Monday, 31 December 2012

First Giveaway by Shekechik

Semalam saya dah join GIVEAWAY Dyssa Sahhir. Hari ni saya join pulak GIVEAWAY SHEKECHIK. Sekali dah join segment, pasti akan rasa nak join lagi. Hanya 4 pemenang je tau akan dipilih. Rasanya macam peluang nak menang ni tipis je........Hehehehe.
Korang pun joinlah sekali. Dapat hadiah top-up. Jimat sikit duit untuk minggu ni. Syarat-syarat untuk sertai giveaway ni pun mudah je. 
GIVEAWAY ni adalah giveaway yang pertama yang telah dibuat oleh Shekechik. Jadi sama-samalh kita berpadu jari untuk menyertai dan menulis entry pasal Giveaway ni. Kita sokonglah ramai-ramai barulah Shekechik ada semangat nak buat giveaway lagi. Setakat ini, yang join cuma 41 orang, semoga giveaway ni dapat mencapai peserta seramai beratus-ratus orang.
Jom join ramai-ramai. Apalagi kliklah banner ni.Insya-Allah, kalau ada rezeki anda,anda,anda atau anda, akan muncullah sebagai pemenang. Asyik sebut anda je diri sendiri mana? Hi, takpelah kalau tak menang. 
Assalamualaikum, bye2.

New update: Senarai Peserta | Senarai Pemenang

Sunday, 30 December 2012

Limited Edition Giveaway By Dyssa Sahhir

Hari ni first time saya join Giveaway. Tiba2 rasa rajin pula nak join. Ika jumpa Giveaway ni kat blog sini. Last date dia esok. Alhamdulillah sempat. Giveaway ni dianjurkan oleh Dyssa Sahhir.Korang join lah sekali. Insya-Allah, kalau ada rezeki dapatlah hadiah. Hadiah untuk 20 orang blogger sahaja.

Saya ni pun bukannya nak sangat menang. Cuma nak mengisi aktiviti ketika perut sedang berkeroncong menyanyikan lagu rap yang tidak diiktiraf. Hari ni mak masak lauk ikan. Ika ni memang jenis tak makan ikan kecuali ikan bilis dan makanan ringan yang telah diproses.

Kalau nak oin just klik banner. Terima kasih.

Oklah, Assalamualaikum.

Friday, 28 December 2012

Terima Kasih Semua

Dah lama dah tak update blog ni. Kesian. Ingatkan semalam lepas balik dari makan kat luar nak terus update. Tetapi nampaknya tidak diizinkin. Perut dah kenyang apalagi mata pun mengantuklah. Tapi tiba2 ada cerita DON 2 kat tv, langsung x jadi tidur. Best ceritanya. Lawan2.
Saya cuma nak beritahu hari ni saya dah daftar Ask.fm. Rasa bestlah pulak.Setakat ni saya baru follow Ask.fm Amalina Lee, Nurhafizah, M!Ni_Girl  ^-^ dan Lyssa Faizureen. Kalau ada sesiapa nak tanya pasal Ika, boleh tanya kat bahagian tepi tu. Insya-Allah saya jawab. Tapi soalan yang logic jelah. Kalau yang x logic saya syak anda bukan manusia. Hihihihi.
Kalau korang nak daftar jugak pun boleh. Korang pergi SINI. Dan isilah apa yang patut. Untuk pengetahuan lebih lanjut, sila pergi ke blog akak awet muda ni. Kat situ ada banyak tutorial yang berguna.
Seterusnya, saya nak berterima kasih kepada blog tutorial yang telah membantu saya untuk mencantikkan blog yang sudah tersedia cantik ini *perasan kejap*. Segala tutorial anda amat berguna, amat membantu, amat berinfo dan amat.......amat apa lagi ek?.........amat selamat. Hahaha. Blog tutorial yang bertuah itu ialah.....* jeng!jeng!jeng!*.............*bunyi dram sikit*....:
1. Lyssa Faizureen 
2. Qaseh Hafizah
3. Blog Cik Nurfarah
4. Ceritera Si Gadis Merah
5. Faqihah Husni
6. Melody Berbicara Bersama Nurul
7. Hati Hawa
Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kepada tiga orang ini. Yang telah berjasa. * Chewahhh* Satu hari saya bukak blog dan tiba2 saya terkejut tengok ada 4 followers. Fuiyooo. Nak tahu siapa? Baca bawah ni:
1. Teddy Bear a.k.a. Nadia Bloog
2. Nabila chococo berry
3.  Nurul Daya
4. Malulah nak cakap. * tutup mata* Diri sendiri.
Terima kasih ye semua. Trademark saya You Follow, I Follow.

