atas kurniaan ALLAH. Bila kita rasa bersyukur dengan segala nikmat ALLAH Insya-Allah kita sendiri akan rasa hidup yang kita jalani tenang dan senang. Walaupun pelbagai masaalah datang bergelora kita dapat melayarinya dengan tenang. Kerana ALLAH tidak pernah membebankan hambanya. Jika ada masalah datang itu bermaksud kita mampu mengatasinya.

Akhirnya, terluah pun segala isi hati. Tak sangka saya dapat luahkan semuanya di blog ini. Kita baca bersama. Kita kongsi bersama. Kita fikir bersama. Erm....sekejap2 ada berita gembira nak tumpang. Esok hari istimewa tau. Hari apa esok? Tunggu entry akan datang. Jeng! Jeng! Jeng!
Salam sayang daripada Ain Ika.

1 comment:

Terima kasih sudi komen ;)