Thursday, 22 November 2012

Berperang Habis-habisan



Apa khabar semua sihat? Kalau x sihat pergi jumpa doktor sebab saya bukannya seorang doktor. Saya dah lama x update kan? Korang rindu tak? Hehehe.......

Ok, semalam x dapat tidur disebabkan kepanasan akhirnya tertidur juga bangun solat Subuh pukul 6:20 pagi. Terlewat sikit. Ingatkan nak baca buku Munakahat yang tinggal saki baki je nak hafal. Tetapi perasaan tu dah terbantut dek kerana main ngan akak kat khemah. Khemah? Ya, ayah pasang khemah dalam rumah tapi kat kawasan yang tak berbumbung. Sedar tak sedar dah pukul 8:00 pagi. Lepastu nenek suruh potongkan fishcake,fishball ngan sayur sawi nak masak mi. Sedap......hingga menjilat sudu!!!!!!!!!!

Ingatkan lepas tu nak mandi terus baca buku tetapi tiba2 aral melintang. Saya tergoda untuk berblog pada hari ini. Sebenarnya saya dah berazam untuk tidak berblog sehingga habis periksa SDKA. Nak buat macam mana kan? Dah buka pun. Saya ni tengah berperang habis-habisan dngan periksalah ni. Target nak dapat PANGKAT 1. Kita mesti berkorban untuk mendapatkan kejayaan yang Insya-Allah akan menjamin masa depan kita. Ustazah kata sijil darjah khas boleh membantu kita untuk menjadi ustazah. Nak tahu tak apa cita-cita saya? Mula2 saya berhasrat nak jadi doktor pakar mata. Bila duduk fikir2 balik doktor ni perlu daya ingatan yang kuat dan keberanian untuk membedah. Saya ni tak takut darah tapi ngeri nak bedah2 ni. Dalam game bolehlah. Dan cita2 saya sekarang menjadi seorang pensyarah. 

Mengikut pengalaman saya mengambil 2 kali peperiksaan besar ( UPSR, SDEA) saya mesti rasa takut dan risau. Nak tahu apa puncanya? Selepas diselidik nilah puncanya:

  • Tidak membaca buku dari awal.
  • Tidak menghafal nota-nota yang penting.
  • Terlalu yakin dengan diri sendiri.
 Terlalu yakin dengan sendiri memang tak boleh dan tidak yakin dengan diri sendiri pun tak boleh. Kita mesti berada dalam keadaan sederhana. Terlalu yakin degan diri sendiri ( bangga diri) dapat diertikan sebagai meyakini kebolehan sendiri. Contohnya, yakin kalau baca buku last minute dapat ingat semua nota padahal yang masuk tu seciput je.... ( contoh je) Perasaan tu dululah sekarang dah tak. Dulu saya suka bezakan diri saya dengan orang lain dan saya rasa saya tak setanding dengan dia. Sekarang saya dah buang perasaan itu sebab saya tahu Nobody Is Perfect. You have to be yourself and not imitate others because  it does not show your actual attitude.

Sekarang ni kita cuma perlu berusaha dan bertawakal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Amin...... Ustazah kata sijil darjah khas setanding dengan sijil diploma. 
Goodbye. Hope today will be your nice day not your bad day. May ALLAH bless us.

Salam sayang daripada Ain Ika.

2 comments:

  1. Semoga dapat menjawab soalan dengan mudah.

    ReplyDelete
  2. Harap dapat keputusan dengan cemerlang dan menjadi seorang pensyarah yang berkaliber.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)