Wednesday, 19 December 2012

Kata Orang-Orang Tua

Erm........seronoknya baru lepas bercuti. Nanti kalau ada masa lapang saya ceritalah saya bercuti kat mana tau. Hari ni saya nak fokuskan kepada tajuk entri ini iaitu KATA ORANG-ORANG TUA. Biasalah orang tua kan kalau nak larang kita  buat sesuatu mereka akan menakutkan kita. Dulu mungkin kita percayalah tapi bila dah besar ni fikir2 balik rasa kelakarlah juga. Meh sini saya kongsikan.

1. JANGAN DUDUK ATAS BANTAL NANTI BISUL.
------> Masa kecik2 dengar nenek cakap memang cukup takut. Yelah, bisul siapa tak takut? Sakit tau kena bisul. Setahu saya bisul tu terjadi kerana pengumpulan darah kotor dan kadang2 orang akan cucuk kat tempat bisul tu untuk pecahkan. Dulu saya pernah tengok sepupu saya kena bisul. Sungguh menakutkan.

2. JANGAN PIJAK BANTAL.
------> Kalau kita main pijak bantal nanti tuan empunya bantal tu akan sakit kepala. Benda ni sama juga dengan baling makanan. Tapi menurut logik akal saya orang tua dulu cakap macam ni mungkin untuk elakkan kita daripa main bantal, pijak bantal. Kalau kita main macam tu nanti kotorlah bantal tu. 

3. JANGAN KELUAR MASA HUJAN PANAS.
------> Hujan panas tu bermaksud dia hujan tetapi masih ada matahari. Yang ni pun mak saya tak kasi. Nanti demam. Bila orang tua tak nak bagi sebab yang jelas kenapa mulalah buat cerita sendiri. Kononnya, masa tu hujan yang turun bukannya air hujan yang bersih  tapi air kencing orang dari kapal terbang. Sebab tu lah tak boleh keluar nanti kotor kena kepala. Kelakar jugaklah.....

4. KALAU NAK TAMBAH NASI LAGI JANGAN MAKAN SAMPAI LICIN.
------> Maksudnya, bila korang makan nasi lepas tu korang nak tambah lagi jangan makan sampai habis , tinggalkan sikit nasi kat pinggan lepas tu baru ambil nasi makan lagi sekali. Selalunya saya makan sampai licin lepas tu wan (nenek) tegur. Saya tanyalah kenapa sebab saya ni mesti tahu alasannya dulu baru nak buat. Wan cakap kalau dah licin baru tambah lagi nanti bila rezeki dah habis betul2 baru rezeki ditambahkan lagi. Yang ni, saya tak terima sebab rezeki ALLAH yang kasi bukannya berpandukan benda tu. Sungguh tidak munasabah.

5. PAKAI PENSEL KAYU JANGAN PENDEK DARIPADA JARI KELENGKENG KORANG.
------> Yang saya pernah dengar kalau pakai pensel kayu yang lebih pendek daripada jari kelengkeng korang ibu atau ayah akan pendek umur. Saya marah betul benda ni. Janganlah sampai babitkan perkara macam ni. Ajal dan maut semua di tangan ALLAH. Saya tahu pasal benda ni bila ibu nampak saya punya pensel yang dah pendek betul. Lepas tu, ibu suruh buang.

6. BILA NAMPAK PELANGI JANGAN TUNJUK DENGAN JARI.
------> Saya tahu benda ni apabila satu hari saya sekeluarga naik kereta tak ingat nak pergi mana. Tiba2 ibu saya kata ada pelangi. Saya ni jakun maklumlah dah lama tak tengok pelangi. Pelangi ni kan susah nak muncul. Lepas tu saya tunjuklah dengan jari. Ibu saya kata jangan tunjuk jari dekat pelangi nanti jari bengkok. Pelik betullah. Apa kaitannya?

