Sunday, 4 November 2012

Cekalkan Hatimu

                                          ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!!!!!!!!!

                                     Amalan Di Awal Pagi


     Ketikaku lahir, aku disambut dengan gembira. Gembira bersama keluarga yang menyayangi diriku. Gembira kerana dilahirkan dengan keadan sempurna dan gembira dengan agama yang ku pegang iaitu Islam. Syukur kepadamu Ya Allah. Kerana mempunyai ibubapa yang telah menerapkan nilai2 agama dalam diriku.

     Namun di kala akalku sudah mampu berfikir, sudah mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk, rasa hiba mula wujud di hati kecilku ini. Aku lahir di zaman rasulullah dan para sahabatnya telah tiada. Namun baginda masih meninggalkan dua perkara buat umatnya iaitu Al-quran dan As-sunnah. Aku melihat di mana para pemimpin tidak lagi begitu menerapkan nilai2 Islam. Di mana terdapat persengketaan politik dan ada sahaja kejadian jenayah yang melibatkan orang Islam yang terpapar di dada akhbar. Namun aku masih bersyukur kerana pemimpin negaraku adalah orang Islam dan negaraku ialah negara yang aman. Bebas daripada perperangan. Syukur kepadamu Ya Allah.

       Aku wujud di dalam masyarakat Islam. Aku tersepit di antara orang Islam yang hanya sekadar pada nama dan orang Islam yang benar2 menghayati agama Islam. Hatiku sedih apabila melihat setiap kali konsert dianjurkan pasti berjuta-juta orang menghadirinya sambil menjerit-jerit memanggil nama artis pujaan hati mereka. Mereka lupa dan lalai kepada Allah. Mereka lupakah akan maut yang sentiasa menunggu mereka? Kenapa mereka perlu melebihkan hiburan? Hatiku bingung. Namun apabila aku menoleh ke kanan, aku bersyukur Ya Allah kerana setiap kali hari Jumaat, berjuta-juta orang datang berpusu-pusu ke masjid. Masih ada lagi para penceramah yang menyebarkan dakwahnya kepada seluruh umat Islam. Masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula dan maju menerajui dunia. Syukur kepadamu Ya Allah.

       Tanpa disedari, telah terbit satu azam di dalam diriku ini. Aku ingin melihat Islam bersinar dan maju semula. Aku mahu melihat undang2 Islam yang adil. Aku ingin melihat seluruh umat Islam berjihad ke jalan Allah. Aku ingin melihat agama lain hormat pada agama Islam. Aku ingin melihat mereka terpaku melihat kemajuan Islam. Aku tidak mahu Islam dipijak-pijak bagaikan sampah yang kotor. Segala impianku ini Insya-Allah akan tercapai jika seluruh umat Islam bersatu padu dan mengetepikan segala sifat mazmumah.

     "Ya Allah ya tuhanku, cekalkanlah hatiku dalam menjalani hidup yang penuh dengan keasyikan ini. Janganlah biarkan diriku ini terbuai dan terlena di dalam keseronokan di dunia. Jangan biarkan diriku mudah terpedaya dengan hasutan dan godaan syaitan yang direjam ini ya Allah." Aku menadah tangan berdoa di dalam hati.

      Wahai seluruh umat Islam, sedarlah,bangunlah kamu semua daripada kelalaian. Kita perlu bangunkan Islam. Kita perlu mendalami agama Islam. Janganlah kita melebihkan hiburan daripada agama. Sesungguhnya apa yang saya tulis lahir dari hati saya sendiri. Tidak dinafikan saya juga kadang2 lalai dalam hiburan dan tergoda dengan godaan syaitan. Namun segala itu boleh dihalang. CEKALKAN HATIMU.

                                                       Salam sayang daripada Ain Ika.