Wednesday, 19 December 2012

Kata Orang-Orang Tua

Erm........seronoknya baru lepas bercuti. Nanti kalau ada masa lapang saya ceritalah saya bercuti kat mana tau. Hari ni saya nak fokuskan kepada tajuk entri ini iaitu KATA ORANG-ORANG TUA. Biasalah orang tua kan kalau nak larang kita  buat sesuatu mereka akan menakutkan kita. Dulu mungkin kita percayalah tapi bila dah besar ni fikir2 balik rasa kelakarlah juga. Meh sini saya kongsikan.

1. JANGAN DUDUK ATAS BANTAL NANTI BISUL.
------> Masa kecik2 dengar nenek cakap memang cukup takut. Yelah, bisul siapa tak takut? Sakit tau kena bisul. Setahu saya bisul tu terjadi kerana pengumpulan darah kotor dan kadang2 orang akan cucuk kat tempat bisul tu untuk pecahkan. Dulu saya pernah tengok sepupu saya kena bisul. Sungguh menakutkan.

2. JANGAN PIJAK BANTAL.
------> Kalau kita main pijak bantal nanti tuan empunya bantal tu akan sakit kepala. Benda ni sama juga dengan baling makanan. Tapi menurut logik akal saya orang tua dulu cakap macam ni mungkin untuk elakkan kita daripa main bantal, pijak bantal. Kalau kita main macam tu nanti kotorlah bantal tu. 

3. JANGAN KELUAR MASA HUJAN PANAS.
------> Hujan panas tu bermaksud dia hujan tetapi masih ada matahari. Yang ni pun mak saya tak kasi. Nanti demam. Bila orang tua tak nak bagi sebab yang jelas kenapa mulalah buat cerita sendiri. Kononnya, masa tu hujan yang turun bukannya air hujan yang bersih  tapi air kencing orang dari kapal terbang. Sebab tu lah tak boleh keluar nanti kotor kena kepala. Kelakar jugaklah.....

4. KALAU NAK TAMBAH NASI LAGI JANGAN MAKAN SAMPAI LICIN.
------> Maksudnya, bila korang makan nasi lepas tu korang nak tambah lagi jangan makan sampai habis , tinggalkan sikit nasi kat pinggan lepas tu baru ambil nasi makan lagi sekali. Selalunya saya makan sampai licin lepas tu wan (nenek) tegur. Saya tanyalah kenapa sebab saya ni mesti tahu alasannya dulu baru nak buat. Wan cakap kalau dah licin baru tambah lagi nanti bila rezeki dah habis betul2 baru rezeki ditambahkan lagi. Yang ni, saya tak terima sebab rezeki ALLAH yang kasi bukannya berpandukan benda tu. Sungguh tidak munasabah.

5. PAKAI PENSEL KAYU JANGAN PENDEK DARIPADA JARI KELENGKENG KORANG.
------> Yang saya pernah dengar kalau pakai pensel kayu yang lebih pendek daripada jari kelengkeng korang ibu atau ayah akan pendek umur. Saya marah betul benda ni. Janganlah sampai babitkan perkara macam ni. Ajal dan maut semua di tangan ALLAH. Saya tahu pasal benda ni bila ibu nampak saya punya pensel yang dah pendek betul. Lepas tu, ibu suruh buang.

6. BILA NAMPAK PELANGI JANGAN TUNJUK DENGAN JARI.
------> Saya tahu benda ni apabila satu hari saya sekeluarga naik kereta tak ingat nak pergi mana. Tiba2 ibu saya kata ada pelangi. Saya ni jakun maklumlah dah lama tak tengok pelangi. Pelangi ni kan susah nak muncul. Lepas tu saya tunjuklah dengan jari. Ibu saya kata jangan tunjuk jari dekat pelangi nanti jari bengkok. Pelik betullah. Apa kaitannya?

7. JANGAN KETIP KUKU PADA WAKTU MALAM.
------> Orang dulu kan ketip kuku guna pisau sebab tu tak boleh malam2. Yelah dahlah guna pisau, lampu pulak guna lilin. Tak ke luka jari kalau buat malam2. Benda tu dibawaklah sampai ke zaman moden sekarang ni. Dilarang ketip kuku pada waktu malam nanti ibu pendek umur. Kita mana boleh percaya benda macam ni. Lebih baik korang jangan percaya.

8. JANGAN SUKA LAMBUNG KAKI.
------> Sila rujuk maksud nombor 7.

9. TANDA PUTIH PADA KUKU.
------> Saya ada banyak tanda putih pada kuku. Kadang2 rasa istimewa pun ada. Orang lain mana ada benda tu, kalau ada pun sikit je. Saya ada..... ( sekejap tengah kira) ........9. Banyak tak? Kawan saya NADIA, cakap kalau ada benda tu maksudnya ada orang suka kita. Kalau besar, besarlah rasa suka dia pada orang tu. Saya rasa macam tak logiklah pulak jawapan dia. Merepek pun ada. Jadi saya balik rumah tanya ibu. Nak tahu apa ibu cakap? Ibu cakap kalau ada tanda putih maksudnya kita kuat cemburu. Itu macam logik sikit kot. 

        Ini adalah nasihat daripada saya. Saya tulis benda ni pun ada sebab. Saya harap sangat2 bahawa korang  jangan terlalu percaya dengan kata orang-orang tua ni. Mereka cakap ni bertujuan untuk takutkan kita. Supaya kita tak buat benda yang diorang rasa tak sopan atau lain2. Tapi sampai melibatkan hidup mati, rezeki kita semua ni jangan percaya. Kerana ajal, maut, rezeki, semuanya datang daripada ALLAH. Ok?
Bye2.

Salam sayang daripada Ain Ika.

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)