7. JANGAN KETIP KUKU PADA WAKTU MALAM.
------> Orang dulu kan ketip kuku guna pisau sebab tu tak boleh malam2. Yelah dahlah guna pisau, lampu pulak guna lilin. Tak ke luka jari kalau buat malam2. Benda tu dibawaklah sampai ke zaman moden sekarang ni. Dilarang ketip kuku pada waktu malam nanti ibu pendek umur. Kita mana boleh percaya benda macam ni. Lebih baik korang jangan percaya.

8. JANGAN SUKA LAMBUNG KAKI.
------> Sila rujuk maksud nombor 7.

9. TANDA PUTIH PADA KUKU.
------> Saya ada banyak tanda putih pada kuku. Kadang2 rasa istimewa pun ada. Orang lain mana ada benda tu, kalau ada pun sikit je. Saya ada..... ( sekejap tengah kira) ........9. Banyak tak? Kawan saya NADIA, cakap kalau ada benda tu maksudnya ada orang suka kita. Kalau besar, besarlah rasa suka dia pada orang tu. Saya rasa macam tak logiklah pulak jawapan dia. Merepek pun ada. Jadi saya balik rumah tanya ibu. Nak tahu apa ibu cakap? Ibu cakap kalau ada tanda putih maksudnya kita kuat cemburu. Itu macam logik sikit kot. 

        Ini adalah nasihat daripada saya. Saya tulis benda ni pun ada sebab. Saya harap sangat2 bahawa korang  jangan terlalu percaya dengan kata orang-orang tua ni. Mereka cakap ni bertujuan untuk takutkan kita. Supaya kita tak buat benda yang diorang rasa tak sopan atau lain2. Tapi sampai melibatkan hidup mati, rezeki kita semua ni jangan percaya. Kerana ajal, maut, rezeki, semuanya datang daripada ALLAH. Ok?
Bye2.

Salam sayang daripada Ain Ika.

 

Thursday, 13 December 2012

Sifat Manusia


Hei dah lama tak berbual kan ? Sebab apa? sebab malas. Jawapan yang ringkas, padat dan penuh makna. Semalam saya siapkan buku nota saya yang tak seberapa tu. Saya tulis apa yang penting. Korang percaya tak semalam saya main kad UNO ngan ibu dan kakak sampai pukul 4 pagi.....Lepas tu tidur sekejap bangn solat Subuh dan ambik kau bantai tidur sampai pukul 12 tengah hari. Dahsyat tak? Main tak ingat dunia. Sekali dibuai mimpi macam tak nak bangun.

Ok. Kita selalu lari daripada tajuk. Entry kali ni lebih kepada santai tetapi penuh makna. Manusia kan ada macam2 ragam. Kadang2 tu sampai susah nak jangka. Tetapi ada jugak yang kita senang je nak tahu sikap seseorang tu sebab dia jenis yang lurus.

1. MERENDAH DIRI DEPAN ORANG APABILA DIPUJI PADAHAL DAH MENYANYI DALAM HATI.
Yang ni kadang-kadang saya pun macam tu. Konon-konon merendah diri padahal dalam hati suka sangat. Tak faham? Meh sini saya bagi contoh. 
A: Wah, cantiknya anyaman awak.
B: Tak delah biasa-biasa je ni.
B: Apa pulak biasa2. Awak anyam macam pakar tau.
A: Takdelah. ( Fuyooo, dia puji aku. Sukanya )
2. MEMUJI CIPTAAN MANUSIA TETAPI MENCACI CIPTAAN ALLAH. 

Yang ni tak yah cakaplah. Selalu sangat walaupun tanpa kita sedari. Kalau boleh elakkan dan jangan lakukan perkara macam ni.


A: Hebatlah awak lukis kartun jepun ni. Awak lukis Ran dalam kartun Detective Conan tu ke?B: Ya. Dia tu cantik kan? Memang sesuai dengan Shinichi Kudo. Hensem.Tiba-tiba C lalu di hadapan mereka.A: Dia tu kan yang digilakan sangat ketua kelas kita tu kan?
B: Kalau mengikut apa yang dikatakan oleh kawan saya memang dialah.
A: Tak sesuai betul. Ketua kelas kita kan kacak tak kanlah nak dengan orang macam tu? Hodoh, hidung penyek.
3.          TOLONG BERHENTIKAN PEMBACAAN ANDA. BUKA BENDA LAIN.


