Sunday, 9 December 2012

Impian Baru

Hari ni kan Ika ada satu impian yang Ika mahu capai. Impian ni sebenarnya mudah je nak direalisasikan tapi Ika nak hasilkan dengan duit Ika sendiri. Ok, sebenarnya duit Ika dalam tabung ni mana ada banyak sangat. Maklumlah cuti sekolah. Tak kan nak kerja pula.

Berbalik kepada tajuk. Apa impian Ika? Ha, jangan terkejut.
Ika cuma nak hias meja belajar Ika dengan hasil dan idea sendiri.
Mudah je kan? Impian tu muncul secara tiba-tiba. Begini ceritanya....... Petang tadi, tiba-tiba kakak tanya kat mana ada jual wafle? Ika cakap kat Kluang Parade ada. Tiba-tiba kakak ajak pergi. Pergilah jalan kaki kami tiga beradik (Ika, kakak dan abang).  Lepas tu, kakak cakap nak beli aluminium foil untuk alas loker dia kat asrama. Dia kata nak beli warna silver tapi Ika cakap lebih baik beli yang ada macam-macam warna. Pergilah UO kat bahagian alat tulis.

Rambang mata jugalah nak pilih warna. Kakak beli warna ungu. Adik ngan akak sama kepala peminat setia warna ungu. Kool.... Lepas tu, Ika mintak akak tolong belikan warna pink. Tiba- tiba terlintas idea nak alas meja belajar. Then, tengoklah barang hiasan kat situ. Ya Allah....memang adat ke perempuan sukakan barang hiasan. Rambang mata tengok. Macam nak beli semua.

Ada piano, globe, cermin comel, phrame dan jam pasir. Tapi kan, antara semua barang yang ada kat situ. Ika cuma paling nak satu je iaitu JAM PASIR. Tak tahu kenapa. Dari dulu Ika harap ada orang nak hadiahkan Ika jam pasir yang berwarna-warni. Memandangkan tak ada orang nak hadiahkan lebih baik beli sendiri jelah. Kesian.....

Begitulah ceritanya. Akak nak hias loker asrama dia, Ika nak hias meja belajar sendiri. Masa tu, tak sempatlah nak beli. Jadi Ika ngan akak kena aturkan satu hari pergi kedai khas untuk beli barang hiasan yang cantik. Hope impian ni tercapai.

Ehem.....ehem.... entry belum habis lagilah. Baca sini. Nak beritahu berita kat korang. Lantaklah dah tahu ke tak. Berita ni separuh sedih separuh gembira.


Pertemuan antara Malaysia ( HARIMAU MALAYA ) dan Thailand ( GAJAH PERANG ) membawa kepada keputusan seri 1-1. Norshahrul Idlan Tahala menjaringkan gol pada minit ke-47 dengan hasil daripada tandukannya manakala Teerasil Dangda menyamakan kedudukan pada minit ke-80 juga daripada tandukannya yang tajam. 
Fuh, dah macam pengulas sukan atau penulis berita. Apa2 pun kita tak kalah di laman sendiri. Alhamdulillah. Ok, kali ni baru dah habis. Bye2 you all. Love you.

                                             Salam sayang daripada Ain Ika.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen ;)