Ish, korang ni. Korang baca eh? Kan saya dah tulis tajuk besar2 supaya jangan baca. Adakah anda tak faham. Nak saya cakap bahasa cina, india, arab, pakistan, hindustan? Lagi jangan harap. Lagilah korang tak faham. Dah lah tu. Jangan baca lagi. Buang masa korang je. Tolonglah saya tulis dalam Bahasa Melayu. Bahasa kebanggaan kita. Saya tulis tolong berhentikan pembacaan anda.
Tengok tu....... Dia baca lagi. Macam mana saya nak cakap lagi ni. Korang dari spesies mana ni? Maaflah kalau saya salah cakap. dan sekali lagi saya nak minta maaf sebab perlu mengatakan bahawa anda, anda, anda, dan anda adalah orang yang degil. Keras kepala. Tak faham bahasa. Dah cakap macam ni pun masih nak baca lagi. Degillah korang ni. Ke awak ni jenis tak patuh pada arahan. Saya dah cakap jangan baca. Masih nak baca lagi. Malaslah layan korang. Alang2 korang dah baca sampai sin teruskan jelah pembacaan korang sehingga habis entri ini.
Ha, puas baca tadi. Benda tu bukannya saja2. Saya cuma nak beritahu bahawa manusia ni penuh dengan sifat ingin tahu. Walaupun saya dah larang korang untuk baca. Korang tetap nak baca. Rasa ingin tahu itu perlu tetapi jangan kerana sifat itu boleh memudaratkan diri anda.

Teruklah saya ni. Baru ada tiga. Dah tak ada idealah nak tulis apa lagi. Kalau korang ada korang sharelah sikit. Setakat ni jelah . Jumpa lagi. TATATATATATATA.

                                                   Salam sayang daripada Ain Ika.

Sunday, 9 December 2012

Impian Baru

Hari ni kan Ika ada satu impian yang Ika mahu capai. Impian ni sebenarnya mudah je nak direalisasikan tapi Ika nak hasilkan dengan duit Ika sendiri. Ok, sebenarnya duit Ika dalam tabung ni mana ada banyak sangat. Maklumlah cuti sekolah. Tak kan nak kerja pula.

Berbalik kepada tajuk. Apa impian Ika? Ha, jangan terkejut.
Ika cuma nak hias meja belajar Ika dengan hasil dan idea sendiri.
Mudah je kan? Impian tu muncul secara tiba-tiba. Begini ceritanya....... Petang tadi, tiba-tiba kakak tanya kat mana ada jual wafle? Ika cakap kat Kluang Parade ada. Tiba-tiba kakak ajak pergi. Pergilah jalan kaki kami tiga beradik (Ika, kakak dan abang).  Lepas tu, kakak cakap nak beli aluminium foil untuk alas loker dia kat asrama. Dia kata nak beli warna silver tapi Ika cakap lebih baik beli yang ada macam-macam warna. Pergilah UO kat bahagian alat tulis.

Rambang mata jugalah nak pilih warna. Kakak beli warna ungu. Adik ngan akak sama kepala peminat setia warna ungu. Kool.... Lepas tu, Ika mintak akak tolong belikan warna pink. Tiba- tiba terlintas idea nak alas meja belajar. Then, tengoklah barang hiasan kat situ. Ya Allah....memang adat ke perempuan sukakan barang hiasan. Rambang mata tengok. Macam nak beli semua.

Ada piano, globe, cermin comel, phrame dan jam pasir. Tapi kan, antara semua barang yang ada kat situ. Ika cuma paling nak satu je iaitu JAM PASIR. Tak tahu kenapa. Dari dulu Ika harap ada orang nak hadiahkan Ika jam pasir yang berwarna-warni. Memandangkan tak ada orang nak hadiahkan lebih baik beli sendiri jelah. Kesian.....

Begitulah ceritanya. Akak nak hias loker asrama dia, Ika nak hias meja belajar sendiri. Masa tu, tak sempatlah nak beli. Jadi Ika ngan akak kena aturkan satu hari pergi kedai khas untuk beli barang hiasan yang cantik. Hope impian ni tercapai.

Ehem.....ehem.... entry belum habis lagilah. Baca sini. Nak beritahu berita kat korang. Lantaklah dah tahu ke tak. Berita ni separuh sedih separuh gembira.


Pertemuan antara Malaysia ( HARIMAU MALAYA ) dan Thailand ( GAJAH PERANG ) membawa kepada keputusan seri 1-1. Norshahrul Idlan Tahala menjaringkan gol pada minit ke-47 dengan hasil daripada tandukannya manakala Teerasil Dangda menyamakan kedudukan pada minit ke-80 juga daripada tandukannya yang tajam. 
Fuh, dah macam pengulas sukan atau penulis berita. Apa2 pun kita tak kalah di laman sendiri. Alhamdulillah. Ok, kali ni baru dah habis. Bye2 you all. Love you.

                                             Salam sayang daripada Ain Ika.

Saturday, 8 December 2012

My Challenging Experience!!!

Hai semua para pembaca blog yang serba ungu ini. Harap korang tak sakit mata tengok blog ni. Dah hakikat bahawa AINUR ATHIKAH BINTI ZULKEFLEE adalah peminat tegar warna ungu. Ok, menurut tajuk hari ini saya telah lalui pengalaman yang mencabar.

Agak-agaknya apa yang mencabar sangat ni? Adakah berenang bersama ikan paus yang besar? Ataupun terjun bangunan empat tingkat? Ada lagi. Adakah perlu mencelupkan tangan ke dalam mangkuk yang dipenuhi ulat seperti dalam rancangan FEAR FACTOR?

Hahahaha. Itu teruk sangat tu. Mungkin apa yang Ika lalui hari ini bagi korang tak tercabar langsung. Tetapi bagi Ika gadis yang berusia 13 tahun menganggap ini adalah cabaran yang paling mencabar. Ika disuruh oleh ibu untuk:
  MEMASAK AYAM DARIPADA BUANG KULIT AYAM HINGGALAH LAUK AYAM ASAM PEDAS KEGEMARAN IKA TERSEDIA. 
Fuh, berpeluh jugalah siang ayam, buang kulit ayam. Masak ayam asam pedas tu simple je.

Campak lada, bawang putih, bawang merah, bawang kecil yang telah dikisar. Satu sudu lada hitam. Sedikit lengkuas dan halia. Garam dan gula secukup rasa. Perahan asam jawa. Masukkan ayam. Senang sangat. Nasib baiklah lauk tu sedap.

 Mula-mula bergaduh dengan abang dan kakak pasal nak masak ayam. Abang nak masak lauk acap2 ala-ala rendang. Kakak suruh masak lemak cili api. Akhirnya, Ika membuat keputusn nak masak asam pedas. Hahahaha. Ika yang masak sukahati la nak buat apa. Asam pedas tu untuk Ika je.Nenek masak juga masak lemak cili api sebab ada santan. Ika tak berapa suka lauk tu.

Penatlah menaip. Lagi satu nak tanya cantik tak blog Ika? Ika dah edit dah cantik2. Dah tak tahula nak letak apa lagi. Tapi Ika tak suka banyak sangat sampai berserabut. Oklah. Nak sambung edit blog dan blogwalking lagi. BYE2 DEAR. :D

Salam Sayang Daripada Ain Ika.

Friday, 7 December 2012

Today is.........

Korang....korang.... hari ni kan special tau. Ingat tak entry semalam tu? Ika kan dah kata nak cerita pasal hari ni. Sebenarnya, today is MY BIRTHDAY. Ok. Tak terkejut? Peduli apa? Janji Ika happy. Hehehehehe. 
Pasal celebrate untuk hari ini......keluarga Ika tak pernah buat party hari jadi. Lagipun Ika tak suka. Buat penat je. Selalunya makan KFC. Tap tahun lepas kebetulan sedang bercuti di Melaka. Tengok perbualan Ika dengan ibu malam semalam:

Ibu: Esok hari jadi adik kan?
Ika: Ye ke? Tak perasan pulak. ( buat2 je tu)
Ibu: Makan KFC nak tak? Lagipun esok ayah kerja direct.
Ika: Makan kat sana ke?
Ibu: Tak dalah. Beli bawak balik  rumah.
Ika: Ala.. macam tu tak nak lah. Lagipun KFC rasa macam tak sedap pulak. (diam sekejap.....sambil menggetel playdoh) Ibu, makan kat Bob Cornerlah. Lagi sedap.
Ibu: (diam tiada suara)

Jadi hari ni apa jadi? Hari ni dengan perasaan bangganya saya beritahu sewaktu hari lahir saya ayah belikan..............................NASI BRIYANI. :D Macam kenduri kahwinlah pulak. Apa2 jelah. Asal sedap, kenyang dan halal. Kitorang dah lama tak beli kek sebab dah tak da logo halal. Gred A tapi x halal. Lebih baik tak payah. Ibu Ika buat lawak:

" Pekerja kedai kek tu nak terlalu bersih cermin pintu depan tu digosok sampai berkilat sehinggakan logo HALAL tertanggal "

Berderai ketawa sekeluarga. Lagi satu dalam keluarga kami masa birthday tak pernah mintak hadiah. Sebab tak biasa. Lagipun kan menyusahkan ibu bapa. Ibu lahirkan kita kenapa diorang pulak kena bagi hadiah? Masa birthday kita jangan fikir celebrate je fikir jugak betapa sakitnya ibu lahirkan kita.
Biar Ika bagi fakta tentang hari lahir Ika:

FAKTA 1: Ika lahir 7 Disember 1999
FAKTA 2: Lahir pada pukul antara 10:15-10:30 malam entah.
FAKTA 3: Di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
FAKTA 4: Kini genaplah Ika berumur 13 tahun yang penakut.

* Ika taip ni di sudut ruang tamu dan ketika ini ibu,kakak dan adik Ika tengah tengok cerita Momok The Movie di mana sedang babak hantu mengilai. Dan mulalah berderau darah Ika yang penakut ni lalu tarik segala wayar turun ke bawah duduk sebelah kakak. Seriously, I'm a coward girl. Teruk kan? Siang2 pun takut jugak kadang2.*
Salam sayang daripada Ain Ika.

Thursday, 6 December 2012

Kesempurnaan Atau Kebahagiaan?

Korang Ika nak tanya yang mana korang pilih antara kesempurnaan atau kebahagiaan dalam hidup? Mana yang korang rasa lagi penting? Kalau Ika.....erm... entahlah.. susah nak decide yang mana satu. Kalau boleh Ika nak cari kedua-duanya. Rasa macam tamak pulak. Tapi Ika tersedar apabila Ika terbaca satu text. Ika rasa terpegun apabila terbaca text beliau. Sungguh pandai beliau berkata-kata. Sampai saya pun terpegun dan mula berfikir akan logiknya kata-kata itu.

Teman-teman semua jika anda pilih untuk mendapatkan kesempurnaan dalam hidup. Anda boleh cari. Dapatkanlah dengan cara apa sekalipun. Usahalah untuk mendapatkannya. Tetapi ingat tiada manusia yang sempurna. Yang sempurna hanyalah pencipta kita iaitu ALLAH. Hidup ini tiada yang sempurna. Mungkin anda kaya tetapi anda kurang kasih sayang. Mungkin juga anda miskin tetapi ramai yang menyayangi diri anda. Sekurang-kurangnya mesti ada kekurangan dalam hidup. Jangan pernah sesekali anda merasakan diri anda sempurna kerana ianya boleh membawa kepada perasaan bangga diri dan sombong. Apabila kita sombong syaitan yang akan bertepuk tangan. Tetapi jangan salah sangka sombong itu perlu jika pada keadaan yang tertentu. 

Teman-teman semua jika  anda pilih untuk mencari kebahagiaan dalam hidup. Saya tidak halang. Pergilah cari. Pergilah kejar. Pergilah dapatkannya. Insya-Allah dengan berkat usaha anda anda akan memperolehinya. Kebahagiaan dalam hidup dalam hati manusia kebiasaanya tentang kesenangan. Kesenangan yang membuat manusia ceria, senyum. Namun, maksud kebahagiaan ini amat indah. Kebahagiaan yang paling ialah bersyukur atas kurniaan ALLAH. Bila kita rasa bersyukur dengan segala nikmat ALLAH Insya-Allah kita sendiri akan rasa hidup yang kita jalani tenang dan senang. Walaupun pelbagai masaalah datang bergelora kita dapat melayarinya dengan tenang. Kerana ALLAH tidak pernah membebankan hambanya. Jika ada masalah datang itu bermaksud kita mampu mengatasinya.

Akhirnya, terluah pun segala isi hati. Tak sangka saya dapat luahkan semuanya di blog ini. Kita baca bersama. Kita kongsi bersama. Kita fikir bersama. Erm....sekejap2 ada berita gembira nak tumpang. Esok hari istimewa tau. Hari apa esok? Tunggu entry akan datang. Jeng! Jeng! Jeng!
Salam sayang daripada Ain Ika.

Tuesday, 4 December 2012

My Favourite Things - love you-

Hello korang. Erm... kesian...kesian....kesian. Kesian kat sapa ya? Mestilah kesian kat blog Ika (saya lah tu. nama saya kan Ainur Athikah.) ni. Dah lama tak update or edit. Mesti dah berhabuk. Tak tahulah macam malas je nak tulis entry mungkin sebab tak de idea kot.
Oklah, lepas solat Zohor tadi tiba-tiba ilham datang untuk tulis pasal kegemaran Ika. Sebenarnya banyak sangat yang Ika suka. Tak terkira banyaknya. Kalau Ika tulis semua sampai esok pun tak habis. 


1.Yang pertama pasal makanan kegemaran. Kalau dari segi lauk sambal ayam tiada saingan. Lagi2 kalau sambal ayam tu pedas. Paling Ika suka. Sedap tau.... Dari segi nasi, Ika suka nasi goreng kampung dan nasi ayam. Kalau ada makanan tu Ika mesti bedal. Tak kan dilepaskan. Tapi kalau dekat rumah orang tu tak delah sampai macam tu. Kita kan kena berbudi bahasa. Ye tak?

2. Yang kedua pasal minuman kegemaran. Kalau diikutkan semua Ika suka kecuali air laici, air mata kucing dan air sirap limau. Yek :P tak sedap langsung. Kalau minum pun dua teguk je. Yang paling jadi favourite Ika air sirap bandung dan jus buah-buahan. Sampai kering kontang cawan tu. Tak diizinkan ada setitik air pun dalam cawan tu. Tapi sekarang dah jarang minum sebab dah lama tak keluar makan dengan family sama-sama.

3.Yang ketiga pasal warna. Ika suka warna yang soft seperti ungu cair, kuning telur, biru laut. Cantik tau. Tapi sekarang Ika dah taksub dengan warna purple. Tengoklah blog Ika ni ungu gitu. Kakak pun suka warna ungu. Baju raya Ika tahun ni pun warna ungu tau. Pencilbox, jam, berus gigi pun warna ungu. Cuma bilik je tak dapat pilih warna ungu sebab share ngan abang. Abang tak marah tapi malaslah.

4.Yang keempat dari segi.....sukan. Ika suka sukan lumba lari, bola jaring, badminton dan ping pong. Banyak kan. Tapi yang selalu Ika sertai kat sekolah cuma satu je iaitu lumba lari. Itupun tiga kali je dapat pingat. Teruk kan. Yang lain tu sekadar minat tapi tak lah terror sangat.

5.Yang kelima pasal football. Jangat ingat Ika tak minat bola tau. Liga Malaysia jelah yang Ika minat. Luar negara tu malas nak minat tak de faedah langsung. Back to the point. Ika minat pasukan Negeri Sembilan. Sebab Ika lahir kat Negeri Sembilan. Walaupun Ika dudukkat Johor, tak tahulah kenapa rasa minat kat team Johor tak pernah wujud. Semua pemain Negeri Sembilan saya minat. Penjaga gol pula keseluruhannya saya minat FARIZAL MARLIAS. Walaupun semua sibuk dengan KHAIRUL FAHMI, apa saya kisah. For me, Farizal the best.

6.Saya juga minat membaca terutamanya novel dan komik. Uh bestnya!!!!!!!!!!!. Setakat ni saya cuma ada 4 buku novel. Selalunya saya pinjam dari kawan atau perpustakaan. Free of charge. Komik pun sama. Senang kerja. Tak payah susah2 beli buku.
Enough. Tu pun dah banyak belum cerita pasal mata pelajaran kegemaran, muzik, filem dan lain-lain. Ha dahlah tu nanti senang2 Ika update pasal benda lain yang lebih menarik. Bye2.
Salam sayang daripada Ain Ika.